🔥Bab 40 🔥

1.1K 92 1
                                    


"Aaaa~~ Buka mulutt. Chuuzzz~ Yay! Dah masuk!!" kata Chanyeol riang sambil menyuapkan Jihyo. Di sebelah tangannya lagi, terdapat sebuah mangkuk yang diisi bubur kosong untuk Jihyo.

Jihyo tergelak kecil. Apelah Chanyeol oppa ni! Macam budak-budak.

"Dah lah oppa. Jihyo dah kenyang" Chanyeol mencebik.

"Ala, 2 suap lagi. Boleh? Dah nak habis dah ni" pujuk Chanyeol agar Jihyo menghabiskan lagi sedikit sisa bubur yang tinggal.

Jihyo pun mengangguk walaupun perutnya sudah penuh. Rasa kasihan pulak melihat muka Chanyeol yang mencebik.

Chanyeol tersengih. Tanpa membuang masa, dia pun mencedok lagi lalu disuapkan kearah Jihyo sekali lagi.

"Chuzzz~~~~ Yayy! Masuk lagi!!" Jihyo ketawa dengan lebih kuat lagi berbanding tadi. Makin lama, makin galak pula jadinya dengan telatah Chanyeol.

Sehun menggulingkan matanya keatas. Bising betul!

"Jangan jadi macam budak-budak sangat tu boleh tak? Annoying, tahu? Dengan bisingnya lagi. Serabut betul" sergah Sehun sedikit kuat. Kening dikerut menandakan dia betul-betul marah. Tiba-tiba pula dia emosional sekarang. Pelik, pelik.

Chanyeol dan Jihyo hanya memandang kosong ke arah Sehun yang sedang berkumat kamit mengatakan sesuatu. Kutuk maybe.

"Oppa, kenapa dengan Sehun tu? Jihyo pelik la. Tiba-tiba je dia nak marah kita. Kalau dah tahu kita ni bising, pergi je lah keluar. Kan oppa?" kata Jihyo dengan nada berbisik. Chanyeol ketawa.

"Betul, betul. Kalau dah tahu bising, keluar je lah kan, Jihyo? Kenapa tak nak keluar pulak? Takut cemburu lah tu" balas Chanyeol terhadap kata-kata Jihyo tadi dengan sedikit perli. Matanya dijelingkan ke arah Sehun. Bukannya dia tidak nampak yang Sehun sedang menahan marah. Huh, ini Chanyeol lah. Do i care?

Sehun tergamam. Dadanya turun naik. Chanyeol ni, melampau!

"Eh, sedap mulut nenek kau je cakap aku cemburu. Memang tak lah" balas Sehun tidak mahu mengalah. Dia menjegilkan mata.

Tanda tidak mahu mengalah, Sehun pun berdiri dan terus membuka pintu lalu keluar dari bilik itu. Chanyeol hanya menggelengkan kepala. Oh Sehun, keras betul kepala kau.

"Aku cemburu ke? Haish, jinjja? Tak, tak. Mustahil aku cemburu. Kenapa aku nak cemburu pulak? Tak ada sebab. Yah! Oh Sehun! Kau kena sedar! Tu perempuan yang kau pungut dan dia memang tak layak nak dapatkan cinta dari kau! Ya, betul tu" Sehun berkata serta menggumam sendirian.

Dia terus berjalan dan berjalan sehinggalah dia terjumpa sebuah taman. Taman hospital mungkin? Eh, hospital pun ada taman ke? Whatever lah.

Sehun duduk di atas bangku yang kosong. Aman betul angin kat sini. Boleh tenangkan jiwa yang bergelora. Tiba-tiba, seorang budak kecil yang memakai baju seragam pesakit duduk di sebelah Sehun dengan sebelah tangannya mempunyai aiskrim manakala sebelah lagi bebas. Budak kecil itu menjilat aiskrim itu dengan penuh selera. Biasalah budak-budak, dengan aiskrim pun boleh dibawa kenyang.

Sehun hanya melihat telatah budak kecil itu. Dia tidak berkata apa-apa mahupun menegur. Maka, dia hanya mendiamkan diri dan memandang ke hadapan semula. Matanya dipejamkan. Menikmati kembali suasana yang tenang ini setelah 'diganggu' tadi.

Sedang asyik menutup mata, tiba-tiba Sehun merasakan hujung bajunya ditarik-tarik lalu matanya terus dibuka. Dia memandang 'gerangan' yang menarik bajunya tadi. Budak kecil tu.

"Hyung..." Sehun terkejut.

"Eo?"

"Teman saya pergi tandas sekejap, hyung. Dah tak tahan ni"

Tangan Sehun ditarik agar dia berdiri oleh budak kecil tersebut. Sehun membatu. Dia hanya menurut sahaja langkah budak itu. Setelah itu, mereka pun sampai di hadapan tandas jauh sedikit daripada tempat taman tadi.

"Hyung tunggu sekejap, eh? Sekejap je" Seusai berkata, budak kecil itu pun terus masuk ke dalam tandas dengan tergesa-gesa.

