Bab 34

3.3K 138 0
                                    

Sebelum memulakan cuti persekolahan selama sebulan, semua pelajar dan guru baik yang dah habis SPM atau yang dah habis Semester 1 diminta untuk datang ke sekolah bagi meraikan hari terakhir persekolahan.

Perhimpunan rasmi diadakan di dewan SMK Hanyul. Semua pelajar dan guru dikehendaki berada di dewan tepat pukul 8.00 pagi seusai sahaja kerja pembersihan kelas selesai.

Tepat seperti masa yang ditetapkan, perhimpunan pun dimulakan. Setelah menyanyikan lagu sekolah, doa pun dibacakan.

"Kini, kita jemput Yang Dihormati, Pengetua sekolah, Cikgu Hamzah bin Hussain untuk menyampaikan ucapan beliau . Dipersilakan" umum pengerusi Majlis.

Bergema dari dalam dewan dengan suara tepukan dari pelajar.

"Erhmm.. terima kasih pengerusi majlis. Yang Dihormati guru-guru,guru PKHEM, Guru Penolong Kanan dan pelajar yang dikasihi sekalian. Saya tidak ingin bercakap banyak cuma saya ingin berpesan agar semua pelajar jaga diri, jaga kesihatan, jaga maruah keluarga dan nama sekolah. Jangan nak terlibat dengan gejala yang tidak baik sepanjang cuti sekolah nanti. Buka saja sekolah pada tahun hadapan, saya nak tengok kamu semua balik sekolah dalam keadaan kamu yang sekarang ni, takda cacat cela. Faham? Lagi satu, bagi pelajar yang dah tamat tingkatan 5, saya harap kamu semua manfaatkan masa yang ada. Sila datang ke sekolah balik untuk ambil result nanti. Jangan lupa berdoa moga dapat result yang baik nanti. Begitu juga dengan pelajar PraU yang sudah pun menduduki exam semester 1. Baik, saya akhiri ucapan saya dengan ucapan Selamat Tahun Baru dan Selamat Bercuti. Assalamualaikum".

Berakhirnya ucapan dari Pengetua tadi, maka berakhirlah perhimpunan pada hari ini.

******
"Ehh jap ! " ujar Arasha apabila ternampak Rayyan ingin keluar dari dewan.

"Apa Arasha?"soal Tasya yang baru saja ingin mengatur langkah untuk keluar juga dari dewan.

"Hmm.. se.. se.. sebenarnya.. ermm.." 'Ehh, apahal aku gugup semacam ni' desis Arasha dalam hati.

"Hoii! sebenarnya apa?! " Tasya pelik dengan Arasha yang gagap tiba-tiba.

Arasha menggaru kepalanya lalu tersengih malu.

"Sebenarnya, saya nak bagi ni kat Rayyan, tapi saya segan. Awak tolong saya bagi kat dia boleh tak Tasya?" kata Arasha sambil menghulurkan keychain  yang berbentuk itik berwarna hitam dan coklat cadbury kepada Arasha sambil tersipu-sipu malu.

"Hmm.. itu yang kau gagap dari tadi ni? Haihh.. pelik aku dengan orang yang bercinta ni. Haa, bak sini" bebel Tasya sebelum mengambil keychain dan coklat dari tangan Arasha.

"Ehh ! correction ! mana ada saya bercinta, saya minat aje la" mimik muka Arasha jelas kelihatan tanda tidak suka.

"Hmm.. ye la tu, Emelin jom temankan aku " ajak Tasya.

"Ehh, saya nak ikut jugak. nak bagi ni" Hafi menyampuk tiba-tiba sambil memperlihatkan keychain yang berbentuk budak lelaki dan didadanya tertulis huruf 'I' .

"Laa.. kau pun nak bagi keychain? dekat siapa?" soal Tasya pulak.

"Ehh tak, bukan saya punya. Tuu!" sangkal Hafi sambil menjuihkan mulutnya ke arah Ainul disebelah.

Ainul tersipu-sipu malu disebelah Hafi.

"Haa.. 2×5 aje dengan Arasha. Dah jom ! balik asrama pulak mamat dua ekor tu nanti " Tasya mula mengatur langkah menuju ke arah kantin diikuti Hafi dan Emelin.

Dari jauh Arasha dan Ainul hanya memerhati gelagat 5 orang manusia di kantin sana.

******
"Rayyan ! nahh!" hulur Tasya.

"Ehh? apa ni? siapa bagi? " bertubi-tubi soalan dari Rayyan.

"Arasha bagi. Ambil aje la" kata Tasya lalu menghulurkan barang pemberian Arasha tadi kepada Rayyan.

Rayyan menyambut huluran itu " Thanks"

"Okay settle yang tu, dan ini pulak untuk awak Faizul" tiba giliran Hafi pulak yang menyampaikan amanah orang.

"Laa.. aku pun ada? ingat Rayyan sorang aje.Siapa bagi? " tersengih-sengih Faizul menyambut huluran dari Hafi.

"Ainul la bagi, kalau saya memang tak la" balas Hafi.

"Hmm.. yela, thanks! " ucap Faizul.

"Okla, kitorang gerak dulu. Diorang dah tunggu kat sana tu" kata Tasya sambil mula mengatur langkah.

Rayyan dan Faizul hanya mengangguk dan tersenyum.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now