Bab 14

4.2K 153 0
                                    

Hari ni masuk bulan yang baru, iaitu Jun. Berlalu sudah bulan Mei. Hari ni jugak ada 'Program Pengurusan Jenazah' yang diadakan di sekolah SMK Hanyul. Semua pelajar serta guru diminta melibatkan diri dalam program ini. Beberapa orang pegawai dari JAKIM datang bagi memberi ceramah serta menerangkan secara langsung bagaimana cara-cara untuk memandikan jenazah dari A-Z.

"Semua pelajar dan guru diminta ke dewan sekarang kerana program kita akan dimulakan sebentar saja lagi"

Terdengar Guru Kaunseling membuat announcement di bilik Kaunseling melalui speaker yang memang dikhaskan untuk buat pengumuman.

******
Semua pelajar dan guru sudah pun berada di dalam dewan. Hanya segelintir guru yang tidak kelihatan mungkin ada hal kot.

Ustaz Amir yang merupakan salah satu pegawai yang hadir memberi sedikit ceramah tentang pengurusan jenazah. Mengambil masa 40 minit juga ceramah beliau. Namun, ianya tidak membosankan kerana Ustaz Amir pandai buat lawak.

Selepas habis ceramah, demonstrasi pun dimulakan. Semua pelajar dan guru diminta untuk ke belakang dewan bagi mendemonstrasi cara untuk memandikan jenazah. Seorang pelajar lelaki diminta untuk volunteer menjadi jenazah.

Osman ,pelajar kelas 5A4 yang sememangnya nakal mengangkat tangan volunteer untuk jadi jenazah.

Semua yang hadir hanya ketawa melihat muka Osman saat demo memandikan jenazah dimulakan. Ustaz Amir menerangkan caranya dari A-Z.

******
Selesai saja, demo memandikan jenazah tadi. Kini tiba masanya untuk menerangkan cara-cara mengkafankan jenazah. Osman tetap menjadi jenazah sebab dia volunteer tadikan. Ustaz Amir mencari volunteer perempuan untuk jadi jenazah perempuan.

Arasha, Tasya, Emelin dan Ainul sembunyi di belakang pelajar yang lain. Faham-faham je la, mereka tak nak jadi jenazah. hahaha. Penakut !

"Saya!" dengan penuh yakin Hidayu mengangkat tangan. Semua bertepuk tangan termasuk Arasha dan sahabatnya. 'Kental betul jiwa awak Hidayu, saya memang tak berani' bebel Arasha dalam hati.

******
Selesai saja semuanya, kini Ustaz Amir meminta 4 orang lelaki untuk solat jenazah. Beliau ingin menunjukkan cara solat jenazah yang betul. 4 orang lelaki yang memvolunteerkan diri maju ke depan Ustaz Amir. Hanya 'jenazah' Osman masih dijadikan demo. Hidayu tadi hanya diperlukan saat mengkafankan jenazah tadi.

Saat 4 orang jejaka yang terdiri daripada 3 orang senior dan seorang pelajar arus perdana solat jenazah, mata Arasha tertancap pada sesusuk tubuh jejaka yang menjadi makmum lelaki yang berada disebelah kanan sana.

'Ehh.. cool nya dia, handsome pulak tu' bisik Arasha dalam hati. 'Aihh. Astaghfirullahalazim.. kenapa aku usha anak teruna orang ni ' Arasha menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Hoi Sha ! kau dah kenapa tergeleng-geleng tu" tegur Tasya tegas namun perlahan, takut kecoh satu dewan kalau dengar suara pontianaknya nanti.

"Ohh ehh, takda pape" Arasha tersenyum namun matanya masih degil ingin menatap seraut wajah yang mula mencuri hatinya itu.

'Arasha ! jaga pandangan' tegas Arasha pada dirinya sendiri lalu tersenyum. Biarlah ia menjadi rahsianya dulu. Nanti-nanti Arasha akan bagitau sahabatnya kalau dah confirm. Siap nak confirm pulak Arasha ni. hahaha



p/s: Siapa yang berjaya pikat hati Arasha tu? dan apa rancangan Arasha lepas ni. Tunggu update seterusnya. keep reading!

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now