Bab 33

3.3K 141 8
                                    

" Tinggal beberapa minit aje lagi, pastikan kamu semak semula jawapan, nama, ic dan angka giliran kamu sebelum kertas kamu dikutip" pesan pengawas peperiksaan itu.

Semua pelajar menyemak segala butiran yang penting dan jawapan seperti yang diarahkan pengawas tadi.

"Okay, masa telah tamat. Berhenti menulis dan letakkan pen, pensil di atas meja. Kertas akan dikutip sebentar lagi" ujar pengawas tadi.

Seusai saja semua kertas dikutip dan semuanya telah cukup dan lengkap. Maka, tamatlah persekolahan kami di tingkatan 5.

"Okay, segalanya lengkap dan cukup. Maka, berakhirlah exam SPM kamu semua dan bermakna juga kamu telah tamat persekolahan. Hanya tunggu result keluar pada tahun hadapan dan lepas tu kamu akan mulakan hidup masing-masing. Pesan saya, kamu semua jaga diri elok-elok dan good luck. Ok? kamu boleh keluar sekarang." panjang lebar pengawas itu bermadah.

Semua pelajar bersalam dengan pengawas yang menjaga mereka semasa exam dan mengucapkan terima kasih.

******
"Yeyyy ! yeeeyyyyy!! huooohuooo!!!" semua pelajar SPM menjerit keriangan untuk melepaskan lega didalam hati. Kini, mereka dah freedom !

" Alhamdulillah, finally ! berakhir jugak exam kita. Betapa leganya saya ! Uuuhuuuuu!! " melompat Arasha menjerit kegembiraan.

"Kini, baru terasa leganya.. Haishh.. lega, lega.." ujar Tasya pula lalu memeluk Ainul.

Kini keempat-empat sahabat itu saling berpelukan meraikan tanda kebebasan. Hilang segala stress akibat belajar selama ni.

"Hoii ! saya nak peluk jugak " kata Hafi dari jauh lalu berlari mendapatkan mereka berempat.

"Alahh.. jom ! let us give you a hug " kata Emelin lalu mereka kembali berpelukan bersama Hafi.

******
Rayyan: Assalamualaikum.. tahniah dah habis exam and dah tamat sekolah. (:

Titt ! Tittt!
Bunyi sms masuk kedengaran, Arasha lantas mencapai handphonenya. Senyuman terbit dibibir melihat empunnya nama di skrin handphonenya.

Arasha: Waalaikumussalam.. thanks. Awak pun, tahniah jugak dah habis exam. >_<

Rayyan: Hahaha.. belum habis sepenuhnya, masih ada dua semester lagi yang tinggal. So? apa perancangan awak lepas ni?

Arasha: Ohh, yeke.. Hehehe.. Hmm, ntah la.. mungkin kerja dulu kot sementara tunggu result keluar.

Rayyan: Ermm.. nak kerja kat mana?

Arasha: Entah.. not sure lagi, tengok aje nanti. Hmm.. saya dah habis sekolah mesti rindu balik zaman tu nanti.

Rayyan: Ohh yeke. Hmm.. rindu sekolah aje ke ? dekat saya tak rindu? Huhuhu

Alamak ! main rindu pulak dia ni, aduhh!! apa aku nak jawab ni. Otak Arasha menjadi lembab tiba-tiba.

Satu pesanan ringkas dari Rayyan masuk lagi. Mungkin sebab Arasha tidak reply sms dia yang sebelum ni kot.

Rayyan: Haihh.. dah tidur ke awak Arasha?

Beberapa minit kemudian, barulah Arasha membalas kembali.

Arasha: Not yet. Ibu saya panggil jap tadi, tu yang late reply ni.

Arghh! alasan yang cantik Arasha. 'Minta maaf bu, Angah terpaksa guna nama ibu' desis Arasha dalam hati dengan rasa bersalah.

Rayyan: Ohh.. patut la.. Hmm, tengah buat apa tu ?

Fuhh! nasib baik dia tak tanya lagi hal tadi. Selamat ! Kassim ! Hahaha..

Arasha: Tengah tengok RM ni. Hehehe :D

Rayyan: RM? apa tu? ~_~

Arasha: Running Man la.. hahaha

Rayyan: Ohh.. ingatkan Ringgit Malaysia tadi, huhu.. Okla, saya ngantuk dah ni, nak masuk tidur. Awak jangan tidur lewat sangat tau, nanti sakit. Saya jugak yang risau. Hehehe, gurau aje. gdnite! sweetdream! Assalamualaikum.

Arasha: ok, InshaaAllah.. gdnite too.. Waalaikumussalam.

Perbualan tamat disitu. Sekali lagi Arasha membaca sms Rayyan yang terakhir tu. 'nanti sakit, saya jugak yang risau'. Wahh!! cair ni cair ! Seakan ingin melompat Arasha dibuatnya, namun ditahan takut ibunya risau lagi.

Namun, tanpa dapat ditahan rasa keterujaan itu, Arasha mengambil inisiatif lain untuk melepaskan perasaan itu. Lalu dia menerkup mulutnya dengan bantal dan menjerit sepuas hati.

Fuhh! lega. Arasha menutup lappynya kerana matanya semakin terasa berat.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu