Bab 56

3.5K 137 3
                                    

Majlis Konvekesyen berjalan dengan lancar sesuai seperti yang dirancang. Cikgu Badrul yang merupakan guru Seni berpuas hati dengan hasil kerja pelajar junior.

Semua pelajar senior telah pun beredar ke studio untuk mengambil gambar bersama ibubapa masing-masing. Kini hanya tinggal beberapa pelajar junior yang tinggal di dalam dewan.

******
" Hey korang ! jom ambil gambar dekat pelamin belakang tu" ajak Tasya sambil menunjukkan pelamin yang dibuat khas untuk pelajar senior bergambar nanti sekali gus untuk bergambar pada dinner malam ini.

"Okay ! Jom gerak. sebelum pelajar senior datang balik" ajak Ainul.

Syuk dipanggil untuk mengambil gambar mereka.

"Puwedeng pakuha ng litrato pok?" pinta Arasha.

"Hmm.. Ok pok na" lalu kamera dihulurkan kepada Syuk. Pandai jugak mamat lembut ni cakap Filipina.

******
Terasa puas mengambil gambar, tiba-tiba Rayyan, Faizul dan Arshad datang balik ke dewan. Mungkin sudah selesai giliran pengambaran mereka di studio.

"Arasha ! " panggil Faizul.

"Hmm?" toleh Arasha ke sisi.

"Rayyan ajak kau ambil gambar dengan dia" inform Faizul.

Tasya, Emelin, Ainul dan Hafi memandang muka Arasha. Mereka tersenyum penuh makna.

"Pergi sana !" arah Tasya.

"Malu lah saya" balas Arasha tersipu-sipu malu.

"Laa, apa di tunggu lagi kat situ.. Cepat lah.." panggil Faizul lagi.

Mahu tak mahu, Arasha melangkah jua. Rayyan sudah lama menunggu di atas pelamin yang dikhaskan untuk bergambar.

Dengan rasa malu menebal dalam hati, Arasha senyum juga. Ini kali pertama dia berdiri dalam jarak dekat dengan Rayyan. Untung saja tiada orang lain di situ, hanya sahabat Arasha dan sahabat Rayyan.

Usai saja sesi bergambar antara Rayyan dan Arasha, kini Faizul pula yang mengajak Ainul bergambar.

******
Pada sebelah malam pula, diadakan dinner bagi meraikan Majlis Konvokesyen pelajar senior pagi tadi. Tema pada malam ini ialah 'Diamond Night'. Semua berpakaian cantik-cantik. Tak kalah juga pelajar junior.

Tepat pada pukul 8:30 malam, majlis pun dimulakan. Banyak persembahan yang dipertontonkan pada malam itu.

Ada persembahan video gambar-gambar pelajar senior yang dicuri dalam fb mereka.Ada persembahan tarian dari pelajar junior dan ada juga persembahan battle shuffle dari pelajar senior sendiri. Malam itu sungguh meriah.

Last sekali, acara pertukaran hadiah antara senior. Arasha dan Tasya yang menjadi pengacara spontan pada malam itu.

******
Seusai saja majlis makan malam tersebut, guru-guru tingkatan 6 sudah bergerak untuk balik. Kini, tinggal para pelajar yang tinggal untuk berselfie sesama sendiri.

Malam itu juga, Darwish memanfaatkan peluang untuk berselfie dengan Arasha. Hanya 2 kali snap saja gambar mereka berdua.

Rayyan yang melihat kemesraan Darwish dan Arasha terus menerpa ke arah mereka.

"Erhmm.. boleh saya selfie dengan awak?" soal Rayyan kepada Arasha.

"Hmm.. saya minta diri dulu" ujar Darwish.

Arasha memandang Rayyan. 'Handsomenya dia malam ni' puji hati Arasha.

"Awak? boleh ke tak?" tanya Rayyan sekali lagi. Dia nampak Arasha malam ini sangat cantik macam Zara Zya.

"Errr.. boleh, siapa nak ambik gambar ni?" soal Arasha pula.

"Arshad ! sini jap" panggil Rayyan.

Arshad menghampiri.

"Tolong ambik gambar kami jap" pinta Rayyan.

******
Baru sekali snap.. Tiba-tiba, Haniza datang menerpa ke arah mereka.

Pakkk!

Pipi Arasha menjadi sasaran. Semua yang masih hadir di situ berpaling ke arah bunyi tadi. Rayyan tergamam begitu juga dengan yang lain.

"Hey kau !!! sudah aku ingatkan ! kenapa kau masih degil hah! nak kacau boyfriend aku !" jerkah Haniza. Dia tidak peduli dengan sekeliling. Malam ini dia ingin menamatkan semuanya.

"Apa awak cakap ni? Awak dan dia dah putus kan?" soal Arasha menahan sabar. Perit tamparan tadi ditahan.

"Hahaha !! kau memang bodoh ! kau kena tipu hidup-hidup oleh Rayyan. Hahaha! Kami belum break lagi la perempuan ! Itu semua lakonan aje ! Kau tu yang buta ..Hahaha! " puas itu yang dirasakan Haniza saat ini, lega hatinya dapat meluahkan perjanjian dia dan Rayyan selama ini.

"Niza! stop it !" larang Rayyan.

"No Rayyan, saya dah muak dengan semua ni. Biarlah kita terus terang aje dengan perempuan ni yang kita still couple. Tak tahan saya tengok kemesraan kamu berdua. Benci !" luah Haniza tegas.

Rayyan speechless. Nak bagi alasan apa lagi, semua dah terbongkar. Dan dia tahu Arasha terluka buat kali kedua.

Arasha memandang Rayyan. Kali ini dia tidak malu untuk menangis depan Rayyan. Hanya sakit yang dia rasa saat ini. Tasya dan geng lain mendapatkan Arasha untuk memberi kekuatan.

"That is the truth Rayyan?" soal Arasha memandang Rayyan. Anggukan Rayyan menjelaskan semuanya.

Haniza tersenyum kemenangan. Bagai disiat-siat hati Arasha melihat anggukan Rayyan. Dia cuba bersabar.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now