Bab 12

4.3K 148 1
                                    

16 Mei 2013 , hari ni merupakan Sambutan Hari Guru. Segala susun atur majlis untuk menyambut hari guru di handle oleh semua pelajar PraU dibawah pengawasan Cikgu Badrul yang merupakan guru seni.

Tema hari guru tahun ini ialah "Guru Penjana Transformasi Negara" dengan suasana majlis yang ala-ala 'Beautiful in World" .
Semua yang hadir berpuas hati dengan sentuhan pelajar PraU yang mengubah Dewan Halhyun menjadi begitu cantik sekali sesuai dengan temanya.

******
Majlis Sambutan Hari Guru telah pun berakhir. Suasana sambutan sebentar tadi sungguh meriah dengan kehadiran para pelajar dan guru-guru. Tak lupa jua banyak anugerah yang dimenangi oleh guru-guru sebentar tadi.

Sebelah petangnya pula, sukaneka untuk guru-guru pula berlangsung.

Arasha dan sahabat-sahabatnya memilih untuk balik ke rumah saja memandangkan banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan dan dihantar esok. Bukan bermakna mereka tidak menghargai jasa guru, tapi mereka nak siapkan kerja secepat yang mungkin.

Dalam perjalanan menuju ke jalan gajah menyusur untuk balik, Arasha and the girls berselisih dengan 2 orang senior lelaki yang sedang membawa kain-kain yang digunakan untuk menghias dewan tadi. Mungkin mereka ingin menyimpan di bilik seni, memandangkan dewan tidak digunakan lagi.

Lagipun majlis makan malam sempena Sambutan Hari Guru akan diadakan di sebuah hotel yang telah ditempah oleh MPM. Semua guru-guru akan berkumpul disana malam nanti.

******
" Siapa nama 2 orang senior tu tadi ye? , saya macam pernah nampak je masa kita ikut Lawatan Sambil Belajar dekat UNIMAS dulu" soal Arasha kepada Ainul, Tasya dan Emelin.

"Ohh.. nama senior tu ke ? Aku dengar la ,yang lembut semacam tu tadi nama dia, Irwan. Dia memang ada join program kat UNIMAS masa tu dan yang sebelah kiri tadi , namanya Faizul" cepat saja minah Tasya ni menjawab. Dia memang sudah tahu serba sedikit nama pelajar PraU kat sini, tapi bukan semualah.

"Ohh.. patut lah macam pernah tengok je Si Irwan tu tadi" Mengangguk Arasha tanda faham.

Namun, tidak pada Ainul, dia hanya senyap saja sepanjang perjalanan balik seperti menyembunyikan sesuatu. Tiada yang perasan akan sikap Ainul.



p/s: Apakah yang Ainul sembunyikan. Tunggu the next chapter

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now