🔥Bab 4🔥

2.3K 174 11
                                    


"Woii"

Jihyo dan jungkook berhenti berbual. Mereka segera mencari empunya suara di sekeliling. Jihyo memandang jungkook. Jungkook yang rasanya dipandang, terus membalas pandangan mata jihyo.

Jihyo membuat isyarat mata 'mana' kearah jungkook. Jungkook yang seakan-akan faham menaikkan kedua belah bahu menandakan dia tidak tahu.

"Kat sini"

Serentak jihyo dan jungkook memandang ke atas. Kelihatan sehun sedang memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Jihyo terpaku melihat sehun. Rambut yang seakan-akan baru dilap, baju berwarna biru pekat dikenakan, wajah yang semulajadi hensem. Fuhh. Memang tak dapat dinafikan yang sehun nampak hot giler saat ni.

"Ye bos? Kenapa? Bos ada perlukan apa-apa ke?" laung jungkook

Sehun membalas hanya sebuah jelingan. Bingung jungkook dibuatnya. Jihyo pula, blurr. Tak faham situasi apa yang sedang berlaku.

"Apa ke soalan lah kau ni. Sekarang dah pukul berapa hah? Dah nak....."

Belum sempat sehun menghabiskan ayatnya, jungkook terus menyampuk.

"1 pagi bos!!!" jerit jungkook. Terhinjut bahu jihyo kerana terkejut dengan jeritan jungkook.

"Kalau aku tengah bercakap, jangan nak menyampuk boleh tak?" kata sehun kegeraman. Giginya diketap. Jungkook hanya tersengih sambil menggaru belakang telinganya yang tidak gatal.

"Kalau dah tahu pukul 1 pagi, buat apa lagi tercegat kat luar??!! Masuklah dalam!! Takkan tu pun nak kena ajar?!!" tengking sehun. Terhinjut bahu jihyo kerana terkejut buat kali kedua. Dalam diam, jihyo memandang kearah sehun

Sehun yang perasan akan hal itu, langsung menghadiahkan sebuah jelingan kepada jihyo. Keluhan berat dilepaskan. Tanpa membuang masa, sehun pun masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu balkoni dengan kasar.

Jihyo dan jungkook terdiam. Tanpa angin, tanpa ribut, tiba-tiba je kena tengking. Jihyo menyumpah-nyumpah sehun di dalam hatinya. Geram dengan sikap sehun yang kasar itu.

"Sorry noona. Sehun hyung memang selalu macam tu. Jangan ambik hati eh? Jom masuk rumah. Lepastu, jungkook tunjukkan bilik noona" lembut sahaja jungkook bersuara. Jihyo pula memandang pelik ke arah jungkook.

"Noona??" tanya jihyo kepelikan.

"Haah. Jungkook lagi muda dari noona. Tak apa kan kalau jungkook panggil noona dengan panggilan noona???" jungkook memandang jihyo dengan penuh harapan agar jihyo membenarkan dia memanggil jihyo dengan panggilan 'noona'.

'Eh budak ni. Dah guna baru nak tanya. Bertuah betul' getus hati jihyo. Jihyo hanya menganggukkan kepala menandakan dia sudah pun memberi green light kepada jungkook. Jungkook senyum kepuasan.

Tanpa membuang masa, jungkook terus mengajak jihyo masuk ke dalam rumah. Jungkook dan jihyo menanggalkan kasut mereka di hadapan pintu. Jungkook pun terus menjemput jihyo masuk ke dalam rumah.

"Welcome home!!" kata jungkook keriangan. Jihyo segera masuk ke dalam. Pintu rumah telah ditutup oleh jungkook.

Terlopong mulut jihyo melihat keadaan di dalam rumah. Dia hanya mampu melihat dan mendiamkan diri. Mana tak terkejutnya? Dengan bajunya yang berselerak. Makanan ringan yang berterabur atas lantai. Bantal yang berada di merata-rata tempat. Tv yang tak ditutup. Penghuninya yang tidur dalam keadaan yang tak senonoh. Ada ker tidur dengan kaki kanan atas kepala sofa then kaki kiri atas lantai. Mulut pulak penuh dengan air liur basi.

Jihyo menggelengkan kepalanya berkali-kali. Harap rumah jer besar, cantik, mewah. Tapi, keadaan dalam rumah, tak ubah macam zoo negara!

