🔥Bab 9🔥

1.6K 136 1
                                    

Mereka pun sampai di Mall terbesar Korea setelah dapat melepaskan kereta dari jalan yang sesak tadi. Sehun memakirkan keretanya di tempat parking yang telah disediakan dari pihak mall. Kepalanya segera ditoleh ke tempat sebelah pemandu. Kelihatan jihyo masih lagi terlena.

"Woi, bangun"

Jihyo mengeliat sedikit. Tulang bahu diperbetulkan kerana berasa sakit. Mungkin sebab tidur tak betul kot.

"Kita ada kat mana ni?" jihyo mencelikkan mata namun disebabkan cahaya yang terang, dia memejamkan matanya kembali

"Kita ada kat mall. Cepatlah bangun. Nak beli barang kau jugak" kata sehun dengan suara yang mendatar. Dia membuka tali pinggang. Begitu juga dengan jihyo. Mereka pun keluar dari perut kereta.

"Barang saya?"

"Ikut je lah. Tak payah nak banyak tanya sangat"

"Ye lah"

Jihyo memandang di sekeliling mall itu. Mewah gila. Dah lah besar

"Sehun, apa nama mall ni?"

"Kau tak pernah ke datang kat mall ni?" Jihyo menggeleng

"Hm" Mata sehun terhenti di sebuah butik yang sangat mewah. Dia terasa tertarik dengan butik itu

"Jom" Tangan jihyo dipegang erat. Jihyo kaku. Disebabkan takut untuk membantah, dia hanya membiarkan sahaja.

Mereka pun masuk ke dalam butik itu. Rambang mata jihyo memandang setiap dress serta gaun-gaun yang mewah. Memang tak dapat dinafikan yang pakaian disitu sangat cantik

'Mesti mahal..' gumam jihyo sendirian

"Ya, tuan. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" kata salah seorang pekerja butik

"Aku nak kau carikan dress yang lawa dan sesuai dengan dia. Ambik dalam 20 helai" Sehun memegang bahu jihyo

Jihyo membulatkan mata memandang sehun. Biar betul 20 helai untuk dress saja?!

Setelah hampir 10 minit berlalu, pekerja tersebut datang kembali ke arah sehun dan jihyo. Tangannya penuh dengan dress yang diminta oleh sehun tadi.

"Ni yang tuan minta tadi" pekerja tersebut menghulurkan dress-dress itu kepada sehun

Sehun melihat dress itu dengan teperinci

"Dress-dress ni semua, muat ke dengan badan dia?"

"Seratus peratus muat tuan. Saya yakin sebab saiz badan puan senang dicari dan banyak yang ada kat sini" kata pekerja itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir

"Puan?" tanya Sehun

"Er, tuan berdua bukan suami isteri ke? Mian tuan. Saya ingatkan tuan dengan puan suami isteri. Mian sekali lagi tuan" pekerja itu membongkokkan tubuhnya berkali-kali menandakan mahu meminta maaf

"Gwaenchana..lgipun, awak kan tak tahu" jihyo memberikan senyuman yang manis

"Baik, cik"

"Semua dress ni, bawak pergi kaunter" arah sehun

"Baik tuan" pekerja itu membongkokkan tubuhnya sekali lagi sebelum beredar ke kaunter

"Kau tunggu sini. Jangan nak menggatal sangat pergi kat tempat lain"

"Ye,ye. Saya tahulah. Saya bukannya budak kecik lagi" Jihyo mendengus. Dia dah besar lah. Cakap macam dia tu budak-budak lagi.

Sehun terus meluru ke kaunter. Malas hendak melayan karenah jihyo

"Berapa?"

"5,850,600 won"

"Nah" Sehun menghulurkan kad kredit

Selesai sahaja membuat pembayaran, sehun berlalu menuju ke arah jihyo

"Pergi kat kedai lain pulak"

"Banyaknya..."

"Ikut je lah. Banyak songeh betullah kau nih" sehun menjeling ke arah jihyo

"Sehun......"

"Ape lagi??"

"Lapar la..jom makan?"

"Ish kau ni kan. Lapar lah ape lah. Tahan je lah perut tuh dulu. Susah sangat ke?!" Sehun langsung tidak memandang wajah jihyo. Tiada sedikit pun rasa kesian dalam dirinya. Jihyo hanya membisu sambil menahan rasa senak di perut kerana perutnya kosong.

Mereka telah menghabiskan 2 jam dengan berada di dalam mall itu. Banyak benda yang dibeli. Termasuk seluar, t-shirt, gaun, kasut, dan tidak lupa akan barang-barang perhiasan.

"Sehun, jom lah balik. Saya dah penat"

"K" hanya sehuruf sehun menjawab. Jihyo mengangguk.

Mereka pun terus pulang ke rumah kerana kepenatan.

💕💖💕

"Bila kita nak mulakan plan tu?" kata seorang lelaki berbaju t-shirt hitam serta mengenakan seluar jeans yang turut berwarna hitam.

"Kita akan buatnya plan tu. Kau just kena bertahan je dulu dengan dia" jawab seorang lagi lelaki yang turut berpakaian t-shirt hitam.

Perlahan-lahan senyuman sinis lelaki itu diukir. Pelbagai rancangan jahat yang telah berada di dalam mindanya sekarang.

"Ye lah"





💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now