Bab 28

3.2K 116 1
                                    

Hari ini genap seminggu ibu dan ayah Arasha tiada dirumah kerana menjaga nenek yang sedang sakit di Hospital Batang Serai.

Arasha yang menjaga adik-adiknya dirumah, iaitu Wanie dan Dania manakala Amar terpaksa dibawa bersama kerana tak nak renggang dengan ibu.

Setiap malam, Arasha berdoa semoga neneknya diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.

******
Semalam ibu ada menelefon Arasha yang neneknya sedang tenat disana. Jadi, ibu dan bapanya masih belum dapat balik buat masa sekarang. Ramai adik-beradik ayah yang lain turut menjaga nenek di hospital sana.

Di dalam kelas, Arasha teringat akan perbualan dengan ibunya semalam.

Flashback..

Lagu No Erase berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama ibu tertera di skrin handphonenya. Arasha pantas menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum Angah, tengah buat apa kat rumah tu? Wanie dan Dania buat apa?" soal ibunya.

"Waalaikumussalam, Angah tengah buat video untuk Sejarah ni bu, esok kena hantar. Wanie dan Dania dah tidur dah. Hmm.. ibu dan ayah jadi tak balik esok? " soal Arasha kembali.

Setelah agak lama berdiam.. Ibu kembali bersuara.

"Hmm.. tak jadi kot Angah. Nenek sedang tenat sekarang ni. Pak cu dan ayah kamu tengah baca yaasin dalam bilik tu" pilu saja bunyi suara ibu.

"Tak pa la bu, ibu jaga nenek sampai sembuh, biar Arasha jaga adik-adik kat sini. Ibu, sudah dulu ye, Arasha nak sambung buat kerja ni" kata Arasha untuk menutup rasa sedih dalam hatinya mendengar keadaan nenek sebentar tadi. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya Arasha saat ini.

"Okay, jaga diri dan jaga adik-adik. Nanti kalau nenek dah sembuh, kami balik sama-sama. Assalamualaikum" ucap ibu bagi menamatkan perbualan.

"Waalaikumussalam" jawab Arasha.

Setelah menamatkan perbualan, akhirnya airmata Arasha menitis jua. Empangan airmata yang ditahannya dari tadi, akhirnya pecah jua. Arasha menangis semahu-mahunya teringatkan keadaan nenek disana.

'Nenek sorang aje nenek Sha, nenek sangat baik dengan Sha. Apa yang Sha nak semua nenek berikan. Ya Allah! Kau sembuhkanlah nenek Ku yang Allah. Angkat lah segala penyakit yang ada di tubuh badannya Ya Allah. Sesungguhnya, Aku sangat menyayangi nenekku Ya Allah.Kembalikan kesihatannya seperti dulu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kabulkanlah doaku  Ya Allah' Amin. doa Arasha dalam hati dengan airmata tak henti-henti mengalir.

Kring ! Kringg! Kringgg!!!

Bunyi loceng menandakan waktu balik menyedarkan Arasha dari lamunan. Nasib baik lah tiada guru yang masuk sebab guru sedang mesyuarat.

Arasha mengemas barang-barang di atas meja dan bersiap-siap untuk pulang.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now