Bab 39

3.2K 132 0
                                    

Semua pelajar praU Rendah diminta untuk tinggal di asrama selama 2 hari, iaitu Khamis dan Jumaat. Pagi Sabtu mereka akan balik kerana ada aktiviti yang akan diadakan pada sebelah malam.

"Arasha ! kau rasa malam nanti kita nak buat apa ye? " soal Tasya yang sedang berbaring di atas lantai. Mereka terpaksa tidur di lantai sebab katil tidak mencukupi.

"Entah lah.. kita tengok aje nanti" ujar Arasha.

"Hmm.. ye la" jawab Tasya kembali.

Azan maghrib berkumandang di surau An-Nur.

"Haa.. jom gi surau, dah azan dah tu. Hafi ! Ainul ! Emelin ! Faizah ! dah siap ke? jom gerak.. " ajak Arasha.

Mereka bergegas ke surau yang hanya terletak di sebelah asrama perempuan. Hanya 3 minit saja masa diambil untuk ke sana.

******
Tepat pukul 8:30 malam, semua pelajar praU Rendah berkumpul di dalam dewan. Hanya guru fasilitator yang terlibat manakala pelajar senior masih belajar malam di kelas mereka. Dan turut juga hadir seorang anggota polis bagi langkah berjaga-jaga.

Pelbagai acara yang dilakukan pada malam itu seperti Persembahan Trademarks bagi kumpulan masing-masing. Ada 6 orang dalam setiap kumpulan. Dan setiap kumpulan mesti bercampur dari pelbagai kampung.

Namun, dalam kumpulan Arasha semuanya pelajar dari SMK Hanyul sendiri. Hahaha.. tiada pelajar lain dah.. Selain persembahan trademarks, ada juga pertandingan melukis logo kumpulan dan akan di explain setiap seorang dari ahli kumpulan nanti.

******
Selesai saja aktiviti di dalam dewan, semua pelajar dibawa ke padang sekolah tepat pukul 10:30 malam.

"Okay! sekarang dah pukul 10:30 malam. So, the next game is Jaga Amanah. Kamu akan diberikan belon yang di dalamnya diisi air dan sebuah kerusi. Faham? Jadi maknanya kamu perlu menjaga dua amanah iaitu belon dan kerusi. Jangan sampai belon kamu pecah dan kerusi kamu hilang. Kamu perlu mencari 5 orang guru fasilitator atau fasi-fasi senior untuk diminta tandangan. Apabila semua tandangan sudah didapatkan. Kamu boleh balik ke padang ini semula dan tunjukkan tandangan itu pada saya. Faham? Tapi, tangan kamu semua akan diikat kebelakang bersama dalam satu kumpulan. Ok, mulakan !" panjang lebar Cikgu Diah memberi penerangan tentang tugas malam itu.

******
Selesai saja permainan Jaga Amanah. Kini tiba pula aktiviti yang sangat dielakkan oleh setiap orang pelajar. Berjalan seorang Diri mengelilingi sekolah untuk mencari 7 checkpoint di tempat yang telah ditetap.

Tepat pukul 12:00 tengah malam, aktiviti itu pun bermula. Semua dah kecut perut. Suhaila orang pertama yang memulakan aktiviti itu. Satu lilin dibagi kepada Suhaila sebagai penyuluh sepanjang perjalanan nanti. Seandainya lilin itu padam, maka gelap lah jawabnya.

Namun, jangan risau di setiap checkpoint ada guru fasilitator dan senior yang dipilih untuk menjaganya. Cuma, mereka bersembunyi di dalam kelas sebab checkpoint diletakkan di luar kelas.

"Arasha Imani" nama Arasha disebut oleh Encik Rashid iaitu anggota polis yang turut terlibat.

Arasha bangun dari duduk dan berjalan menuju ke arah Encik Rashid. Lilin diberi dan dinyalakan.

"Kalau lilin ini habis atau padam, teruskan perjalanan. Jangan patah balik. Lagi satu, kalau ada apa-apa yang ganggu atau dengar sesuatu jangan toleh, teruskan perjalanan dan cari checkpoint. Faham? " Pesan Encik Rashid.

Arasha mengangguk tanda faham. Dengan lafaz Bismillah Arasha mengatur langkah untuk ke checkpoint pertama. Ketar lutut weyh!

Tiba di checkpoint pertama, Arasha dengan berhati-hati menulis nama diatas kertas yang disediakan lepas tu checkpoint diambil. Baru saja ingin meneruskan langkah, tiba-tiba ada bunyi sesuatu yang jatuh di dalam kelas.

Arasha kuatkan semangat dan meneruskan langkahnya. Di checkpoint kedua, ketiga dan keempat tiada apa-apa yang berlaku.

Dalam perjalanan menuju ke checkpoint kelima di jalan shortcut ke blok terapung, Arasha terasa semacam, seperti ada orang yang mengekorinya dari belakang. Namun dia ingat pesan Encik Rashid tadi, jangan toleh ! Jadi dia teruskan misinya.

Checkpoint keenam settle, kini tiba di checkpoint terakhir. 'Allahuakbar!' terkejut Arasha apabila matanya tertancap pada sesusuk lembaga yang dibungkus dan dibaringkan di pondok kecil yang berdekatan dengan checkpoint terakhir.

Arasha memberanikan diri untuk bergerak ke situ. Untung saja lembaga itu hanya hantu bungkus buatan senior dan guru fasilitator. Kalau betul-betul memang pengsan Arasha di situ.

Alhamdulillah. Arasha berjaya mendapatkan kesemua checkpoint dan selamat tiba di dewan. Sungguh ini satu cabaran baginya. Keberaniannya diuji malam ini.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now