Bab 11

4.4K 155 0
                                    

Minggu P&P yang pertama bagi pelajar praU telah pun bermula. Seperti biasa, semuanya serba baru bagi mereka yang baru menjejakkan kaki ke SMK Hanyul walaupun mereka telah menjalani sesi orientasi minggu yang lalu.

Minggu yang pertama ini, para pelajar praU hanya didedahkan dengan asas yang perlu dipelajari dalam Tingkatan 6. Ada 5 subjek saja yang mereka perlu study iaitu PP ( bagi yang ambil kelas Perniagaan) atau Seni(bagi yang ambil kelas seni) , Pengajian Am, BM, Sejarah dan MUET .

"Okay ! sebelum kita mulakan tutorial kita, saya nak perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Ilham Azri , cikgu yang akan ajar subjek PA kepada kamu semua" perkenal Cikgu Ilham kepada pelajarnya.

Selesai saja sesi perkenalan di dalam kelas. Cikgu Ilham mula menerangkan tentang apa yang perlu dipelajari dalam Pengajian Am.

******
"Faizul ! nanti sebelum balik hostel kau temankan aku pergi bilik guru ye" ajak Rayyan.

"Bilik guru? nak buat apa? " soal Faizul kembali.

"Nak tanya pasal presentation PP  yang Cikgu Abu bagi tadi tu, ada part aku tak faham" jelas Rayyan.

"Yela. nanti aku temankan kau" kata Faizul sambil menepuk bahu Rayyan. Mereka masuk ke kelas apabila lonceng waktu habis rehat berbunyi.

Masuk minggu ni , dua minggu mereka sudah bergelar pelajar PraU. Semuanya dalam keadaan baik-baik saja.

p/s: andai chapter ni kureng sikit, maaf la ye. keep reading:)

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now