Bab 55

3.4K 113 0
                                    

Di ruang tamu, Arasha menaip sesuatu di dalam laptopnya. Agak berselerak sedikit meja diruang tamu itu disebabkan kertas-kertas Arasha.

"Angah tengah buat apa tu?" tegur Puan Rosmida lalu menghenyakkan punggungnya di sofa.

"Ehh, ibu. Ni Angah tengah taip nama-nama senior dan guru untuk diletakkan di atas kerusi nanti. Lusa kami ada Majlis Konvokesyen bagi pelajar senior" jelas Arasha kepada ibunya.

"Ohh.. yela, buat elok-elok kerja tu." pesan Puan Rosmida.

"Terima kasih ibu. Ohh, ibu printer ada ink lagi tak? nak print nama-nama ni pas ni. Lepas kertas untuk laminate ada tak?" soal Arasha kepada Ibunya.

"Hmm.. ada kot ibu rasa. Pagi tadi ayah kamu ada guna. Nanti kamu check, kalau takda print aje kat rumah Mak cik Kiah sebelah tu" balas Puan Rosmida.

Arasha mengangguk lalu meneruskan kerjanya.

******
"Darwish, dah confess kat Arasha ke belum?" soal Iqmal. Hanya Iqmal yang mengetahui tentang rahsia Darwish yang satu tu.

"Belum lagi. Hmm, belum ada masa yang sesuai" balas Darwish.

"Suka hati kau lah. Bukan aku pun yang rugi" ujar Iqmal.

"Ehh.. yang kau dengan Hafi macam mana pulak?" soal Darwish.

"Nothing special. Kami cuma kawan aje. Tapi, kekadang aku pelik juga dengan perangai Hafi tu. Nak gelak pun ada..Hahaha" jelas Iqmal.

"Hmm.. kenapa dengan dia?" soal Darwish lagi.

"Hahaha.. ada masa tu, dia tidur dekat meja luar. Dah lah hujan kat luar. Sejuk pulak tu, dia boleh pulak tidur dekat situ. So, aku pergilah dekat dia dan kejutkan dia.. Hahaha" cerita Iqmal diselangi dengan tawa.

"Ye ke ? hahaha.. macam perangai mereka sekawan tu" kata Darwish lalu menggeleng kepala.

"Tu la, mereka sekawan tu unik aku tengok.." ujar Iqmal lagi.

Darwish hanya mengangguk, hanya senyuman yang terbit dibibirnya.

******
"Assalamualaikum, Ainul. Dah siap ke senarai tugas untuk pelajar lain lusa?" soal Shasha.

"Waalaikumussalam, dah . semua dah ada tugas masing-masing" ujar Ainul.

Kini, tugas sebagai Pengerusi MPP diambil alih oleh Ainul memandangkan Hadif sudah berpindah ke politeknik sebulan yang lalu.

Hubungan Ainul dan Shasha pula masih elok-elok saja, seperti tiada apa yang berlaku. Meskipun, Faizul dan Shasha mula berhubung. Tapi, Shasha tidak melayan sangat si Faizul kerana dia tidak ingin mengkhianati sahabat sendiri.

"Oklah kalau macam tu, ni saya nak bagitau awak yang gambar-gambar senior kita sudah saya ambil dari fb mereka. Semuanya ada." jelas Shasha.

"Bagus lah kalau macam tu, awak buat video cantik-cantik untuk lusa, sekaligus untuk dinner mereka pada sebelah malamnya nanti". pesan Ainul.

"InshaaAllah.. saya try. Ok, sudah dulu ya Nul, nak sambung kerja tadi. Assalamualaikum" ucap Shasha.

"Okay! gdluck ! Waalaikumussalam" jawab Ainul.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now