Bab 64

4.3K 143 0
                                    

Arasha mula sedar dari pengsannya tadi. 'Ehh? kat mana pulak aku ni? Aikk, pelik! siapa yang hias bilik aku cantik-cantik ni, macam bilik pengantin' ujar Arasha dalam hati. Dia masih blur dengan apa yang terjadi.

Arasha bangun dari pembaringannya tadi. Otaknya masih lembab untuk detect apa yang terjadi.

"Awak dah sedar?" soal seseorang yang tengah duduk di kerusi meja solek.

Arasha menoleh ke arah suara itu dan matanya terbuntang apabila melihat seseorang yang memang dikenalinya.

"Rayyan! what are you doing here?" soal Arasha sambil mencari sesuatu. Tudung! ya dia mencari tudung untuk menutup kepalanya. Tak semena-mena, tangannya menarik selimut yang digunanya tadi.

"Hahaha.. calm down sayang" ujar Rayyan lalu datang mendekati Arasha di atas katil. Kalut Arasha jadinya.

"Eh, eh, awak nak buat apa ni? Saya jerit kang nanti" pucat wajah Arasha kerana takut.

"Hahaha, jeritlah. Tiada sorang pun akan tolong awak, yang ada mereka hanya biarkan saja.. hahaha" usik Rayyan. Dia suka tengok wajah kalut dan takut Arasha.

"Ap.. ap.. apa maksud aw.. awak ni. Baik saya jerit sekarang. Ib...." belum sempat dia menjerit nama ibunya, mulutnya diterkup oleh Rayyan.

"Apa ni? lepas lah !" bentak Arasha.

"woo.. woo.. okay, saya explainkan. Actually, I'm your husband. Kita baru saja diijab qabulkan lepas Isyak tadi dan awak dah sah jadi my wife. Tapi, tiba-tiba pulak awak pengsan lepas tengok saya. Apa muka suami awak ni terlalu handsome ke sampai awak pengsan sayang" usik Rayyan lagi.

Arasha seperti sedang mengingati sesuatu. Fikir punya fikir. Akhirnya, dia mengingati segala yang berlaku. Patutlah bilik dia cantik semacam aje.

"Awak dah ingat sekarang?" soal Rayyan.

Arasha mengangguk. Kepalanya ditundukkan. Rayyan mendekati dan duduk disebelah Arasha. Belum sempat lagi dia duduk..

"Copp ! copp! wait, awak duduk dekat birai katil saya. I wanna ask you something first" tungkas Arasha.

Rayyan hanya menurut.Dia duduk berhadapan dengan Arasha di birai katil sana.

"Yes? nak tanya apa? tanyalah,InshaaAllah.. kalau ada jawapan saya akan jawab" kata Rayyan sambil mengenyitkan matanya.

'Ishh, gatal semacam aje mamat ni. Ehh, Astaghfirullahalazim, suami aku yang sah tu' gumam Arasha dalam hati.

"Hmm.. okay, my first question.. macam mana awak boleh jadi suami saya dan macam mana awak tahu keluarga dan rumah saya ni?" bertubi-tubi soalan keluar.

"Aikk, tadi kata first question, ni dah tiga question dah ni, hahaha" gelak Rayyan.

"Hmm, jawab aje la" kata Arasha lalu menarik selimut yang menutup kepalanya tadi. Rimas dia rasa lagipun Rayyan suaminya yang sah. Tak salah pun dedah aurat depan dia.

"Okay, saya jawab. Sebenarnya awak ingat tak pertemuan kita dekat shopping mall waktu tu?" soal Rayyan.Arasha mengangguk.

