Bab 22

3.6K 132 0
                                    

Pagi itu cuaca sungguh baik dan cerah. Dan hari ni hari raya kedua. Rayyan bersiap-siap untuk beraya di rumah Juan dan rakan-rakan yang lain di Kampung Beringin dekat seberang sana.  Hari ini Rayyan mengenakan sepasang baju melayu berwarna kelabu asap.

Dari jauh kelihatan Faizul yang mengenakan sepasang baju melayu berwarna hitam sudah menunggu Rayyan di kedai Wak Musytar.

Setiba sahaja di sebelah Faizul, Rayyan menayangkan sengih. Dia tahu dia terlewat sikit dari janji mereka. Alah ! lambat 15 minit je.

"Perghh! 'awal' nya kau sampai. Kenapa tak sampai lewat sikit. Huh? " perli Faizul.

"Hehehe.. sorry la bro, aku ada hal kejap tadi" alasan yang kurang bernas diberikan Rayyan.

"Ye la ada hal. Ehh, dah la. Jom gerak, tertinggal feri nanti. Padan muka" malas Faizul melayan alasan kurang bernas Rayyan. Cliche sangat alasan tu.

Masing-masing menghidupkan motosikal dan terus bergerak menuju ke destinasi yang ingin dituju.

******
Hari raya yang kedua ini, Arasha dan 3 orang sahabatnya bercadang untuk beraya di rumah Hafi.

"Okay. Dah sedia semua?" soal Tasya.

"Dah ! jom gerak! " dengan bersemangat Ainul menjawab soalan Tasya.

Dua buah motosikal bergerak seiringan membelah jalan raya untuk ke Kampung Tapai yang jaraknya memakan masa 1 jam untuk sampai.

Tasya membonceng Arasha dengan sebuah motosikal Honda Civix miliknya, manakala Emelin membonceng Ainul dengan sebuah lagi motosikal jenama Yahama miliknya.

Nak harapkan Arasha , memang tak lah sebab nak tunggang motosikal pun tak reti, nikan pulak nak ada lesen. Dan 2 kali 5 aje dengan Ainul.

******
"Now, alang-alang kita dah ada kat kampung seberang ni. Apa kata aku temankan kau gi beraya rumah awek kau Yan" usik Faizul.

Faizul tahu yang Rayyan sekarang sedang ada puppy love dengan pelajar Form 4 yang namanya Dayah.

"Erk ? mana kau tahu?" soal Rayyan tersipu-sipu malu.

"Alahh, playboy cap kambing kau ni mananya aku tak tahu" kening Faizul dijongket.

"Hahahaha.. okay! jom lah gerak, aku ada inform dia tadi yang aku nak datang rumah" tambah Rayyan lagi.

Mereka lantas bergerak menuju ke rumah Dayah di Kampung Belanga yang merupakan kampung Arasha juga.

******
Tepat pukul 4:00 petang, Arasha,Tasya,Ainul dan Emelin meminta diri untuk balik ke rumah. Memandangkan hari sudah menjelang senja.

Dalam perjalanan ingin masuk ke selekoh jalan Kampung Belanga, mata Tasya tertancap pada dua buah motosikal berkuasa tinggi keluar dari simpang jalan kampung mereka.

"Woii Arasha ! cuba tengok depan sana tu. Fuyooo!! cantik motor !" puji Tasya dengan suara yang dikuatkan takut Arasha tidak dengar apa yang diberitahunya tadi.

Arasha memanjangkan leher ke arah yang diberitahu Tasya tadi.

"Hmm.. motor aje cantik. Entah orangnya macam mana pun kita tak tahu, entah tua ke muda tu" balas Arasha.

Tasya hanya mendiamkan diri tanda mengiyakan kata-kata Arasha.

Sekali lagi, umpama di 'slow motion' kan. Motosikal yang ditunggang Tasya dan Arasha berselisih dengan motosikal yang ditunggang Rayyan.

Oleh sebab penunggang motosikal berkuasa tinggi itu menggunakan helmet yang menutup keseluruhan mukanya, jadi sukar bagi Arasha untuk mengecam muka si pemilik motorsikal itu.

******
"Perghh ! awek tu tadi bro ! " secara tiba-tiba Faizul mengeluarkan pendapatnya kepada Rayyan setiba saja mereka berhenti di tempat parking untuk menunggu feri tiba.

"Heh ! hengkau ! Takda ayat lain yang meluncur dari mulut kau tu, aku dah ada Dayah. Tak nak aku usyar awek lain" dengan bangga Rayyan mengeluarkan kata-kata itu.

"Okey bro ! we'll wait and see" ejek Faizul.

"Dah jom, feri dah sampai tu" ajak Rayyan bagi menamatkan perbualan kosong tadi.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now