Bab 7

4.9K 206 6
                                    

Parap-pa-para sa pusong nangangarap

Umaasang magsasamang muli

Para sa'yo at para sa'kin na

tangi lang dalangin

Ay happy ending banding huli

Yeah hey yeahhh...

Nyanyi Arasha dengan nada perlahan saja takut dimarahi Wanie lagi sambil tangannya lincah menyimpan buku ke dalam beg. Entah faham entah tak maksudnya, dia peduli apa Mr.google kan ada.hehehe. Arasha tersenyum sendiri mengenangkan dirinya yang sangat meminati lagu dari pasangan Filipina yang serasi tu iaitu JaDine, James Reid + Nadine Luster.

******
Malam menjelang lagi, Puan Rosmida, Encik Aidit, Arasha, Wanie,Dania dan Si Bongsu,Amar tengah duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"Angah, buat air kopi jap " kata Puan Rosmida pada Arasha.
"Baik,bu" Jawab Arasha. Arasha ni anak yang taat pada kedua orang tuanya, rajin? boleh la. Arasha bergerak menuju ke dapur untuk membuat air seperti yang disuruh ibunya.

Air kopi yang siap dibancuh diletakkan di dalam dulang, 4 biji cawan diletakkan sekali. Lepas tu, Arasha mengambil mug untuk membancuh air favouritenya pula, iaitu Hot Horlicks. Setelah siap semuanya, Arasha menuju ke ruang tamu bersama dulang tadi.

"Kak ngah, tolong ajar Nia soalan yang ni jap" pinta Dania sambil membawa bukunya ke arah Arasha yang duduk di sofa. Manakala, adik-adiknya belajar di bawah, tengah meniarap di depan tv.

Kini, Dania atau Nur Dania Izani sudah darjah 6, tak lama lagi nak UPSR, Muhammad Amaruddin Afsan atau Amar pula darjah 1 manakala Wanie atau Nur  Shazwanie Izati di Tingkatan 2. Adik-adiknya sudah semakin membesar. Arasha ada 5 orang adik-beradik, dia merupakan anak ke-2, Alongnya yang diberi nama Muhammad Zhafri Khalish kini merupakan seorang Pensyarah di UIAM,Selangor.

******
Di bilik, Arasha masih belum tidur lagi. Dia sedang leka bermain facebook sehingga tidak sedar jam sudah menginjak ke angka 11:45 malam.

Arasha menguap sambil menutup mulutnya, dia pantas mencapai telefon di tepi katil daann "What ?11:45 malam dah? Aigoo ! patutlah lain sangat dah rasa berat mata ni" bebel Arasha pada diri sendiri. Arasha pantas menutup lappynya dan meletakkan di meja belajar. Bahaya kalau letak atas katil atau berdekatan dengan kita, kalau hangus kang. Tak bangun esok pagi.

Tilam dilibas 3 kali, bantal ditepuk, Arasha merebahkan badannya lalu menarik selimut. Sebelum tidur, dia membaca doa tidur , ayat kursi, surah 3 qul dan mengucap disertakan dengan selawat. Barulah tidur dengan selesa tanpa gangguan.

P/s: update bab agak panjang juga. Sila komen + vote saya.Thanks sudi baca:)

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now