Bab 40

3.4K 116 0
                                    

Pagi Jumaat, semua pelajar praU rendah telah dibahagikan kepada 2 buah kumpulan iaitu Kumpulan yang mengkaji tentang Cara-cara membuat 'Gula Apong' dari pokok nira dan satu lagi Kumpulan yang mengkaji tentang Proses Pembuatan Sagu.

Arasha and the group terdiri dalam Kumpulan Proses Pembuatan Sagu di Kampung Semerdu. Manakala Kumpulan yang mengkaji Cara-cara membuat 'Gula Apong' akan ke Kampung Teratai.

Kereta guru pengiring dan van pelajar bergerak ke tempat tujuan mereka.

******
Setiba saja di Kampung Semerdu, pelajar-pelajar dan guru pengiring di bawa oleh seorang pekerja di tempat itu ke tempat pemprosesan sagu.

"Okay, ini saya perkenalkan pokok 'Mulong'. Pokok ini akan di potong kepada beberapa bahagian dan seterusnya dipotong menjadi kecil. " terang Pak Mail yang merupakan pengusaha Kilang Sagu.

Yang lain mengangguk faham. Lalu mencatat beberapa maklumat penting di dalam buku. Sambil 2 orang pekerja Pak Mail memotong batang pokok 'Mulong' kepada beberapa bahagian seperti yang diberitahu tadi.

Selesai saja kerja pemotongan, kami dibawa pula ke tempat pemprosesan batang pokok yang dipotong kecil tadi.

"Seterusnya, batang pokok ni akan di hancurkan sehingga lumat dan seterusnya akan diletakkan di atas bentang kain yang besar itu" terang Pak Mail lagi sambil menunjukkan ke arah yang dimaksudkan.

Semua menoleh ke arah itu dan mencatat lagi maklumat yang penting.

Akhir sekali, di proses yang terakhir penghasilan Sagu. Pak Mail menerangkan satu persatu kepada kami sehinggalah macam mana sagu dihasilkan. Penerangan dari Pak Mail sangat jelas dan lengkap sekali.

Selesai saja semuanya, kami meminta diri untuk balik. Memandangkan masih awal, jadi rombongan kami bercadang untuk ke Kampung Teratai, meninjau aktiviti di sana.

******
Setiba di Kampung Teratai, semua pelajar yang terlibat tekun mendengar penerangan dari pengusaha 'Gula Apong' di kampung itu.

Kelihatan Pak cik itu sedang menggaul dengan perlahan sesuatu yang berwarna perang di dalam kawah besar. Mungkin itu gula apong kot.

******
Aktiviti hari ini berjalan dengan lancar sekali. Semua pelajar dan guru pengiring balik semua ke sekolah.

Mereka ingin bersiap-siap untuk aktiviti pembentangan bagi maklumat yang telah diperolehi tadi pada malam ini.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now