Bab 45

3.3K 119 0
                                    

25 MEI 2014

Semua pelajar praU telah pun bersiap sedia di dalam dewan bagi memeriahkan Malam Kebudayaan yang akan dimulakan sebentar saja lagi.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Malam ini kita mengadakan Malam Kebudayaan diantara pelajar-pelajar Pra Universiti Rendah dan Atas. Sebelum memulakan acara di persilakan Ustaz Zahari naik ke pentas untuk membaca doa" ujar Emelin yang merupakan emcee pada malam itu.

******
"Alhamdulillah.. Terima kasih Ustaz Zahari atas bacaan doa itu tadi. Kini, tiba masa yang ditunggu-tunggu. Sebagai pembuka acara, Saya ingin menjemput Kumpulan 1 dengan tarian mereka iaitu Tarian Melanau mempersembahkan tarian mereka. Dipersilakan." umum Furqan yang juga merupakan pasangan emcee bersama Emelin.

Kumpulan 1 telah pun bersiap sedia dibelakang pentas. Dan apabila muzik dimainkan. Mereka keluar sambil menari mengikut rentak tarian Melanau.

******
"Terima kasih kumpulan 1, kini diminta kumpulan 2 pula bersiap sedia dibelakang pentas untuk mempersembahkan tarian anda." umum Furqan setelah itu.

Arasha dibelakang pentas sedikit gugup kerana ini pertama kali dia menari di khalayak orang ramai. Bukan dia seorang semua ahli pun begitu. Tapi, mereka tidak ingin mensia-siakan usaha mereka berlatih selama ini.

Baju inner yang tebal berwarna hitam dipandang sekilas untuk memastikan auratnya tidak nampak. Begitu juga dengan tudung hitam dan seluar hitam yang dipakainya. Walaupun pakaian tarian Bidayuh terdedah, tapi dia tidak rela memakainya begitu saja. Aurat harus dijaga.

Signal okay diberikan oleh Syuk tanda mereka dah ready.

Tidak lama kemudian, muzik tarian Bidayuh bergema di dalam dewan. Semua ahli kumpulan 2 menari mengikut rentak yang telah mereka pelajari.

Emelin yang menyamar sebagai lelaki malam itu berpasangan dengan Arasha, sebab lelaki kumpulan mereka tidak mencukupi.

Dari atas pentas, Arasha dapat melihat Rayyan yang berbaju tshirt putih dan songkok di kepala. Lagak seperti seorang datuk. Mungkin watak dia nanti datuk kot. Rayyan duduk rapat dengan seorang perempuan juga senior Arasha, tapi dia tidak tahu nama perempuan itu.

Arasha tidak mengendahkan mata Rayyan yang melihatnya menari di atas pentas. Dia perlu fokus dengan tariannya. Dia perasaan juga yang ada seseorang yang cuma untuk curi rakam ke arahnya. Mungkin perasaan dia saja kot.

******
Setelah semua acara selesai, dari tarian ke drama. Kini tiba masa untuk mengumumkan pemenang bagi kedua-dua pertandingan.

"Kini, tiba masa yang ditunggu-tunggu. Saya akan umumkan tempat ketiga bagi pertandingan tarian etnik terlebih dulu. Tempat ketiga jatuh kepada Kumpulan 1 dengan Tarian Melanau." umum Emelin.

Tepukan gemuruh diberikan oleh para penonton yang hanya terdiri daripada pelajar praU sendiri.

"Okay, saya terus umumkan juara bagi pertandingan tarian etnik dan kumpulan yang tinggal merupakan naib juara. Juara bagi Pertandingan Tarian Etnik 2014 jatuh kepada ... Kumpulan 3 dengan tarian mereka, Mengiluk ! dan kumpulan 2 ialah naib juara. Sila wakil naik ke atas pentas" umum Furqan pula.

Semua ahli kumpulan bersorak gembira dengan kemenangan masing-masing.

******
Tepat pukul 11:30 malam, berakhirlah acara Malam Kebudayaan pada malam itu.

Semua masih belum ingin balik kerana masih sibuk bergambar sebagai kenangan.

Bagi acara drama pula tadi, Juara jatuh kepada Kelas 6A1 dengan tajuk drama mereka 'Pendekar Bujang Lapok' manakala kelas 6A2 tempat kedua dengan tajuk drama 'Nasib Do Re Mi'.

******
"Jom balik" ajak Shasha kepada Emelin dan Arasha.

Arasha yang perasaan akan kemesraan Rayyan dengan seorang perempuan senior tadi, terus mengatur langkah untuk pergi. Malas dia melihat drama tidak berbayar itu. Moodnya hilang tiba-tiba.

Arasha dan yang lain mula mengatur langkah untuk balik kerana malam semakin larut. Dia kenangan bersama Rayyan malam ini. 'Hmm.. biarlah' desis hatinya.

p/s: Sorry, kalau bab ni boring sikit. no idea ni.. huhu

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now