🔥Bab 2🔥

2.8K 195 4
                                    

Sehun memandang kearah perempuan yang sedang menggigil ketakutan itu. Bajunya yang telah terdedah sedikit pada bahagian bahu, dipandang. 'Mungkin disebabkan dengan kekasaran lelaki tadi kot'. Fikir sehun.

Sehun mula mendekati perempuan itu sedikit demi sedikit. Apabila sudah dekat, tangan perempuan itu dipegang. Tindakan sehun telah mengejutkan perempuan tersebut. Termasuklah kai dan konco-konconya yang turut berada di situ.

"Weh sehun. Kau nak buat apa tu?" pertanyaan kai dibiarkan. Sehun memandang anak mata perempuan yang berada di hadapannya itu.

"Nama kau ape?" suara sehun sedikit kasar. Sehun tidak pernah bercakap secara lemah lembut kepada sesiapapun kerana suara itu hanyalah untuk org yang dicintainya nanti.

"Song..song..song ji..song ji hyo" jawab perempuan yang bernama jihyo itu.

"Have a nice name" sehun mengukir senyuman sinis.

"Tinggal dekat mana?"

"Takde tempat..tempat..tempat tinggal" jihyo menundukkan kepalanya. Dia berasa gerun apabila memandang wajah sehun. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Dia dapat rasakan yang sesuatu buruk akan terjadi terhadap dirinya.

"Good"

"Taehyung!! Jimin!! Jungkook!!" tergopoh gopoh tiga makhluk itu berlari ke arah sehun apabila tiba tiba nama mereka dipanggil oleh bos mereka sendiri.

"Ye bos. Kenapa?" tanya salah seorang konconya yang bernama taehyung.

"Aku nak korang berdua bawak perempuan ni masuk dalam kereta. Jangan bagi dia lepaskan diri. Kalau tak, siap korang aku kerjakan. Dan kau, jungkook. Aku nak kau pergi tahan teksi sebab nanti kita bertiga balik dengan teksi. Sekarang!" usai sahaja sehun memberi arahan, taehyung dengan jimin pun terus memegang kedua-dua belah tangan jihyo. Belah kiri, jimin pegang. Belah kanan, taehyung pegang.

Jihyo meronta-ronta minta dilepaskan. Dia takut. Takut dengan senyuman sinis sehun. Dengan keberanian yang ada, jihyo terus melawan

"Woii hantu putih!! Kau siapa hah??!!! Lepaskan aku lah!!" dengan kudrat yang ada, jihyo berusaha untuk melepaskan diri. Tapi, apakan daya. Mana mampu dia seorang melawan dua orang lelaki yang berbadan sado.

Kai, jungkook, taehyung, jimin serta sehun sungguh terkejut dengan keberanian jihyo. Sehun yang sedang menahan marah, terus berjalan kearah jihyo dengan senyuman sinis di bibir. Pipi jihyo diusap perlahan.

"Kau ni cantik. Tapi sayangnya, kurang ajar!!" suara sehun meninggi. Rambut jihyo terus ditarik dengan kuat. "Kau nak tahu sangat kan aku ni siapa? Hmm? Ok. Aku cakap. Aku Oh Sehun. Ketua mafia yang terkenal dekat korea ni. Aku cukup pantang kalau perempuan angkat suara dengan aku. Lagi satu, kau ni memang jenis tak reti nak berterima kasih eh? Aku dah selamatkan kau dari lelaki durjana tu, tapi kau? Langsung tak hargai pertolongan aku!! Entah-entah,kalau aku tak tolong,kau dah kena jual en?!" sambung sehun lagi. Nafasnya turun naik ketika ini. Sungguh dia geram dengan sikap jihyo. Rasa nak bagi penampar je.

Jihyo diam seribu bahasa.

'Tapi, dia tu mafia kot!!! Kau tahu tak mafia??! Kang silap-silap haribulan,masuk dalam surat khabar "Song jihyo mati dibunuh oleh ketua mafia, Oh Sehun" Oh no!! Andwae!! Ottokhae??! Tapi,ada betulnya jugak apa yang dia kata tadi. Kalau dia tak tolong aku,mesti aku dah kena jual kat mana-mana.' Jihyo berkata dalm hati. Sungguh dia bingung.

"Hoi perempuan" panggilan sehun membuatkan lamunan jihyo berhenti. Jihyo memandang wajah sehun sambil mengangkat kening.

