Bab 41

3.3K 125 0
                                    

"Assalamualaikum, kumpulan kami ingin membentangkan tentang Pemprosesan Sagu. Sebelum menjadi Sagu, satu pokok yang dipanggil pokok 'Mulong' perlu dipotong kepada beberapa bahagian terlebih dahulu seperti ini" terang Arasha lalu menunjukkan gambar pokok dipotong di skrin besar yang dikhaskan untuk pembentangan.

Selepas Arasha buat pembentangan, Emelin pulak yang menyambung diikuti Nadia, Shasha dan last sekali Hadif.

Habis saja pembentangan dari semua kumpulan yang mengkaji tentang Pemprosesan Sagu, kini tiba giliran pembentangan bagi kumpulan yang mengkaji Cara-cara Pembuatan 'Gula Apong'.

******
Aktiviti pembentangan pada malam itu berakhir agak awal. Sebab guru-guru tahu yang semua pelajar memang penat setelah mengembara petang tadi. Mereka pun bersurai.

"Aduh! penatnya, mengantuk pulak ni" keluh Tasya.

Setiba saja di dalam bilik, Tasya, Arasha, Ainul, Emelin dan Hafi terus merebahkan diri di tempat tidur atas lantai. Tiada yang lebih penting selain itu. Esok Majlis Penutupan Minggu Orientasi, lepas tu balik rumah.

Sebelum tidur, Arasha memeriksa handphonenya terlebih dahulu.

' 1 message received'

'Aik? siapa pulak yang sms ni?' soal Arasha dalam hati. Lantas dia membuka sms itu.

Rayyan: Assalamualaikum.. dah tidur ke ?

'Hmm.. baru nak sms, selama ni takda pun' gumam Arasha dalam hati. Namun, dia membalas juga sms itu.

Arasha: Waalaikumussalam.. belum lagi, baru aje habis aktiviti tadi.

Rayyan: Ohh.. patutlah saya tengok dewan dah gelap semacam aje..Hehe, best tak orientasi?

Arasha: Hmm.. orientasi? boleh la. tapi yang tak best masa jalan sorang² tu. Ketar lutut. Hahaha

Arasha mula senang bersms dengan Rayyan. Mata yang mengantuk ditahannya.

Rayyan: Hahaha.. awak takut ke ? Saya pun ada jugak malam tu. Saya jaga checkpoint pertama. Dari jauh lagi, saya dah tengok jalan.. sebab tu la saya sengaja takutkan awak. Hahaha

'What?? dia rupanya' desis Arasha dalam hati.

Arasha: Ohh.. jadi awak la yang buat bunyi² tu semua?

Rayyan: Ha'ah.. saya lah tu.. hahaha.. sorry, dah memang tugas kami. hehehe

Arasha: Cehh ! terbaiklah.. tapi saya tak takut pun.

Rayyan: yela tu tak takut. Muka pucat semacam aje saya tengok malam tu.Hahaha

Arasha: Hmm.. apa² aje la, ok saya mengantuk dah ni. gdnite ! Assalamualaikum.

Rayyan: ok awak.. nite ,sweetdream.. jangan lupa mimpi saya ye.. huhu.. waalaikumussalam.

Tamat saja perbualan antara mereka. Arasha lalu menyimpan handphonenya ke dalam beg pakaian dan terus tidur. Dia keletihan.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now