Bab 58

3.6K 121 0
                                    

Pagi itu hujan turun dengan lebatnya, cuaca yang sejuk membuat mata mencari bantal dan selimut. Begitu lah yang dirasakan semua warga sekolah SMK Hanyul sekarang.

Keadaan Arasha sekarang sudah semakin membaik, selepas terkena demam selepas peristiwa 'rahsia terbongkar' berlaku. Kini, sudah hampir dipenghujung bulan Oktober.

Semua pelajar praU baik senior mahupun junior bersiap-siap untuk 'berperang' dengan kertas exam. Pelajar 6 Atas akan mula exam bagi semester 3 pada 3-5 November,iaitu hari Selasa hingga Khamis, manakala pelajar 6 Rendah akan mula exam bagi semester 1 pada 9-11 November nanti.

******
Dan sejak peristiwa itu juga, Arasha langsung tidak menunjukkan mukanya di depan Rayyan mahupun Haniza. Dia sangat menepati janjinya.Namun, saat ada perjumpaan MPP saja dia bertemu dengan mereka berdua, itupun Arasha memang mengelak sangat dari bertembung.

Hubungan Darwish dengan Arasha juga masih sebatas kawan. Pintu hati Arasha memang sudah tertutup untuk mana-mana lelaki buat masa ini. Dia hanya ingin fokus untuk exam nanti.

******
Malam itu, Arasha bercadang untuk tidur awal. Baru saja ingin memejamkan matanya. Ringtone menandakan sms masuk berbunyi.

'Siapa pulak sms ni?' desis hatinya. Nak kata Rayyan memang tak sebab nombor dia pun sudah di block dan didelete sejak malam itu. Sms dibuka.

Darwish: Assalamualaikum Arasha, awak sihat?

'Hmm, nak apa pulak Darwish ni' gumam hatinya pula.

Arasha:Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat, ada apa ye ?

Darwish: Hehehe, takda.. saja nak tanya khabar.

"Ni yang aku malas ni, kalau takda benda penting tak yah lah sms. Kang aku tukar jugak nombor ni nanti" bebel Arasha pada diri. Sejak peristiwa itu, dia malas dah nak ada mana-mana hubungan dengan pelajar lelaki senior tu.

Arasha: Hmm, kalau takda pape lagi, saya nak tidur ni

Darwish: Ehh, jap Arasha. Ada sesuatu yang saya nak bagitau awak ni.

Arasha: ye ? apa dia?

Darwish: Tapi, awak janji jangan marah. Boleh saya call awak? kejap aje.

Arasha: Hmm.. ye lah.

Tidak lama kemudian, Darwish call Arasha.

"Assalamualaikum awak" ucap Darwish.

"Waalaikumussalam.. hmm, nak bagitau apa ni?" kini Arasha menyoal.

Terdengar Darwish menarik nafas dan berdehem beberapa kali di hujung talian sana.

"Hmm,, sebenarnya saya sukakan awak! " penuh keberanian Darwish meluahkannya.

"Awak umpama bintang di hati saya" ujar Darwish lagi.

Arasha hanya mendengar saja sebelum dia memberi keputusan.

Menyedari Arasha tiada balasan, Darwish meneruskan sesi luahannya malam itu. Dia tak nak tangguhkan lagi.

"Saya sebenarnya dah lama sukakan awak Arasha sejak mula-mula saya tengok awak dibilik guru lagi. Masa tu awak malu selepas jumpa Rayyan dekat depan pintu bilik guru. Saya hanya mampu pandang awak dari jauh. Lepas saya tahu awak minat kat Rayyan, saya nekad dalam hati taknak kacau awak, jadi saya pendam aje perasaan saya." Darwish berjeda seketika.

Kemudian dia menyambung lagi, Dia tahu Arasha mendengar luahannya melalui nafas Arasha yang kedengaran.

"Tamat saja awak sekolah, saya rindu sangat nak jumpa awak. Masa tu, saya nak balik asrama tapi saya singgah jap dekat pasar nak beli barang. Masa tu saya nampak awak kat sebuah kedai, saya nak tegur tapi tak berani. Lalu, saya cuma pandang awak dari jauh"

Darwish berjeda lagi.

"Bila saja saya nampak awak masuk form 6 ni, betapa happynya saya, rasa nak melompat pun ada.Hahaha Tapi, masa tu awak masih sukakan Rayyan. Then pada malam tu, hati saya sakit sangat tengok Rayyan buat awak macam tu. Rasa nak tumbuk aje Rayyan tapi saya sabar, saya tahu awak tak suka. Dan sekarang ni awak dah tak terikat dengan dia, jadi saya nak tanya, sudikah awak terima saya?" soal Darwish mengakhiri confessionnya yang panjang lebar tadi.

Arasha menghembuskan nafasnya.

"Dah habis dah?" soal Arasha pula.

"Dah, saya sekarang tengah tunggu jawapan dari awak" balas Darwish.

"Okay, biar saya terus terang aje. First, saya ucapkan bebanyak terima kasih kat awak sebab awak sudi sukakan saya dan intai saya selama ini. Saya tak dapat nak halang perasaan awak ni, sebab dah fitrah manusia memang macam tu. Setiap manusia Allah anugerahkan perasaan cinta, sayang, rindu, marah, benci dan macam-macam lagi" Jeda Arasha seketika.

Kemudian menyambung lagi.
"Saya sangat menghargai perasaan awak terhadap saya. Thanks again. Tapi, saya nak minta maaf banyak-banyak kat awak. Saya tak dapat nak terima awak. Pintu hati saya dah ditutup untuk lelaki buat masa ni. Saya cuma nak fokus untuk future saya, kalau ada jodoh tak kemana. Harap awak faham, soal hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa. Mungkin, ada yang lebih baik dari saya diluar sana nanti. Lagipun, perjalanan hidup kita masih panjang.Sekali lagi saya minta maaf" tolak Arasha secara baik.

"Hmm.. saya faham perasaan awak. Saya takkan paksa awak Arasha. Betul cakap awak tu, kalau jodoh tak ke mana. Okay! now saya dah lega lepas luahkan segala kat awak. Sekali lagi maaf Arasha. Semoga awak berjaya dalam kehidupan awak. Assalamualaikum." ujar Darwish.

"Waalaikumussalam" jawab Arasha.

Klik!

Panggilan tamat, 'Fuhh! macam-macam, baik aku tidur' rungut Arasha. Lalu dia memejamkan mata.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now