Bab 13

4.3K 156 1
                                    

Tok! tok!

Tombol pintu bilik Arasha dipulas. Terjenggul kepala Dania dimuka pintu.

"Kak ngah.. kawan kak ngah ada kat luar kat ruang tamu, tunggu kak ngah" jelas adiknya, Dania kepada Arasha.

"Ohh.. yeke nia? okay! bagitau diorang, jap lagi kak ngah turun. Kak ngah bersiap jap" pesan Arasha pada adiknya dan bergegas untuk bersiap.

Dania mengangguk tanda mengerti dan terus berlalu untuk memberitahu pesanan Arasha tadi.

******
Kira-kira 5 minit kemudian, Arasha menampakkan batang hidungnya yang agak mancung ke ruang tamu sambil menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih. Dulang tadi diletakkan di atas meja di tengah-tengah ruang tamu lalu Arasha menghidangkan air untuk sahabat-sahabatnya yang lama menunggu.

"Okay. Awak semua minum lah dulu. Kot penat tunggu saya bersiap tadi" perlawa Arasha sambil tersengih. Dia tahu kesalahannya yang membiarkan tetamu lama menunggu.

"Yela. thanks Arasha!" ucap Ainul, Tasya dan Emelin serentak.

Kali ini rumah Arasha yang menjadi port untuk mereka menjalankan study group. Hafi tidak dapat join mereka kerana ada hal di rumahnya.

******
Seperti biasa, habis saja study group , perbualan kosong pun bermula antara mereka berempat. Namun, kali ini mereka melakukan study group agak lama, lebih kurang 3 jam 50 minit. Ada progression !

"Ehh, Arasha kau ingat tak 2 orang senior yang kita jumpa sebelum balik hari tu?" soal Tasya bagi memulakan perbualan kosong antara mereka.

"Ingat ! kenapa Tasya? " soal Arasha kembali.

"Tak, aku rasa handsome pulak mamat senior kita yang namanya Faizul tu, babyface semacam je aku tengok, hahaha" bagitau Tasya dengan lagak gediksnya.

"Euww! gediks nya awak Tasya" Arasha menjulingkan matanya ke atas lalu menampar lengan Tasya.

Emelin hanya ketawa melihat gelagat Tasya namun Ainul hanya diam seperti sedang bingung dan menyembunyikan sesuatu. Arasha yang menyedari kediaman Ainul terus bertanya.

"Ainul, awak kenapa diam? bingung semacam je saya tengok" soal Arasha. Tasya dan Emelin terus menolah ke arah Ainul.

"Errrr... ta..takde pape lah" gagap Ainul menjawab.

"Kalau takde pape, kenapa awak gagap jawab pertanyaan Arasha tu?" Emelin mula menyampuk.

"Ainul.." Arasha mendekati Ainul dan menggenggam tangannya. Erat!

"Kalau awak ada problem, citerlah dekat kami bertiga. Tak yah nak pendam. Apa gunanya kita jadi sahabat kalau tak nak tolong sesama sendiri. Susah senang kita sama-sama Ainul. Masa ni kami tolong awak, lain masa nanti awak pulak tolong kami. " Panjang lebar Arasha berceloteh demi ingin mengetahui masalah Ainul.

Arasha tak nak Ainul pendam sorang-sorang. Persahabatan yang mereka jalin hampir 5 tahun itu amat bermakna baginya. Sungguh Arasha beruntung mempunyai sahabat seperti mereka. Dalam hatinya berkata 'Im glad having them as my bestfriend !'

"Sa.. sa.. saya sebenarnya ermm..  su.. su.. suka kat se.. se.. senior kita tu " gagap betul Ainul meluahkan rasa yang terpendam. Degupan jantungnya makin laju dengan reaksi sahabat-sahabatnya nanti. Dia menundukkan muka menahan malu.

******
"What??!" serentak Arasha, Tasya dan Emelin bersuara dengan muka terkejut mereka.

Tasya si kepoh itu terus menerpa ke arah Ainul.
"Kau suka kat siapa? bagitau aku" Excited Tasya bertanya. Minah ni memang busybody betul.

Ainul yang agak malu-malu itu menceritakan dari A-Z bagaimana dia boleh 'tercrush' dengan senior kat sekolah kami.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now