Bab 2

9.2K 419 11
                                    

"Sha! oo Arasha!!" sahabat-sahabat Arasha memanggil dari depan pagar rumahnya untuk mengajak pergi ke sekolah bersama-sama.

"Angah, dah ke ? Ainul, Emelin dan Tasya dah tunggu kamu depan sana tu. Cepat lah siap tu" suara ibunya sudah naik satu okta bermakna faham-faham aje la.

"Dah bu, dah sudah dah ni " Jawab Arasha lalu mengambil beg sandangny di atas katil dan bergegas keluar dari bilik peraduannya itu.

******
Tepat pukul 7.30 pagi, Arasha dan sahabat-sahabatnya sampai di SMK Hanyul (ala-ala nama sekolah kat Korea la 😜) . Mereka merupakan pelajar tingkatan 5 Sains 1 di sekolah tersebut.

"Assalamualaikum, Jo eun a chi mimnida Ahjusshi " ucap Ainul dengan bahasa Kpopnya yang entah betul ke tidak pada Pakcik Samad yang merupakan guard di sekolah tersebut. Pakcik Samad menyahut salam sambil tersengih macam kerang busuk tanda tidak faham akan ucapan Ainul. Lepas tu, kami semua dibenarkan masuk.

******
Sepanjang perjalanan menuju ke kelas 5S1, kami berempat rancak bercerita dan bergelak sakan tak ingat sekolah. ehh salah , tak ingat dunia. hahaha

"Ehh, pasal senyap je kelas kita aku tengok. Takda sorang pun yang sampai ke?" soal Tasya atau nama sebenarnya Nur Natasya Aina kepada kami. Hanya gelengan yang mampu menjawab soalan Tasya tadi.

"Takpe, jom pergi tengok diorang buat apa kat dalam tu" ujar Emelin atau nama sebenarnya Siti Emelin Melia. Kami berlari anak menuju ke kelas. Nak buat senaman pagi la katakan.huhuhu

******
Setiba di pintu kelas, kami berempat saling berpandangan sesama sendiri. ' Uihh, rajin bebenor pelajar dalam kelas ni, selalu tak macam ni pun' gumam Arasha dalam hati. 'Ting!' Tiba-tiba muncul idea nakal dalam otak Arasha. Dia membisikkan sesuatu kepada Ainul,Emelin dan Tasya.

'Hana, Dul ,Sam ! ' sambil Arasha memberi isyarat 1,2,3 melalui jari tangannya.
"Assalamualaikum!!!!" ucap mereka berempat serentak dengan kuat sekali, semua rakan sekelas mereka terkejut beruk dengan segahan mereka berempat itu. Jelingan tajam membunuh dilemparkan kepada Arasha dan sahabat dunia akhiratnya. Mereka hanya tersengih dan akhirnya tawa mereka pecah jua.

******
"Good afternoon your majesty!" ucap kami semua.

"Yes ! good afternoon class" jawab Miss Fecillia yang merupakan guru BI kami. "Ok, sit down" Kami semua duduk ditempat masing-masing dengan keadaan mata bagai mencari bantal ,katil dan kipas saja. Maklum saja dah pukul 12.45 tengah hari kot dan ni merupakan masa terakhir.

Miss Fecillia yang dapat menangkap makna 'moment of silence" kami terus berdehem.

"Ehem ! Ok class, before we start our class, let's play a game "Tongue twisters" . Stand up all " arah Miss Fecillia. Kelihatan Miss Fecillia menulis sesuatu di whiteboard.

"6 dong bank book savings book is the yellow bank savings book 8 dong bank book savings book is the green bank savings book"

"Ok, let's read this together" kata Miss Fecillia sambil menunjuk ayat tongue twisters di whiteboard.

Lidah kami berbelit-belit membaca ayat yang tertulis di whiteboard. Namun, kelas kembali ceria dengan gelak tawa kami bermain tongue twisters.

******
Sesi pembelajaran hari ni tamat sudah. Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.

Arasha dan sahabat-sahabatnya berpimpim tangan menuju ke pagar sekolah umpama sekolah tu bapak mereka yang punya.

'Pon ! pon!'

"Opocot kau Mak Lampir !" latah Arasha yang terkejut mendengar bunyi hon kereta dibelakang mereka. Mujur pemandu tu seorang cikgu yang tak garang, kalau tak habis lah mereka berempat.

"Hai, macam kamu berempat pula punya jalan ni" sindir Cikgu Wahid sambil melihat mereka berempat yang tunduk menikus.

"Ma..ma..maaf cikgu, lain kali kami tak buat lagi " kata Arasha, Emelin,Tasya dan Ainul serentak. Muka mereka merah kerana menahan malu sebab ditegur di khalayak ramai.

"Hmm.. takpela, cepat balik rumah , jangan nak merayau ke tempat lain" pesan cikgu Wahid.
Kami hanya mengangguk tanda faham dan berlalu menuju ke arah sebuah van untuk balik ke rumah.

p/s: Bab ni panjang sikit , bukan sikit tapi banyak kot. hehehe .. Sila vote dan komen kalau ada yang nak bagi pendapat atau saranan . Thanks bagi sesiapa yang sudi baca. Kalau tak menarik minta maaf ye readers😊

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz