Bab 3

7.6K 304 11
                                    

Aku disini kan s'lalu menunggu

Yang s'lalu ada disetiap waktumu

S'lalu menanti jawapanmu

Untuk cinta yang terakhir..

Tak akan pernah hilang rasaku

Cinta yang bernyawa dalam hatiku

Bagai mata yang tak terpejam

Aku tetap menantimu ..

ooooo

Aku kan tetap.. menantimuuuu...

Nyanyi Arasha dengan begitu kuat sekali memandangkan tu lagu favourite dia. Aku 'Tetap menantimu' bisik hati Arasha. Menanti siapa entah dia sendiri tak tahu lalu senyum-senyum sendiri , berangan lah tu.

Tiba-tiba...

"Hoi Angah ! apa yang terpekik terlolong dalam bilik tu ! Nak tengok tv pun terganggu dengar suara pontianak binti langsuir kak ngah tu " Marah adikku, Wanie.
'uihh, hampeh punya adik. Ada ke patut cakap suara aku yang merdu bak buluh perindu ni dia cakap macam pontianak' desis Arasha dalam hati. Marah kot tak pun malu. Arghh! lantak lah ,janji aku happy go lucky.

Arasha memanjakan diri di atas katil empuknya memandangkan ini hari minggu. Dia cuba pejamkan mata tapi hampeh tak mau pejam la pulak. Lalu dia mengambil lappy kesayangannya dan membuka rancangan kegemarannya iaitu RM (bukan Ringgit Malaysia tapi Running Man ye readers 😁 ).
Dengan penuh khusyuk tawaduk Arasha menonton RM sampai tak sedar bila masa pulak dia terlelap. -_-"

******
"Wanie, panggil kak ngah kamu suruh turun makan" arah Puan Rosmida.
"Baik bu" Wanie bergegas menuju ke bilik kakak kesayangannya untuk mengajak makan malam bersama.

Tok! tok!
Wanie memulas tombol pintu bilik kakaknya yang tidak berkunci. "Kak ngah , ibu panggil ajak makan sama" ujar Wanie.
"Kejap Wanie, nanti kak ngah turun. Alang-alang nak siapkan ni kejap" bagitau Arasha sambil tangannya sibuk memasukkan buku yang hendak dibawa ke sekolah esok ke dalam beg sandangnya. Yang selebihnya dia bawa guna tangan je bukan banyak pun buku dia esok.

******
Selesai makan malam, Encik Aidit, iaitu suami Puan Rosmida dan ayah kepada Arasha dan adik-beradik yang lain memanggil Arasha untuk duduk bersamanya di ruang tamu. Manakala, Wanie, Amar dan Dania sedang membuat kerja sekolah di dalam bilik masing-masing.

"Ano'yan si daddy ? " soal Arasha dengan bahasa Philippines nya tu sambil tersengih memandang muka ayahnya. Biasalah nak bagitau yang Arasha ni peminat James Reid , actor Filipino tu yang handsome ,cute kedebaam kedeboom tu. Kalau tak kenal minta tolong kat Mr.google .hehehe

Ayahnya hanya mampu menggeleng kepala melihat karenah Arasha. " Meh, duduk sini" pinta Encik Aidit sambil menepuk sofa disebelahnya. Arasha terus duduk disebelah sofa yang dimaksudkan.

"Ayah nak tanya perancangan Angah selepas habis SPM ni nanti, kamu nak masuk Matriks ke ?" soal Encik Aidit.

"Hmm.. tak tau lagi lah yah, nanti lah Angah fikir. Tengok macam mana result Angah nanti gempak ke tak" jawab Arasha diselangi gurauan di hujung ayatnya.

"Takpe la, kalau macam tu. Belajar elok-elok na, biar dapat ikut jejak along kamu" ujar ayahnya lagi.

'Ni yang aku tak suka ni, kalau disuruh ikut jejak along. Alongkan lelaki , aku perempuan mana boleh ikut jejak dia' rungut Arasha tapi dalam hati je la , tak berani nak merungut depan ayahanda tercinta. Arasha hanya mengangguk tapi tak bermakna dia setuju.

"Ok yah, Angah nak gi tidur dulu, takde pape lagi kan yah?" tanya Arasha sebelum melangkah untuk masuk tidur.

"Yela, takde." jawab Encik Aidit sambil tersenyum dan masa tu Puan Rosmida datang dari dapur menuju ke ruang tamu.

"Ok, jal jja eomma,appa. Saranghae. Assalamualaikum" ujar Arasha sambil mengenyitkan mata pada kedua orang tuanya.
"Waalaikumussalam" jawab Encik Aidit dan Puan Rosmida serentak sambil menggeleng kepala dan tersenyum.

P/s: bab ni panjang gak. Maaf kalau tak menarik. InshaaAllah, lepas ni sya akan buat yang lebih menarik. Harap korang suka + vote saya. 😊Andai ada ayat yang salah or typo, mohon maaf ye semua.☺

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now