🔥Bab 24 🔥

1.3K 107 0
                                    


"Mana bahan-bahan ni?" Jihyo mengomel. Dah nak dekat 7 minit dia mencari bahan di dapur. Habis dia meneroka. Sehabuk pun tak ada.

"Jihyo!!"

Jihyo menoleh ke belakang.

"Wae Kyungsoo oppa?" soal Jihyo dengan pelik. Tiba-tiba je panggil.

"Oppa lupa nak cakap yang barang dapur dah habis. Hehehe" Kyungsoo tersengih.

"Jihyo tolong pergi beli barang dapur kat supermarket boleh?" sambungnya lagi. Jihyo terdiam lalu dia mengangguk.

"Boleh. Oppa bagi senarai. Biar Jihyo pergi belikan"

Kyungsoo pun mencapai kertas kecil serta pen di atas rak. Laju tangannya menulis senarai barang dapur yang perlu dibeli. Kemudian, dia menyerahkan kertas itu kepada Jihyo.

Jihyo mencapai lalu membaca isi yang ditulis di dalam kertas itu.

Senarai bahan yang perlu dibeli ‿•

-kobis
-ayam
-ikan
-daging
-sawi
-french fries
-nuget
-sausage
-ubi kentang
-bawang (merah, besar, putih)
-carrot
-timun
-beras
-taufu
-telur
-makanan ringan

Jihyo meneguk air liur. Mak aihh banyak gila barang yang nak kena beli. Tak terkira. Ingatkan dua tiga barang je.

"Jihyo pergi dengan...kejap eh" Kyungsoo mengangkat kedua belah tangannya paras dada. Jihyo hanya diam menunggu tindakan Kyungsoo yang seterusnya.

"Baekhyun!!! Suga!!!!" jerit Kyungsoo memanggil Baekhyun dan Suga.

"Apee?!!" laung mereka berdua serentak dari ruang tamu.

"Datang lah sini!!!"

Baekhyun dan Suga mengeluh. Mulut mereka berkumat-kamit menyumpah seranah Kyungsoo.

"Ada apa?" tanya Baekhyun dengan malas. Tubuhnya sengaja dibuat lembik.

"Tolong temankan Jihyo pergi supermaket kejap" ucap Kyungsoo. Tubuh Baekhyun yang dibuat lembik tadi, ditegakkan semula. Matanya bersinar-sinar.

"Woahhh, dah lama tak pergi. Jom!!" jawab Baekhyun dengan teruja. Dia pun mencapai lengan Jihyo dan berlari menuju ke luar rumah.

Suga dan Kyungsoo menggelengkan kepala melihat perangai si Baekhyun. Kesian Jihyo. Jadi mangsa Baekhyun.

"Mana duit?" soal Suga. Tangannya dihulur di hadapan Kyungsoo.

Kyungsoo mengambil kad kredit yang diletakkan oleh Sehun di atas peti sejuk lalu diberi kepada Suga.

"Hati-hati sikit nak pergi kat sana" tegur Kyungsoo.

"Yee yee" balas Suga. Dia pun mencapai kunci kereta dan turut menuju ke luar rumah.

Baru sahaja Suga mahu membuka pintu kereta. Tiba-tiba, Xiumin dan Rapmon muncul di hadapan pintu utama.

"Korang nak pergi mana?" soal Rapmon.

"Nak pergi supermarket sekejap. Beli barang dapur"

"Ouh. Kalau macam tu, pergilah. Hati-hati" ucap Xiumin pula.

Suga menganggukkan kepala berkali-kali tanda faham. Xiumin ketawa kecil melihat Suga yang tak ubah macam burung belatuk.

"Yah gula!! Ppalli!!" jerit Baekhyun dari dalam kereta. Geram betul. Orang dah lama tunggu dalam kereta, boleh pulak dia pergi berbual dekat luar.

Suga mengetap gigi geram. Tak habis-habis mengutuk orang si Bacon ni. Cubit kang baru tahu.

"Ish! Sabar lah!" Suga mencebik. Dia pun masuk ke dalam kereta dan mengstartkan enjin kereta. Kemudian, kereta yang didiami oleh Suga, Baekhyun dan Jihyo pun hilang dari perkarangan rumah ragam milik Oh Sehun.










💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now