Sehun terpana seketika. Tidak ada langsung perkataan yang keluar dari mulutnya ketika itu. Rasa terkejut pun ada. Tiba-tiba je kena tarik. Dengan budak kecil pulak tu. Tak pasal-pasal dia kena berdiri macam patung cendana kat depan tandas ini. Aigoo.

Budak kecil itu pun keluar setelah selesai membuang 'hajat'. Dia memandang ke arah Sehun. "Jom kita balik taman semula, hyung"

Sehun hanya mengangguk. Langsung tidak memberi sebarang reaksi pada wajahnya. Lalu, mereka berdua pun kembali menuju kearah taman yang diduduki sebentar tadi.

"Chakkaman. Nama kau apa?" soal Sehun sedikit kasar tanpa dia sedari. Budak kecil itu kelihatan terkejut dengan pertanyaan kasar Sehun. Mulut kecilnya terkunci, tidak menjawab pertanyaan yang diajukan.

Sehun menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah pehal pulak budak ni? Tadi elok je bercakap. Takkanlah dah bisu?

Dia seakan-akan baru tersedar sesuatu. Dengan wajah sedikit ketakutan yang terpancar dari wajah budak itu, barulah dia dapat tangkap.

"Mian, hyung nak tanya ni. Nama adik apa? Mana omma appa? Kenapa adik sorang-sorang? Bahaya tau" kata Sehun. Kalini, sedikit lembut. Budak itu menggeleng-geleng kepala. Sehun mengeluh.

Aigoo, mana pulak lah mak bapak budak ni?

"Choi Wujin!! Oh, Choi Wujin! Mana kamu, sayang?!"

Mereka berdua pun terus menoleh ke arah suara yang menjerit tadi. Sehun mengecilkan mata memandang figura tersebut. Yeoja. Takkanlah....

Perempuan yang menjerit tadi menoleh ke kanan. Ada seorang lelaki dan seorang budak kecil. Dia menghembus nafas lega. Anaknya dah dijumpai! Tanpa membuang masa, perempuan itu pun berlari anak kearah Sehun.

"Aigoo, Wujin-ahh, kamu pergi mana, sayang? Penat omma cari kamu. Kan omma dah suruh kamu tunggu omma tadi. Mujurlah kamu selamat.." Perempuan itu mengusap-ngusap rambut dan wajah anaknya berulang kali. Jelas wajahnya dipamer dengan riak yang risau. Dia pun terus memandang kearah lelaki yang berada di sebelah anaknya tadi. "Gomawo sebab tolong selamatkan anak say..... Oh Sehun??!" Matanya membulat.

"Park Hyera?!" Sehun pun turut terkejut. Perempuan ini...

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Hyera menyoal kearah Sehun. Panggilannya terhadap Sehun diubah. Tidak ada lagi dengan panggilan....Argh! Dia tidak mahu ingat masa silamnya kembali. Kini, kehidupannya telah keluar dari hidup lelaki itu dan sedang menikmati dengan kehidupan bersama lelaki baru yang dicintainya sekarang. Ataupun lebih tepat, selama-lamanya.

"Aku..."

"Chagiya!!!" laung seorang lelaki dari jauh sambil berlari anak kearah mereka berdua.

Sehun membuntang. Choi Minho?! Takkanlah....

"Chagiya, why are you doing here and..you, nuguya?" soal Minho tanpa memandang wajah Sehun sebaliknya dia hanya bergilir-gilir memandang isterinya dan anaknya.

"Oh Sehun imnida" Sehun memperkenalkan dirinya.

Dahi Minho berkerut. Dia memandang semula wajah isterinya seakan-akan mahu meminta penjelasan.

Hyera menghembus nafas lalu mengangguk. "Ya, oppa. Dialah lelaki yang chagi pernah cerita kat oppa dulu"

Dahi Sehun pula yang berkerut sekarang. Apa pula yang Hyera bercerita tentangnya?

"And, Oh Sehun. Kenalkan, he is my husband. We got married and Choi Wujin is our son. I'm Choi Hyera, not Park Hyera again" jelas Hyera menerangkan tentang statusnya kepada Sehun. Sehun mengangguk.

"Oh, congrats for you and your husband. I got to go" usai berkata, Sehun pun lantas meninggalkan sepasang keluarga itu.

Park Hyera...akhirnya, gadis yang pernah dicintainya dulu telah bertemu dengan kebahagiaannya. Memang patut Hyera meninggalkan dirinya dulu. Gomawo, Hyera. Sebab kau, aku sedar tentang kesalahan aku.

Gomawo again, Park.. No, Choi Hyera..

💫BERSAMBUNG💫

Akhirnya, persoalan pada Bab 4 akan dijawab pada next chapter!! Haa, korang nak tahu takk pasal kisah Sehun-Hyera ni dulu? Huehue.. Nantikan chapter yang seterusnya, okay! Jangan lupa vote!💗

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now