Bab 17

3.8K 143 5
                                    

Flashback..

'Aigoo! kenapa mamat senior dua orang ni tercegat depan pintu pulak?' desis Arasha dalam hati dengan matanya sambil tertancap pada Rayyan dan Faizul.

"Hello ! hello !" tegur Faizul sambil memetik jarinya di depan Arasha sikit lagi mungkin akan kena batang hidung Arasha yang agak mancung itu.

Umpama baru tersedar dari mimpi, Arasha menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ehh.. urmm.. ap.. ap.. apa dia?" gagap Arasha bertanya.

Haish budak ni " kami nak masuk ke dalam, yang awak masih tercegat dekat sini buat apa? tak nak keluar ke ?" soal Faizul.

Rayyan yang disebelah Faizul dikerling sekilas. Hanya riak selamba yang kelihatan pada wajah itu. Terasa bahang naik ke muka Arasha. Mungkin sekarang ni, mukanya merah menahan rasa malu dan gugup dalam hati. Yela! terjumpa crush la kan.

"Ohh.. ehh, ma.. maaf ! silakan" kata Arasha lalu berlalu meninggalkan Faizul dan Rayyan tanpa menoleh ke belakang.

"Hoii ! kau menungkan apa tu?" segah Tasya secara tiba-tiba sehingga menyebabkan tubuh Arasha terangkat akibat terkejut.

Terbang melayang segala kisah yang amat memalukan semalam dari otak Arasha. Dia tersenyum bersahaja.

"Takda pape. Saya sedang fikir tentang trial kita nanti" kelentong Arasha bagi menjawab soalan Tasya tadi.

"Ohh" melopong mulut Tasya mendengar jawapan Arasha, malas dia ingin menanya yang selebihnya.

******
Hujan turun dengan lebatnya pada sebelah petang.

"Hmm.. tak dapatlah nak main futsal petang ni" keluh Arshad yang juga merupakan pelajar praU dan merangkap roommate Rayyan.

Dalam sebuah bilik ada 5 orang penghuni. Rayyan, Faizul, Arshad, Rizal dan Juan merupakan rakan sebilik sekaligus rakan sekelas iaitu kelas 6R1, hanya Rizal seorang sahaja yang ambil Seni, iaitu kelas 6R2.

"Alah, no worries la brother ! tak dapat main futsal kita buat kilang tahi mata nak tak ?" soal Juan sambil tersengih kambing. Dia memang cukup terkenal dengan kaki tidur dalam bilik mereka.

"Eleh, tidur je kau tahu. Patut la badan kau makin 'kurus' aku tengok, hari-hari buat 'senaman tidur' kau tu" perli Arshad.

"Hahahaha, tak lawak ke der style " serius saja mimik muka Juan.

"Haish. Aku gurau je la, tu pun nak merajuk, macam perempuan" usik Arshad lalu menghampiri Juan.

Juan memalingkan mukanya dari Arshad. Buat-buat kecil hati la kononnya.

"Alolololo, merajuk pulak prince sleeping kita ni Zal" Arshad menoleh ke arah Rizal dibelakangnya.

"Macam mana nak pujuk, aku kalau bab pujuk lelaki aku tak pandai. Kalau pujuk perempuan aku meme champion la" usik Arshad lagi.

Rayyan, Faizul dan Rizal hanya menggeleng kepala dan ketawa melihat gelagat dua manusia di hadapan mereka.

"Cooo..baaa..aaan ! " serentak mereka bertiga menyebut perkataan tersebut dan menyebabkan mereka berlima ketawa bersama.

P/s: update bab baru. keep reading

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now