Bab 42

3.2K 126 11
                                    

Majlis penutupan untuk minggu orientasi berjalan dengan moleknya. Sebentar tadi, pengetua ada berpesan supaya study betul-betul di tingkatan 6 ini. Dan beliau juga mengalu-alukan kedatangan kami.

"Penatnya.. confirm nih aku tidur lepas ni" adu Tasya.

"Hmm.. saya pun. Lenguh-lenguh rasa badan" Ainul pula menambah.

"Erhmm.. ok, jom ar gerak cepat, tak sabar nak balik rumah" ajak Arasha.

******
Setiba saja di rumah.. Arasha memberi salam.

"Assalamualaikum" ucap Arasha lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, Angah ke tu?" jawab Puan Rosmida dari arah dapur.

"Ha'ah.. Angah la ni, ibu buat masak apa tu? " soal Arasha lalu menerpa ke arah ibunya di dapur. Beg pakaian turut dibawa untuk memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh.

"Ibu masak ayam masak kari, sayur sawi goreng dan ikan kembung masak asam pedas" ujar Puan Rosmida.

Kecur air liur Arasha mendengar menu makanan tengah hari itu.

"Wahh! sedap nya bu.. Nak makan, lapar ni" Arasha memang pantang nampak makanan terus aje lapar.

"Hmm.. mandi dulu lepas tu solat Zohor. Dah masuk Zohor dah ni, mesti kamu belum solat. Lepas tu kita makan sama-sama" pesan Puan Rosmida kepada Arasha.

Arasha mengangguk lalu mengatur langkah ke biliknya untuk mandi dan solat Zohor.

******
" Errrkkk... Alhamdulillah, kenyangnya.. masakan ibu memang gini! " ujar Arasha sambil menunjukkan thumb up kepada ibunya.

"Ha'ah.. masakan ibu kamu memang sedap. Sebab tu lah ayah makin sayang dengan ibu kamu ni" kata Encik Aidit lalu mencuit dagu Puan Rosmida.

"Apa lah abang ni, malu lah depan anak-anak" tersipu-sipu malu Puan Rosmida diusik suaminya.

"Alahh.. tak apa lah nak tunjuk mesra depan anak-anak, kan?" usik Encik Aidit lagi lalu memandang anak-anaknya.

Arasha, Wanie, Dania dan Amar ketawa melihat gelagat ibu dan ayah mereka. Bahagia !

******
Pada sebelah malam pula, Rayyan dan beberapa pelajar lain sedang belajar malam di dalam kelas. Memang menjadi kebiasaan mereka belajar malam selepas solat Isyak.

"Faizul ! sini jap! "panggil Rayyan.

"Hmm.. apa dia?" soal Faizul.

"Takda pape. Hahaha.. saja nak bual dengan kau" usik Rayyan.

"Baik tak payah. Aku nak belajar ni" rungut Faizul.

"Alahh.. aku gurau aje la, ni aku nak tanya ni, kau still contact dengan Ainul ke ?" soal Rayyan.

"Hmm.. still, dari dulu lagi.. Tapi tak selalu la, kekadang aje, kenapa?" soal Faizul kembali. Dia curiga.

"Ohh.. hahaha, aku ingatkan takda lagi sejak kau dah ada adik angkat ni" perli Rayyan.

"Ehh hello bro! aku tak macam kau. Kalau ada di depan mata baru terhegeh-hegeh nak sms la, apa la. Kalau takda ,langsung tak diingat" sindir Faizul.

Berdesing telinga Rayyan mendengar sindiran Faizul.

"Wahh.. melebih nampak kau. Hmm, yela, buat apa nak ingat orang yang takda depan mata.." angkuh sungguh Rayyan berkata.

"Suka hati kau lah Yan. Kalau Si Arasha tu tahu yang kau dah ada awek, mampuih kau" bidas Faizul lagi.

"Takda maknanya.. Pandai-pandai lah aku kelentong. Hahaha" gelak jahat Rayyan keluar.

"Yela. Ehh, dah pukul 10:30 malam dah ni, jom balik ! " ajak Faizul.

Rayyan mengangguk lalu mengemas barangnya di atas meja.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now