Bab 31

3.3K 137 5
                                    

Sejak Rayyan dan Arasha mula bermain sms, Arasha sering senyum-senyum sorang. Sah ! memang tengah angau minah ni.

"Wahh! semakin ceria muka kau ye Arasha, dari tadi aku perati kau tu asyik senyum-senyum aje tepi tu" Tasya tiba-tiba duduk di depannya.

"Hahaha.. mana ada, kau salah tengok kot, ni haa.. mana ada saya senyum " ujar Arasha lalu menayangkan muka yang serius.

Tasya lalu menjentik dahi Arasha.

"Adoii, sakit lah Tasya" kata Arasha sambil menggosok dahinya.

"Padan muka! siapa suruh tipu aku, ingat aku tak tahu ye kau tu tengah angau dengan si Rayyan tu" perli Tasya.

"Hahaha.. shuuttt! jangan kepoh sangat lah awak, nanti diorang dengar la" perlahan suara Arasha mengingatkan Tasya.

"Yela, ehh! jom temankan aku pergi toilet sebelum ustazah masuk" ajak Tasya.

"Hmm.. jom la" setuju Arasha tanpa bantahan. Sebenarnya, dia pun ingin ke toilet tadi, memandangkan tiada teman, lalu dia membatalkan saja niatnya.

******
Keluar saja dari tandas, Arasha dan Tasya bertembung dengan Rayyan dan Juan di tengah jalan.

Arasha ingin masuk ke dalam tandas, kerana malu nak bertembung dengan Rayyan. Tasya yang menyedari tingkah Arasha lantas memegang kejap tangannya.

"Jangan nak mengada, Okay! buat saja macam tak kenal, buat selamba aje" bisik Tasya.

Arasha mengangguk tanda mengerti, dari jauh sudah kelihatan segaris senyum di bibir Rayyan. 'Aduh! cair aku nanti, jangan pandang Arasha, jangan pandang!' pesan Arasha dalam hati.

Namun semakin dekat, getaran di hati Arasha jadi tak menentu. Mata juga sangat degil ingin memandang wajah itu.

Pertembungan berlaku juga, Rayyan memandang Arasha, Arasha memandang Rayyan. Masing-masing menghadiahkan segaris senyuman dibibir. Muka Arasya memang blushing habis. Lalu, Arasha pantas menundukkan mukanya.

******
"Hahahahaha.." secara tiba-tiba ketawa Rayyan meletus.

"Haipp! kau dah kenapa ketawa sorang-sorang? Naik seram aku tengok kau" soal Juan dengan riak muka yang pelik !

"Ehh? aku ketawa ye? mana ada" jawab Rayyan dengan sisa tawanya tadi.

"Tu kau ketawa tu!" tunjuk Juan

"Takda pape , saja nak ketawa" balas Rayyan.

"Pelik !" hanya itu ayat yang keluar dari mulut Juan.

Sebenarnya, Rayyan ketawa melihat muka Arasha yang merah tadi, Malu kot ! tambah pula dengan keadaannya kalut semacam tadi. Lucu di matanya.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now