"Wait, kau panggil aku perempuan?? Hei, aku ada nama lah. Nama aku, Song Ji Hyo. Tak korek telinga ke ape? Aku rasa, aku dah bagitahu tadi" kata jihyo tanpa rasa bersalah dalam hati.

"Ikut sukahati aku lah nak panggil kau apa pun. Mulut aku. Lagipun, tadi yang kau panggil aku hantu tu tak pe pulak?!" sehun cuba untuk menenangkan hatinya apabila menghadap dengan makhluk song jihyo ni. Kalau bukan sebab maruah, dah lama tangannya menghinggap di pipi jihyo.

"Tadi tu memanglah aku panggil kau hantu putih. Dah, aku tak tahu nama kau lagi. Sekarang ada aku panggil lagi ke?? Haaa. Buuuu" kata jihyo yang masih lagi belum mengalah. Sengaja dia berbuat begitu kerana dia mahu menyakitkan hati si albino sehun.

Sehun sudah mula hilang sabar dengan jihyo. Nasib baiklah kai ada untuk tenangkan dirinya. Kalau tak, dah lama dia sumbat ji hyo dalam tong sampah. Baru aman dunia.

At the same time...

Si pemanggil menunggu si penjawab untuk mengangkat telefon. Selepas beberapa saat, akhirnya panggilannya dijawab jua.

Xx:sekarang ni, Oh Sehun dah ada perempuan simpanan. Kau nak aku buat apa?

Xxx:*gelak jahat* tak apa. Aku nak kau tengok je dulu perempuan tu. Nanti aku akan bina plan. Apa-apa perkembangan, bagitahu secepat mungkin. Ha, lagi satu.

Xx:apa dia?

Xxx: apa nama perempuan tu?

Xx:Song jihyo

Xxx: ouh okay. Aku nak kau siasat pasal budak perempuan tu. Jangan tinggalkan satu pun maklumat pasal budak tu. Dah, kau boleh teruskan kerja kau.

Xx: okey

Xxx:*end call* Kau tunggu Oh Sehun. Aku akan hancurkan kau. Termasuk orang orang yang kau sayang. *senyum jahat*

Berbalik pada sehun.

" Taehyung!! apa yang kau buat kat situ?? Cepatlah bawak perempuan ni masuk kereta!!" jerit sehun kegeraman. Ada ke patut duduk bermain telefon kat hujung situ? Nasib baiklah dia dah anggap si taehyung tu adik dia sendiri. Cuma malas nak bagitahu. Semua ni sebab ego. Dia malas nak ambik hal.

Jihyo menjeling sehun. Mulutnya berkumat kamit menyumpah seranah sehun. Ada ker patut panggil dia 'perempuan'?? Memanglah dia perempuan. Tapi dia ada nama kot. Hurgh.

"Apa jeling jeling?? Masuk" arah sehun.

"Tahulah!" kata jihyo sambil mendengus perlahan. Dia terus masuk ke dalam perut kereta. Masuk sahaja ji hyo dalam kereta, terus kereta itu meluncur keluar untuk pulang ke rumah atas arahan sehun.

Sehun menggeleng gelengkan kepala. Sungguh dia pening, penat. Habis semua dia rasa. Dah lah tak sempat nak berehat disebabkan minah tu.

Tiba-tiba sehun mendengar jeritan si gigi arnab. Sape lagi kalau bukan jungkook? Nasib baik tak ada heart attack. Kalau tak....

"Bos!!" termengah mengah jungkook bila sampai di hadapan sehun. Penat berlari agaknya.

"Apa??"

"Tu..tu.."

"Tu ape??!!" jungkook tersentak. Tiba-tiba je kena tengking. Mana tak tengking. Cakap separuh-separuh. Sapa je yang tak geram?

"Ala bos ni. Janganlah marah. Saya nak cakap. Yang..teksi dah ada kat depan tu" jungkook memuncungkan bibirnya menandakan dia merajuk.

"Okay" sehun terus berjalan ke depan menuju kearah kedudukan teksi itu tanpa memandang jungkook. Kai yang sedang berjalan menuju arah yang sama, terus menepuk bahu jungkook.

"Tak payah nak merajuk muncung-muncung bibir bagai. Kang aku gunting bibir kau tu karang. Jom balik" ajak kai. Jungkook hanya menurut kerana dia juga mahu pulang oleh disebabkan matanya yang terasa berat dan mahu tidur.

💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now