Bab 18

3.9K 148 10
                                    

Suasana di SMK Hanyul sungguh meriah memandangkan hari ini ialah Hari Sukan Tahunan di sekolah tersebut. Tarikh hari sukan diawalkan kerana minggu hadapan umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh mulia, iaitu bulan Puasa.

Memandangkan pelajar form 5 akan menduduki Trial SPM selepas Hari Raya Aidilfitri nanti dan bakal menduduki SPM sebenar pada bulan November kelak, jadi mereka dikecualikan untuk mengambil acara atau terlibat dalam sukan tahun ni. Mereka dikehendaki untuk menghadiri kelas tuisyen yang telah dijadualkan.

Jadi hanya pelajar form 1,2,3,4 dan 6 yang terlibat dalam acara sukan tahun ni.

******
"Okay. Saya nak nama-nama yang saya sebutkan tadi ikut saya. Saya nak agihkan tugas untuk kamu semua" arah Cikgu Hamdan yang merupakan ketua bagi AJK sukan tahunan ini.

Rayyan dan Syafiq diminta untuk menjadi AJK bagi acara lontar peluru. Manakala, Arshad dan Faizul, AJK acara lompat jauh. Rizal dan Juan pula, AJK bagi lompat tinggi. Mereka menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

******
Hari kedua sukan tahunan diadakan. Suasana semakin meriah berbanding hari pertama kerana lebih banyak acara yang dipertandingkan.

Arasha, Ainul, Tasya dan Emelin turut menjadi penyokong bagi wakil rumah-rumah sukan mereka. Memandangkan hari ni tiada kelas tuisyen jadi mereka turut turun padang.

"Ehh. Hafi dan yang lain dekat sana. Jom !" ajak Emelin. Mereka segera menuju ke arah Hafi dan geng lain.

"Hahhh! " segah Tasya. Minah ni memang sengal betul. Dah tahu Hafi pantang dicegah, makin galak dia nak buat.

"Ohh kau bangla hitam ! " lagi dan lagi. Hanya itu ayat yang terkeluar dari mulut Hafi apabila dia latah akibat terkejut.

Tasya hanya tersengih dan dia sudah lali dengan latahan Hafi.

"Hahahaha. macam katak aku tengok muka kau terkejut Hafi. Takda ayat lain ke selain Bangla Hitam? " bahan Tasya kembali. Tak serik-serik minah ni.

Hafi yang sememangnya kenal dengan perangai Tasya malas nak layan. Jadi, dia buat 'derk' je.

"Sorry la Hafi, aku gurau je. Tak yah nak merajuk ok darling?" pujuk Tasya lalu memeluk bahu Hafi. Hafi senyum dan mengangguk. Actually, dia pura-pura merajuk je.

Hari ni mereka hanya menjadi penyokong setia kepada rumah-rumah sukan mereka. Dan tiada juga pertemuan antara Arasha dan Ainul dengan crush mereka, mungkin dua-dua senior tu sibuk kot.

******
Hari Ahad merupakan hari penutupan Sukan Tahunan bagi tahun ni. Jadi, semua rumah-rumah sukan sibuk menghias rumah sukan mereka kerana ada pertandingan rumah sukan tercantik dan bersih. Acara perbarisan juga akan diadakan dan kreteria maskot dan persembahan akan diambil kira.

Acara yang terakhir sebelum beralih ke acara perbarisan ialah larian 4×100m antara guru pengurus rumah sukan. Teriakan dari pelajar yang menyokong guru rumah sukan masing-masing kedengaran riuh sekali. Pelbagai gelagat guru-guru yang terlibat, ada yang jatuh tergolek, ada yang tarik-tarik baju pihak lawan dan ada juga yang main tipu. Hahahaha

******
Kini tiba di penghujung acara, setelah acara perbarisan tamat dan ucapan dari Pengetua berakhir.

Pengumuman bagi olahragawan dan olahragawati kini pun tiba. Olahragawan jatuh kepada Fakhrul Aiman dari rumah Zamrud manakala olahragawati jatuh kepada Shazia Rahman dari rumah Delima. Semua penyokong dan ahli rumah sukan bersorak gembira.

Dan yang terakhir pengumuman bagi juara rumah sukan yang jatuh kepada rumah Delima!! naib juara, rumah Zamrud ! dan tempat ketiga rumah Baiduri.

Setelah acara selesai, barulah semuanya bersurai tepat pada pukul 3:15 petang.

Dan.. dan saat itu juga Arasha melihat kelibat Rayyan disebalik orang ramai. Dia leka menatap wajah milik Rayyan dan tanpa sedar Rayyan turut menoleh ke arahnya. OMG! Arasha pantas mengalihkan wajahnya ke arah lain. Malu !

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now