Bab 54

3.4K 125 0
                                    

Bulan pun sudah berganti lagi, kini sudah masuk bulan Oktober. Hubungan Rayyan dan Arasha sudah kembali pulih seperti dulu setelah Rayyan memberitahu yang dia dan Haniza sudah putus.

Arasha sedikit sebanyak percaya apa yang dikatakan Rayyan memandangkan dia tidak lagi melihat kemesraan antara Rayyan dan Haniza.

Manakala, hubungan Darwish dan Arasha juga masih seperti dulu, iaitu hanya sebatas kawan. Tak lebih dari itu.

******
"Arasha, kalau saya bagitau awak sesuatu awak jangan bagitau sesiapa ye?" ujar Hafi.

"Ok, apa dia?" soal Arasha pula.

"Hmm, sebenarnya ini tentang Ainul. Semalam Faizul ada text saya, dia nak minta nombor Shasha. Saya serba salah juga nak bagi. Lepas tu, saya tanya Shasha then dia cakap ok saya bagilah" terang Hafi.

"Hmm.. dia nak buat apa dengan nombor tu? Awak ada bagitau Ainul tak?" soal Arasha untuk kepastian.

"Faizul cakap dia dah lama berminat kat Shasha, sekarang ni baru dia ada keberanian nak minta nombor dia. Saya tak berani nak bagitau Ainul" jelas Hafi lagi.

"Hmm.. kesian Ainul, dia bersusah payah minat kat Faizul, alih-alih Faizul minat dengan orang lain, sahabat sendiri lagi tu." ujar Arasha lagi.

"Tu lah, macam mana nak bagitau Ainul, Saya tak nak dia kecik hati dengan kita nanti kalau dia dengar dari mulut orang lain." risau Hafi dibuatnya.

"Takpa lah, nanti saya slow talk dengan Ainul." putus Arasha.

******
Balik saja dari sekolah, Arasha sengaja berjalan dibelakang Tasya, Emelin, Hafi, Hasma dan Rais. Dia mengajak Ainul jalan bersama dibelakang.

"Ainul, kalau saja bagitau awak sesuatu ni, harap awak sabar ok?"  nasihat Arasha.

Ainul pelik!

"Hmm.. InshaaAllah, apa dia?" soal Ainul pula.

"Se.. sebenarnya, semalam Faizul ada minta nombor handphone Shasha, katanya dia dah lama berminat kat Shasha. Tapi, baru kali ni dia berani nak luahkan" cerita Arasha yang sebenarnya.

Ainul diam seketika.

"Ohhh.." hanya itu jawapan yang keluar.

Arasha memandang muka Ainul dan dia terkejut apabila mata itu sudah merah menahan tangis.

"Dah, tak mahu sedih macam ni. Biarlah diorang. Saya bagitau awak ni supaya awak tak kecewa bila dengar dari mulut orang lain. Dah-dah, kumbang bukan seekor. Fokus saja untuk sem 1 ni nanti" pujuk Arasha seraya nasihat.

Ainul hanya mengangguk. Biarlah, mulai saat ini dia tak nak fikir tentang semua tu.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now