"Noona...." tegur jungkook

"Hm?" balas jihyo lalu memandang kearah jungkook

"Mian" hanya sepatah jungkook bercakap. Sungguh dia berasa sangat malu terhadap jihyo. 'Tak guna punya hyung!" desis hati jungkook.

"For?" tanya jihyo dengan hairan. Tiba-tiba je, mintak maaf. Bukannya dia ada buat salah apa-apa pun.

Keluhan kecil dilepaskan dari bibir milik si jungkook.

"Mian sebab rumah berselerak. Kitaorang tak kemas pun rumah. Sebab kitaorang semua tak reti nak kemas. Harapkan maid je untuk kemas rumah ni" usai berkata, jungkook menundukkan kepalanya ke bawah.

Jihyo hanya senyum kepada jungkook. Dia langsung tidak menyangka bahawa budak seperti jungkook masih wujud di dunia. Bukan hanya memiliki rupa, dia juga mempunyai sifat yang sopan santun serta berlemah lembut terhadap orang yang lebih tua darinya.

"Gwaenchana" jihyo menggosok-gosok kepala jungkook. Jungkook tersengih.

"Ahh noona! Jomlah jungkook tunjukkan bilik untuk noona". Jihyo hanya mengangguk.

Jungkook dan jihyo terus menuju ke bilik tetamu yang terletak di tingkat atas. Mereka menaiki tangga dengan perlahan-lahan untuk langkah keselamatan diri mereka sendiri. Apabila sudah sampai di tingkat 2, mata jihyo tidak lekang melihat perabot-perabot yang tersusun elok di ruangan tersebut . Semuanya mewah.

Mereka pun tiba di hadapan pintu bilik tetamu. Jungkook mengeluarkan segugus kunci dari belakang poket seluarnya. Jungkook mengerutkan kening apabila memilih kunci yang betul antara banyak-banyak kunci yang diletakkan sekali dalam satu keychain.

Mulutnya terkumat-kamit menyebutkan sesuatu yang jihyo sendiri pun tidak faham. Last-last, jihyo mengambil keputusan untuk melihat sekeliling di bilik itu.

Klik. Bunyi pintu dibuka.

"Sweet room noona

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sweet room noona.." kata jungkook sambil membukakan pintu buat jihyo. Jihyo melopongkan mulutnya. Entah keberapa kali dia melopongkan mulutnya hari ini. Dia sendiri pun tidak pasti.

Matanya melilau memandang di sudut bilik. Perlahan-lahan bibirnya menguntumkan sebuah senyuman. 'Sekasar-kasar pun si hantu putih tu, dia bagi jugak aku duduk dalam bilik yang mewah ni. Hoho'. Jihyo berkata dalam hati.

"Noona suka kan? Untunglah noona. Lepas je noona hyera tinggalkan kitaorang, sehun hyung terus je suruh kunci pintu bilik ni. Kitaorang bukan main berebut lagi bilik ni. Sampai ada yang mogok, merajuk dengan sehun hyung sebab nak bilik ni. Tapi, sehun hyung tak kisah pun pasal tu. Bertuah betul. Last-last semua dah fed up" bebel jungkook. Sempat jugak dia nih kutuk bos sendiri.

Jihyo ketawa perlahan. Tetapi dalam masa yang sama, banyak persoalan yang berlanggar-langgar sesama sendiri di dalam kepalanya meminta untuk dijawab.

Siapa hyera? Kenapa sehun kunci bilik ni? Penting sangat ke hyera tu? Kenapa hyera tinggalkan diaorang semua? Kenapa hyera tergamak buat macam tu dekat diaorang? Hyera cantik tak? Baik tak? Bodoh kau jihyo. Kalau dia baik, takkanlah dia tinggalkan diaorang semua. Tentu-tentu lah dia jahat. Kahkah.

"Noona, jungkook masuk dalam bilik dulu lah. Mengantuk sangat dah ni. Jalja~" jungkook menguap berkali-kali. Mengantuk sangat dah tu.

"Okay" hanya sepatah jihyo menjawab. Matanya tidak puas melihat kecantikan bilik tidur barunya. Jungkook tersenyum dan terus beredar menuju ke bilik tidurnya.

Setelah hilang bayangan jungkook, jihyo pun masuk ke dalam bilik'nya' dan menguncikan pintu. Akibat terlalu mengantuk, jihyo merebahkan tubuhnya di atas katil dan dia terlelap.

💫BERSAMBUNG💫

--------------------------------------------------

Sorry sebab maybe ayat macam keling. Apa-apa pun, korang comment lah eh kat ruang komen. Gomawo🌟

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now