"Sejak pertemuan tu, saya sering teringat kat awak, rasa bersalah saya pada awak tak pernah padam, malah semakin menghantui sejak saja jumpa awak balik. Namun, sejak itu juga rasa cinta dan sayang saya pada awak semakin bercambah dan berputik dalam hati saya. Actually, saya dah mula sayangkan awak sejak kes penipuan saya terbongkar dulu. Saat awak berjanji tak kan munculkan diri depan saya lagi dan awak mengotakannya, saya rasa kosong, sedih dan marah pada diri sendiri. Saya cuba nak contact awak semula tapi awak dah block nombor saya. Masa tu, saya menyesal sangat, tapi semuanya dah terlambat." jeda Rayyan seketika.

Rayyan memandang sekilas ke arah Arasha yang sedang menunduk. Lalu, dia menghembus nafas dan menyambung semula.

"Saya tahu awak marah dan bencikan saya setelah apa yang telah saya lakukan terhadap awak. Malam tu, baru saya sedar yang saya berdosa sangat buat awak menangis. Setiap titis airmata yang mengalir dipipi awak buat hati saya bagai disiat-siat. Tapi, malam tu saya tak mampu buat apa-apa. Saya minta maaf pada awak. Setelah beberapa tahun, saya cuba cari awak semula hinggalah kita ditakdirkan untuk bertemu dalam pelanggaran itu.Saya happy sangat waktu tu. Tapi,saya lupa nak minta nombor awak, lalu saya minta pada Hafi. Hampir 2 minggu saya pujuk Hafi supaya bagi nombor awak then barulah dia nak bagi." jeda Rayyan lagi. Arasha dipandang lagi.

"Bukan saja nombor awak saya nak, sekali dengan nombor ayah awak saya minta. 3 hari lepas tu saya call ayah dan kami berjumpa di rumah ni. Setelah ayah dan ibu terima pinangan saya dan awak pun setuju. Saya berhasrat nak contact awak nak bincang pasal persiapan kahwin pulak, tapi awak letakkan syarat pulak, hahaha. Jadi, saya follow aje untuk kebaikan bersama. Sehinggalah kita selamat menjadi suami isteri malam ini. Sayang..." panggil Rayyan setelah menghabiskan penerangannya tadi lalu menghampiri Arasha.

Arasha mengangkat kepala dengan airmata yang mengalir dipipi dan Rayyan yang sudah duduk disebelahnya mengesat airmata isteri kesayangannya.

Tangan Arasha digenggam erat oleh Rayyan.Mata mereka bertentangan.

"Sayang, Abang nak minta maaf sangat-sangat pada sayang. Abang tahu abang dah banyak lukakan hati sayang, buat sayang menangis. Abang janji pada diri abang, abang takkan sesekali lukakan hati dan perasaan sayang .Abang akan jaga sayang hingga nafas terakhir abang. Abang minta maaf sayang" pohon Rayyan lalu mencium tangan isterinya.

Arasha pantas memeluk tubuh sasa milik Rayyan dan Rayyan turut membalas pelukan itu.

"Abang, saya dah maafkan abang sejak dulu lagi. Memang masa tu,saya kecewa sangat dan saya dah berjanji takkan ada lagi perasaan buat mana-mana lelaki. Tapi, saya tak dapat nak tipu diri sendiri, saya masih sayangkan abang sampai sekarang. Dan sejak pertemuan di shopping mall tu jugak, abang selalu muncul dalam mimpi saya. Terima kasih abang, terima kasih sebab sudi terima Arasha yang serba kekurangan ini." luah Arasha lalu mengeratkan lagi pelukannya.

******
Pelukan dileraikan setelah lama dalam keadaan itu. Arasha tunduk lalu Rayyan mengangkat dagu Arasha supaya memandangnya. Mata mereka bertentang lagi.

"Terima kasih sayang, terima kasih sudi maafkan abang dan terima abang jadi suami sayang" kata Rayyan lalu mengucup dahi Arasha.

Terasa hangat kucupan di dahinya.

"Sayang, jom kita solat sunat Taubat, kita mohon ampun pada Allah atas semua dosa yang kita buat dulu. Moga Allah terima taubat kita" ajak Rayyan.

Arasha mengangguk setuju.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now