Bab 26

3.3K 125 0
                                    

'Apa kata kalau aku minta tolong Hafi jugak untuk dapatkan nombor handphone crush aku tu, saja nak kenal kan' Arasha berkira dalam hati. Dia bangkit dari katil dan menuju ke arah meja belajarnya untuk mengambil handphone.

Nama Hafi dicari dalam butiran kenalan. Dah jumpa !

Arasha: Assalamualaikum Hafi ! awak busy ke ?

Butang send ditekan dan sms dihantar kepada Hafi.

Titt! Titt!

Bunyi keluar dari handphone Samsung Galaxy J2 milik Arasha menandakan ada sms masuk. Lantas dia membuka sms tersebut.

Hafi: Waalaikumussalam. Tak busy pun, tengah layan anime ni. Apa hal ni Arasha? Macam pelik aje saya rasa. ~_~

Arasha: Ohh.. hehehe, hmm.. nak minta tolong sikit boleh ?

Balas Arasha lagi.

Hafi: Tolong apa? semacam aje.

Arasha: Boleh tak awak dapatkan nombor handphone kawan si Faizul tu? Hehehe

Hafi: Hmm.. patutla semacam aje dari tadi. InshaaAllah, tengok lah nanti.

Arasha: Hahahaha.. okay! kalau dapat nanti bagitau tau, nanti saya bagi upah aiskrim 50sen. Huahuahua

Hafi: Alah, setakat aiskrim 50 sen tu tak payah la.

Arasha: Alahh, jadi la daripada takda upah kan.. Hehehe, okay la Hafi, aku nak gi makan jap. Lapar balik perut saya ni. Jumpa next week ! Assalamualaikum.

Hafi: Orite ! Waalaikumussalam

Perbualan tamat disitu. Arasha tersenyum puas. Hasrat dihati sudah disampaikan. Kini, tunggu masa itu tiba aje lagi. Wahh! bahagianya.

******

Arasha menuju ke arah dapur untuk memasak maggi kari. Perutnya minta diisi lagi. Selesai saja memasak, maggi bersama air horlicks dibawa ke ruang tamu. Televisyen di buka sebagai peneman untuknya menjamu maggi.

Jam didinding menunjukkan angka 10:30 malam. Arasha sudah pun menghabiskan maggi dan airnya tadi. Hanya mata saja belum terasa kantuknya. Penghuni dalam rumah itu,sudah pun masuk tidur sebentar tadi.

Tiba-tiba, bunyi anjing menyalak kedengaran diluar rumah. Arasha yang sememangnya penakut dengan sepantas kilat menutup TV dan berlalu ke dapur untuk meletakkan mangkuk dan mugnya ke dalam singki. 'Esok la basuh' desis Arasha dalam hati dan terus menerpa masuk ke dalam bilik tidurnya.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now