Bab 32

3.2K 147 0
                                    

Dalam sedar tak sedar, kini sudah memasuki bulan November. Terlalu pantas masa bergerak. Ini bermakna SPM yang sebenar bakal menjelang tidak lama lagi. Tinggal beberapa minggu aje. Begitu juga dengan Exam sebenar bagi Semester 1 pelajar praU.

******
Dalam perjalanan menuju ke kantin sekolah, seperti tahu-tahu saja mata Arasha yang Rayyan ada di kantin juga. Matanya liar memandang ke arah Rayyan tanpa Rayyan sedar.

"Woi Nul ! tengok kat kantin tu,  siapa ? waaa !!! dia lah , dia senpai next class kita tu , crush saya tu, Rayyan !" bisik Arasha dalam nada keterujaan.

Ainul memandang ke arah yang dimaksudkan Arasha.

''Ohh Rayyan sorang aje, takpa lah sangat. Jangan dia ada sekali, memang aku patah balik lah" lega nampaknya Ainul sebab 'dia' tiada bersama.

Namun, kelegaan yang dia rasakan hanya sementara saja.

"Nak lega apanya? Tuuu! " kata Arasha sambil menjuihkan bibirnya ke arah Faizul yang datang dari dewan.

Ainul yang mendengar kata Arasha tadi terus menoleh ke arah dewan. Lantas kakinya dipusingkan kebelakang tanda ingin balik ke kelas.

"Awak nak gi mana Ainul?" soal Arasha sambil menarik tangan Ainul.

"Na.. nak balik kelas la, tak yah gi kantin la Arasha" rayu Ainul gugup.

"Haish ! nak takut apanya, bukan mereka hantu pun. Manusia biasa jugak. Cuba buat cool aje, macam kita tak kenal diorang" nasihat Arasha padahal dalam hatinya terasa baru saja lepas lari 800m.

"Saya malu la Arasha, bukannya takut" balas Ainul lagi.

"Habis saya tak malu la,tapi demi makanan saya sanggup malukan diri. Dah la Nul ! lapar sangat dah ni" Arasha lalu menarik tangan Ainul.

Ainul hanya membuntuti dari belakang dengan kepala ditundukkan.

******
Setiba di kantin, Arasha melintas dua orang makhluk Allah di hadapannya dengan bersahaja. Makanan punya pasal, malu dia letak tepi dulu.

Namun, tidak bagi Ainul dia masih menundukkan mukanya. Malu sangat dia dengan Faizul.

"Hallo junior " sapa Faizul.

Arasha hanya mengangguk dan senyum. Rayyan disebelah sempat dikerling sekilas. Lelaki itu hanya memandang dengan senyuman saja. Ainul mula tersipu-sipu malu apabila ditegur Faizul.

******
Arasha dan Ainul ingin balik ke kelas setelah makanan sudah dibeli. Mereka harus cepat kerana waktu rehat hampir tamat.

Yang paling peliknya, dua makhluk Allah tadi masih lagi tercegat dekat kantin, fikir dah balik kelas rupanya tak.

Sedang Arasha dan Ainul melangkah, Rayyan dan Faizul juga turut melangkah dibelakang. Seperti mereka sedang menunggu Arasha dan Ainul.

Arasha dan Ainul yang perasan akan dua makhluk itu dibelakang terus mempercepatkan langkah mereka. Dan saat ni, barulah Arasha sangat malu.

******
"Uihh.. cepatnya langkah, malu punya pasal la tu.. Hahaha" ujar Faizul.

"Yela, tadi bukan main selamba muka Arasha melintas depan kita, ni last malu jugak, Hahaha" Rayyan pula menambah.

Seronok mereka berdua menyakat Arasha dan Ainul. Senyum tak lekang dibibir masing-masing.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now