Bab 53

3.4K 129 0
                                    

Hari ini masuk hari kedua Sukan Tahunan 2014. Acara diadakan pada pagi dan pada sebelah petang.

Arasha, Hafi dan Hidayu pergi ke rumah sukan mereka, iaitu Zamrud. Setiba saja dirumah sukan, Hafi terus masuk ke rumah itu, manakala Arasha dan Hidayu tunggu diluar saja.

Sedang mata Arasha meliar melihat sekeliling padang, matanya terpandang dua pasangan kekasih dihujung sana. Mesra sangat. Mereka bergurau senda. Ketawa bersama.

Tak semena-mena airmata Arasha mengalir. Menangis ! ya dia menangis. Tipu kalau dia tiada lagi perasaan terhadap Rayyan. Dia masih ada rasa sayang terhadap Rayyan. Tapi, selama ni dia pendam saja. Namun, hari ni dia tewas juga dengan pemandangan indah dihadapannya.

Rayyan yang perasan akan Arasha di hujung sana seakan pelik melihat Arasha menyapu matanya. 'Arasha menangis?' soalnya dalam hati.

Arasha terus berpaling dan menuju ke arah Hidayu.

Hidayu pelik melihat mata Arasha yang merah seperti menangis.

"Kau kenapa Arasha?" soal Hidayu.Dia ni 2×5 dengan Tasya yang biasa guna 'aku' 'kau' dengan orang.

"Hmm.. takda pape" tipu Arasha.

Hidayu tidak puas hati, selagi dia tidak tahu kebenarannya.

"Kau bagitau aku, kalau tak siap kau" ugut Hidayu.

"Tuu.. tengok sebelah sana tu" ujar Arasha lemah, airmata mengalir sekali lagi.

Hidayu memandang ke arah yang dimaksudkan. Rayyan! kini baru dia faham.

Hafi menghampiri mereka berdua. Dia pelik melihat mata Arasha.

"Ehh, awak kenapa Arasha?" soal Hafi.

"Dia ternampak Rayyan dan Haniza tengah bermesra sebelah sana tu" jawab Hidayu bagi pihak Arasha.

Airmata Arasha semakin laju mengalir. Tidak semena-mena pipi Arasha ditampar lembut oleh Hafi.

"Jangan nak lemah sangat Arasha. Lupakan saja Rayyan tu. Semakin awak macam ni semakin suka diorang tengok awak. Awak kena kuat, awak ada tujuan sendiri belajar di sini, nak berjaya ! bukan nak menangis sebab lelaki." nasihat Hafi lalu memeluk Arasha.

******
Emelin dan Tasya baru menampakkan batang hidungnya di padang. Arasha pantas mendapatkan mereka berdua lalu memeluk mereka serentak.

Emelin dan Tasya agak terkejut melihat tindakan Arasha. Arasha yang mengerti akan itu lantas menceritakan segalanya.

Dan tanpa disedari, Rayyan sedang memerhati Arasha di luar rumah sukan mereka, Baiduri. Dia tahu Arasha sedang sedih. Tapi, apakan daya, dia tak boleh buat apa-apa.

******
Malam itu, Rayyan ada menghantar sms kepada Arasha.

Rayyan:Assalamualaikum, awak ok tak ni? Maaf, kalau saya buat awak menangis tadi.

Mahu tak mahu, Arasha membalas juga.

Arasha: Waalaikumussalam. ok!

Hanya itu yang dibalasnya.

Rayyan: Macam tak ok aje ni, marahkan saya ke?

Namun, sms itu hanya dipandang sepi. Tiba-tiba, ada panggilan masuk. Darwish! Arasha menjawab panggilan itu.

Mereka berbual dengan santai saja. Ada saja gurauan yang meluncur di mulut Darwish. Sungguh Arasha senang dengan Darwish.

Tapi, tak bermakna dia menyukainya, sedikit pun perasaan itu tidak muncul di hatinya. Dia masih mengharapkan Rayyan.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now