Bab 47

3.2K 118 0
                                    

Sudah hampir seminggu bulan puasa menjelma. Kini, pelajar praU senior sibuk belajar dan mengulang kaji pelajaran kerana esok mereka ada exam untuk semester 2 lagi. Kerja kursus pun semuanya telah dihantar dan dibuat pembentangan.

Suasana di blok terapung senyap kerana masing-masing fokus belajar. Namun, setiba saja pelajar kelas 6R1 dari library, suasana mula riuh dengan suara dan gelak tawa mereka. Kelas mereka ni memang terlampau aktif. Yela ! Kanak-kanak Ribena, umur aje dah 18 tahun tapi perangai masih budak-budak yang berumur 8 tahun.

******
Keesokan harinya, blok terapung dikosongkan kerana digunakan untuk menjadi bilik exam.

Pelajar senior berada di dalam makmal komputer untuk menunggu waktu exam di samping mereka membuat revision. Manakala, semua pelajar junior dikumpulkan di dalam library.

******
"Fuhh! leganya semester 2 dah habis ni, Arghh! tinggal 1 semester aje lagi. " ujar Arshad.

Hari ni last day mereka exam, yela exam bagi tingkatan 6 ni hanya ambil masa 3 hari saja sebab subjek tak banyak.

"Hmm.. yela, susah la soalan PP tadi, naik pening kepala aku, harap-harap result okla untuk Sem 2 ni nanti." Juan pula berbunyi.

"Rayyan mana?" soal Arshad kembali.

"Hmm.. dengan awek dialah kat belakang sana. Tengok tu gediks semacam aje aku tengok si Niza tu" jawab Juan sambil menoleh ke belakang.

"Biar lah diorang. Jom! " ajak Arshad.

******
'Hmm.. bukan main mesra lagi kau dengan Haniza ye Rayyan.. Arasha kau nak letak kat mana.. Siap kau nanti' gumam Darwish dalam hati apabila melihat kemesraan Rayyan dan Haniza berjalan di depannya.

"Hoii Wish ! menungkan apa tu? " segah Iqmal dari belakang.

"Uishh! terkejut aku, bagilah salam ke , apa ke. Ni tak main segah aje. Kalau aku ada penyakit jantung, tak dapat lah nak kahwin dengan Arasha" ucap Darwish tanpa menyedari ayat yang terkeluar dari mulutnya akibat menahan geram.

Terkejut Iqmal mendengar pengakuan spontan dari Darwish.

"Ap.. apa kau cakap tadi, kahwin dengan Arasha?" soal Iqmal tak percaya apa yang didengarnya.

Darwish yang seperti baru menyedari kata-katanya tadi pantas menutup mulut Iqmal.

"Ehh.. apa ni, main tutup mulut pulak" bentak Iqmal.

"Shuuuuttt! jangan lah bising. Ye aku memang lama dah ada hati dekat Arasha tu, start kita dari 6 Rendah lagi. Masa tu aku nampak dia kat bilik guru." akui Darwish.

"Ohh.. jadi dah lama kau pendam perasaan terhadap dia. Tapi, dia rapat semacam aje dengan Rayyan aku tengok.. Hmm" ujar Iqmal pula.

"Tu aku tau, sebab tu la aku nak dekati dia secara perlahan-lahan" jelas Darwish lagi.

"Dah jom ! lapar dah ni, pasal ni kau jangan bagitau sesiapa." tambah Darwish lagi.

Iqmal mengangguk dan berjalan seiringan dengan Darwish menuju ke kantin.

******
Hujan turun dengan lebat malam itu. Kesejukan terasa di ruangan bilik Arasha.

Tok ! tok!

Terjengul kepala Puan Rosmida disebalik pintu.

"Angah, makan bubur ni, lepas tu makan ubat" ujar Puan Rosmida lalu meletakkan bubur dan ubat di meja belajar Arasha.

Sudah tiga hari Arasha demam, namun digagahkan juga dirinya untuk berpuasa dan pergi sekolah. Selagi tidak membebankan diri, dia tidak ingin meninggalkan puasa.

Arasha bangun lalu memakan bubur seperti yang diarahkan. Puan Rosmida sudah keluar sebentar tadi. Mungkin ada kerja yang belum siap. Usai saja memakan bubur dan ubat, Arasha kembali baring di atas katilnya.

Lagu No Erase bergema di ruangan biliknya. Handphone disebelah bantalnya dicapai. Kemudian menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama di skrin.

"Assalamualaikum.. ye ?". Ucap Arasha dengan suara yang agak sengau akibat selesema.

"Waalaikumussalam.. Awak sihat ke? suara lain macam aje ni" soal si pemanggil pula.

'Rayyan !' desis hati Arasha.

"Tak berapa sihat. Saya demam plus selesema" ujar Arasha pula.

"Ohh, yeke ? kesiannya awak. Dah makan ubat ke belum ni?" soal Rayyan caring.

"Hmm.. dah, tadi." ringkas saja jawapan Arasha. Dia tiada mood untuk bersembang.

"Kalau macam tu, awak rest dulu. Kalau rasa tak larat tak perlu datang sekolah esok. Ponteng saja puasa, nanti ganti balik. Dan kalau demam tak kebah gi klinik. Risau saya. Assalamualaikum, get well soon dear" nasihat Rayyan diselangi dengan ucapan pelik sikit dihujung ayatnya.

"Waalaikumussalam" jawab Arasha tanpa menyedari ayat dihujung kata-kata Rayyan tadi.

Dia terus memejamkan mata untuk tidur.

My Crush, Senpai Next Class [COMPLETE]Where stories live. Discover now