Bab 65

6.6K 162 15
                                    

2 tahun kemudian...

"Abah,mama.. jom gi sana, abang nak main dekat sana.." ajak anaknya yang berumur 2 tahun lebih itu.

"Laa, taknak lah abang, abah malas" sakat Rayyan sambil menyembunyikan senyumannya.

"Alahh.. abah, takpa lah.. jom mama, kita pergi sana bawa adik sekali" kini Arasha pula yang diajak anaknya.

"Tak nak lah bang, mama malas nak jalan dah" sakat Arasha pula dengan senyuman di lemparkan ke arah suaminya.

"Hmm.. tak apa lah, kempunan lah abang nak main sana tu, jom la balik" anak lelaki mereka sudah merajuk. Mukanya kelihatan sedih sekali.

"Hahahaha, alolololo, anak abah ni, abah gurau aje lah, mama pun macam tu, kan ma?" pujuk Rayyan.

Arasha mengangguk juga turut ketawa melihat muka cemberut anaknya.

"Tak nak kawan abah ngan mama" rajuk anaknya.

"Hahaha, sayang abah, jom la gi main sana tu.. abah temankan" pujuk Rayyan lagi.

Berseri-seri wajah anak lelakinya yang diberi nama Amir Rayhan bin Ar-Rayyan Rafiq itu.

"Jom abah! mama dan adik ikut sekali ye" ajak Amir lalu menarik tangan ayahnya.

Arasha mengikuti dari belakang sambil mendukung si kecil yang diberi nama Nur Anina Alia binti Ar-Rayyan Rafiq berumur 5 bulan lebih.

Mereka bergerak menuju ke arah sebuah taman kanak-kanak di Mines Seri Kembangan, Selangor.

******
Arasha kini sudah berpindah sekolah di Kedah memandangkan syarikat milik Rayyan turut dibangunkan di situ. Rayyan merupakan seorang businessman yang maju. Subjek perniagaan yang dipelajarinya dulu diaplikasikan di dalam businessnya sekarang.

******
"Abang, Rasha nak cakap sikit boleh?" soal Arasha yang kini menggunakan nama Rasha apabila berdua-duaan dengan suaminya.

Suaminya yang sedang menaip sesuatu di dalam laptop terus menghentikan kerjanya dan laptop ditutup. Dia melangkah ke arah Arasha di katil.

"Ye? ada apa sayang?" soal Rayyan lembut sambil mengelus rambut Arasha.

Arasha menarik nafasnya dan hembus lalu dia memulakan bicara.

"Rasha nak tanya tentang Haniza, sebenarnya dari dulu lagi Rasha nak tanya pasal dia kat abang, tapi tak berani takut abang marah" luah Arasha lalu kepala ditundukkan.

Rayyan menghembuskan nafas sebelum memulakan bicara.Tangan Arasha digenggam erat untuk mendapatkan kekuatan.

"Sebenarnya, Haniza dah meninggal dunia sebulan lepas result keseluruhan kitorang keluar. Abang ada nak bagitau sayang, tapi abang takut sayang terluka lagi. Jadi, abang tunggu masa yang sesuai dan inilah masa yang abang tunggu. Masa tu, abang, Faizul, Iqmal, Darwish, Arshad, Icha, Haniza dan Shikin pergi ke sekolah untuk ambil result.Kitorang naik moto, abang dengan Iqmal, Faizul dengan Darwish, Arshad dengan Icha dan Shikin pulak dengan Haniza." Rayyan berjeda seketika untuk menarik nafas.

Arasha sudah menangis sebaik saja mendengar berita kematian Haniza. Airmatanya disapu Rayyan.

"Masa kitorang nak balik tu lepas ambil result. Dekat simpang ada sebuah lori yang keluar tak bagi signal dan masa tu Shikin dan Haniza terus aje membelok ke simpang tu dan terlanggar lori besar tadi. Motosikal yang dipandu mereka berdua jauh terpelanting dan hancur. Haniza tercampak ke tengah jalan dan dilanggar pula oleh sebuah kereta. Shikin pulak tercampak dekat rumput tepi jalan. Haniza meninggal di tempat kejadian. Shikin terselamat hanya kaki dan tangan sebelah kanan saja yang patah. Kami semua macam tak percaya itu terjadi dalam sekerlip mata saja. Sebelum kejadian itu, Haniza ada bagitau abang yang dia benar-benar menyesal dengan perbuatannya dulu. Dia nak contact sayang ,tapi takda nombor. Dia nak minta maaf kat sayang.. sayang maafkan dia ye" pinta Rayyan bagi mengakhiri ceritanya.

Arasha kini berendam dengan airmata. Rayyan lantas memeluk isterinya untuk memberi kekuatan.

Dalam sedu yang tersisa, Arasha berbicara.

"Rasha dah lama maafkan Haniza abang, sejak dulu lagi. Rasha tak simpan pun dendam pada dia. Semoga rohnya tenang di alam sana. Rasha terkilan juga tak dapat nak mohon maaf pada dia, sebab Rasha pernah tengking dia dulu" ujar Arasha.

Rayyan terkejut. Pelukan dileraikan. Matanya memandang wajah isterinya yang merah selepas menangis.

"Kenapa sayang tengking dia? bila?" soal Rayyan ingin tahu.

"Hehehe, adalah masa tu, dia serang Rasha kat dalam tandas. Ni semua sebab 'My Crush, Senpai Next Class' kononnya jadi rebutan ramai, cehh" cerita Arasha lalu mencebikkan bibirnya.

'Cupp!'

Rayyan menghadiahkan ciuman dibibir Arasha. Tergamam Arasha dibuatnya.

"Haa, tu lah.. cebik lagi bibir tu, kan dah kena. Sekali lagi buat macam tu, abang gigit pulak. Hahaha" usik Rayyan seronok dia tengok muka malu Arasha.

"Hishh..mengada, Hmm.." Arasha buat merajuk.

"Alololo, sayang abang ni.. Jangan lah merajuk, susah abang nak pujuk tau" usik Rayyan lagi lalu memeluk Arasha dari tepi.

Arasha menyandarkan kepalanya di dada bidang milik Rayyan.

"Sayang, abang nak tanya. Apa itu 'Senpai' ? kenapa sayang panggil abang My Crush, Senpai Next Class? " soal Rayyan untuk kepastian.

"Hahahaha, betul abang nak tahu ni?" Arasha mendongak memandang muka kacak milik Rayyan. Rayyan angguk.

"Hahaha, senpai tu maksudnya senior dalam bahasa Jepun, Rasha jumpa perkataan tu masa tengok anime dengan Hafi dulu. Tu yang tertarik guna perkataan tu. And next class pulak, sebab class abang sebelah kelas Rasha aje. Tu sebabnya.. Puas hati? Hahaha" jelas Arasha lalu ketawa.

"Ohh.. nakal ye isteri abang ni" usik Rayyan lalu menarik hidung Arasha.

Mereka kelihatan sangat bahagia. Semoga kebahagian itu kekal buat selama-lamanya. Dan semoga arwah Haniza tenang di alam sana. Amin. Arasha tak sangka yang Crush dia Senpai Next Class, kini bertukar menjadi My Crush, My Husband. Hahahahaa

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now