Bab 66

4.7K 141 6
                                    

"Sayang ! cepatlah.. nanti lambat sampai kampung. Abang dan Amir tunggu dalam kereta" bagitau Rayyan.

Kecoh Arasha di dalam bilik jadinya. Sebenarnya dia sudah siap dari tadi, Nina pulak buat hal, nak buang air besar. Jadi, dia temankan lah.

Siap saja semuanya, Arasha membawa Nina turun ke tingkat bawah dan terus mengunci pintu rumahnya. Dia bergerak ke arah kereta milik suaminya.

"Dah jom gerak." inform Arasha.

Rayyan terus menghidupkan enjin keretanya dan mereka pun memulakan perjalanan.

Arasha sekeluarga balik ke kampung bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat baiknya, Ainul dengan Faizul pada hujung bulan ini nanti, tinggal beberapa hari saja lagi. Tak sangka berjodoh juga mereka berdua.

******
Manakala, Tasya kini sedang mengandung anak kedua hasil percintaan dengan si suami. Nak tahu siapa suami Tasya? Ni haa, Muhammad Darwish bin Muhammad Jaffar. Mereka kahwin pada tahun lepas. Tasya tak sangka yang lelaki handsome yang dipujinya melambung tinggi dulu, kini menjadi suaminya. Pasal perasaan Darwish terhadap Arasha dulu, kini sudah hilang buat selama-lamanya, cintanya hanya buat sang isteri tercinta, Nur Natasya Aina.

******
Hafi pula kini masih sibuk menyambung pelajaran ke peringkat Master. Dia baru ada peluang untuk menyambung ke peringkat setelah mendapat bantuan biasiswa dari kerajaan. Pasal kahwin, dia cakap 'nanti-nanti lah saya kahwin, tunggu korang ada anak lima,hahaha'. Haii, apa-apa lah si Hafi ni, tapi thanks tau pada Hafi sebab dialah Arasha dan Rayyan dapat bersatu balik.

******
Hmm.. pasal si Iqmal pulak, dia dah jadi seorang pensyarah di USIM. Dah kahwin? Belum lagi, dia still single and available. Mungkin tunggu Hafi kot. Kita doakan saja jodoh mereka sampai. Dah semakin berumur dah ni. Hahaha

*******
Si Emelin pulak sudah menjadi tunangan orang. Tak silap, bakal suami dia seorang askar. Wahh! class awak Emelin. Seminggu lepas perkahwinan Ainul dan Faizul, Emelin pulak yang akan berkahwin. Hmm.. memang pesta kahwin lah kat kampung nanti.

******
Shasha? Haa.. Shasha kini merupakan seorang guru BI di SMK Secrat Heart di Sarawak. Dan dia dah kahwin pun dengan orang sana. Hampir 4 bulan usia perkahwinan mereka.

Manakala, Hasma dan Rais pula tengah menunggu kelahiran anak ke-4 mereka.

Juan,Arshad dan Rizal kini masih lagi menuntut di UMS, Sabah. Oleh sebab, mereka baru ada keinginan nak sambung study, so mereka pilih tempat yang sama. Untung saja diterima ketiga-tiga. Hujung tahun ni mereka habis kesemua semester.

******
"Okay? ready ? 1.. 2.. 3 ! say cheeseee.." arah photographer

"Cheeseeee!" serentak mereka menyebut perkataan itu.

'Klikk!'

Gambar mereka telah pun selamat tersimpan di dalam kamera jenama Canon itu.

"Tahniah Ainul, Faizul !" ucap Arasha, Tasya, Emelin, Hafi, Shasha dan Hasma lalu memeluk Ainul serentak.

Manakala, para suami mereka memeluk Faizul di sebelah sama.

Mereka ketawa bahagia. Dan semoga ketawa itu terus menjadi penyeri dalam rumah tangga masing. Amin..

-TAMAT-

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now