Bab 5

5.9K 231 4
                                    

Lagu No Erase nyanyian James Reid ft Nadine Luster bergema diseluruh ruangan bilik tidur Arasha menandakan ada panggilan yang masuk.

Klik! "ye, Assalamualaikum, ha'ah. nak siap dah ni, tunggu jap lagi saya keluar. Ok bye, Waalaikumussalam" jawab Arasha mengakhiri perbualannya dengan Ainul Raudah nama sebenarnya. Arasha mengenakan T-shirt biru tua lengan panjang yang labuh hingga ke lutut dikenakan dengan shawl bubble labuh berwarna hitam.

Hari ini Arasha, Ainul, Tasya dan Emelin bercadang untuk membuat study group di rumah Hafi, the weird person dalam kelas mereka, tapi dia seorang yang friendly dan dia juga merupakan best friend kepada mereka berempat. Cuma, jarak rumah Hafi yang jauh nun di Kampung Seberang, dari rumah mereka berempat menyebabkan Hafi tak dapat datang ke sekolah bersama mereka. Memandangkan Trial SPM akan dibuat pada awal bulan Julai nanti, mereka tidak ingin membazir masa yang ada.

******
"Assalamualaikum! Hafi.. ooo NurHafizah binti Hasdi, ni kami dah sampai dah ni" Panggil mereka berempat serentak, siap nama penuh Hafi lagi tu. hahaha

"Waalaikumussalam. Amboii korang, siap fullname saya lagi tu, masuk la" sanggah Hafi dengan lagak ala-ala brutal dia tu. Tapi dia tak la brutal sangat kalau nak dibandingkan dengan Arasha and the girls. Diorang ni brutal+nakal+ayu sikit la. hahaha

"Amboi, Hafi macam tak ikhlas je ajak study group ni, penat tau kami berlumba lari nak gi rumah kau ni" rajuk Tasya yang sememangnya lebih selesa menggunakan 'aku' 'kau' dengan semua rakan-rakannya.

"Ek'eleh, berlumba lari la sangat. Tu apa tu? " sambil jari telunjuk Hafi menunjuk ke arah dua buah motosikal yang elok parking di tepi jalan rumahnya. Tasya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sengaja dia buat merajuk tadi.

"Hahahaha.. sengaja aku buat-buat merajuk tadi, nak tunjuk muka comel aku kalau merajuk kat korang semua" ujar Tasya dengan sengihan yang tak habis-habis.

"Dah la, masuk cepat, buat apa masih tercegat kat luar tu, dari tadi saya persilakan korang semua masuk. Kang saya tutup pintu kang. Biar korang belajar kat luar je hahaha" ugut Hafi dengan tawanya sekali.

"Pandai awak ye Hafi, dah la mari masuk" kata Arasha yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia perdebatan kecil antara tuan rumah dan Tasya.

******
Tepat pukul 4:15 petang, Arasha, Ainul, Tasya dan Emelin bersiap-siap untuk balik ke rumah setelah menumpang menunaikan solat Asar sekali dirumah Hafi tadi. Study group hanya berjalan 2 jam sahaja dan selebihnya faham-faham je la, kalau dah jumpa 'geng satu kepala' . Belajar kemana orangnya kemana, tu pun dah lucky sangat study 2 jam.

Tanpa melengahkan masa lagi, Arasha dan sahabat-sahabatnya bersalam dengan ibu Hafi, Puan Khamsiah dan sekali dengan Hafi. Mereka mengucapkan terima kasih dan meminta diri untuk balik. Memandangkan perjalanan untuk balik ke rumah mengambil masa 1 jam jadi mereka bergerak secepat mungkin takut lambat sampai ke rumah nanti. Yela, jarak rumah antara mereka jauh dan menaiki kenderaan sendiri untuk pergi ke rumah Hafi.


P/s: update bab baru ni. sila komen untuk bagi pendapat atau sebagainya.:)

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now