Bab 19

3.7K 138 0
                                    

Pejam celik, pejam celik . Kini, tinggal seminggu lagi umat Islam  berpuasa dan bermakna minggu ni last hari persekolahan sebelum cuti untuk hari raya.

"Minggu ni last hari persekolahan, jadi saya nak kamu semua belajar dalam cuti beberapa hari ni nanti sebelum raya. Sebab Trial Semester 1 akan bermula selepas raya. Faham? buat persediaan awal. Jangan nak honeymoon sangat untuk sem 1 ni sebab wajaran markah untuk sem ni sangat besar. Jadi, fokus betul-betul untuk sem 1, pastikan kamu dapat 3.00 pointer ke atas baru senang sikit nak skor sem 2 dan 3 nanti " panjang lebar pesanan Cikgu Abu yang merupakan Ketua Tingkatan 6 kepada para pelajar yang kini sedang berkumpul di dalam library.

Semua mengangguk tanda faham sambil mencatat apa yang dipesan oleh guru-guru sepanjang perjumpaan MPP itu.

******
Pada masa terakhir P&P , semua pelajar dan guru dikehendaki berkumpul di dalam dewan selepas mengemas dan membersihkan kelas masing-masing sebelum cuti persekolahan selama seminggu.

Setelah semua pelajar dan guru berkumpul di dewan, majlis perhimpunan khas pun dimulakan.

Ucapan dari Pengetua sekolah pun berakhir. Paling bestnya, ucapan dari PKHEM Tuan Hj.Zaki tadi hanya beberapa kerat sahaja ,iaitu sekadar berpesan untuk jaga diri, jaga nama sekolah dan jaga nama baik kedua ibubapa. Dan akhir sekali, beliau mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.

Perhimpunan Khas ini berakhir dengan acara salam dengan guru-guru. Pelajar lelaki salam dengan guru lelaki dibelakang dewan manakala pelajar perempuan bersalam dengan guru perempuan di hadapan dewan sambil didendangkan dengan lagu raya, iaitu Suasana Hari Raya. Terasa feel rayanya ketika itu.

******
"Kejap ! saya nak gi toilet jap. Ainul teman saya" Arasha dan Ainul berjalan menuju ke arah tandas yang tidak jauh dari makmal komputer.

5 minit kemudian, mereka keluar dari tandas dan pada saat itu mereka melihat Rayyan dan Faizul datang dari arah bertentangan. Wahh! ni mesti bertembung jap lagi. Aigoo !

Dengan lagak yang selamba,  Arasha berjalan menuju ke arah Tasya, Emelin dan Hafi yang menunggu di depan jalan gajah menyusur. Manakala Rayyan dan Faizul berjalan dari arah bertentangan ingin balik ke asrama, mungkin dari bilik guru kot. Ainul usah ditanya, blushing habis muka bila bertembung dengan Faizul.

Umpama di 'slow motion' kan, mata Arasha sempat memandang sekilas ke arah Rayyan, namun riak mukanya selamba cool saja. Umpama dalam dunianya sendiri.

'He looks quite handsome' puji Arasha dalam hati. Ainul disebelahnya masih menunduk malu. Memang blushing habis lah minah ni. Hahaha

Masa bergerak seperti biasa, sekejap saja slow motion tadi. Hehehe..

Arasha dan Ainul bergerak pantas menuju ke arah Tasya, Emelin dan Hafi.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now