🔥Bab 14🔥

1.6K 137 0
                                    


'Haah. Noona yang bagi gelaran tu dekat aku. Kenapa? Jeles?'

Ayat Jungkook masih terngiang-ngiang di telinga Jimin. Dia mula berasa tidak tenteram, resah. Nampaknya, Jihyo dah mula rapat dengan Jungkook.

'Aku pun kena jugak rapat dengan Jihyo' gumam hati Jimin. Dia tidak mahu kehilangan Jihyo. Dia terlalu cintakan gadis itu. Tiada siapa yang dapat menghalang cintanya melainkan maut yang memisahkan.

Jimin mengusutkan rambut. Stress betul. Pintu bilik dibuka dari dalam. Dia menuju ke aras tingkat bawah untuk keluar. Dia mahu melepaskan stress!

Tiba-tiba Jimin terserempak dengan Jihyo ketika dia ingin menuju ke arah kereta mercedes miliknya. Langkah Jimin terhenti. Dia berpaling arah untuk pergi kepada Jihyo.

"Jihyo?" sapa Jimin

"Eh Jimin. Awak nak pergi mana?" kata Jihyo dengan mesra. Bibirnya menguntum senyuman ke arah Jimin.

"Saya nak pergi keluar je, jalan-jalan" Jimin menyeluk kedua belah tangannya di dalam poket seluar. Jihyo hanya mengangguk.

"Tadi awak pergi mana? Pergi dengan siapa? Kenapa duduk sorang-sorang dekat luar?" bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Jimin. Jihyo tergelak kecil.

"Awak ni, tanya satu-satu lah" Jimin tersengih.

"Tadi saya pergi klinik, ambik ubat gastrik dengan Sehun " balas Jihyo. Jimin terdiam. Rasa sakit dihati mula terasa. Dia cemburu. Ya, cemburu.

Mereka mendiamkan diri seketika.

"Awak nak ikut saya pergi sungai Han tak?"

"Nakk!!" jerit Jihyo teruja. Wow, sungai Han. Dah lama dia tidak menjejakkan kaki di situ. Rasa rindu pulak.

-

Kelihatan ramai orang yang berada di Sungai Han. Ada yang berpegangan tangan dengan kekasih, ada yang spent time with family.

Jihyo menundukkan kepala. Dia berasa sangat kecewa dengan kehidupannya sendiri. Selalu kena dera dan hampir kena jual dengan ayah kandungnya sendiri.

"Eoh Jihyo? Gwaenchana? Kenapa ni?" Jimin memandang Jihyo dengan terpinga-pinga.

Perlahan-lahan air mata Jihyo mengalir. Namun, dia mengesat air matanya dengan laju. Jimin melihat dengan pandangan risau. Dia terus memegang kepala Jihyo lalu diletakkan di atas bahunya.

"Nangislah sepuas-puas hati awak, Jihyo. Saya ada di sisi awak"

Semakin kuat tangisan Jihyo. Jimin memeluk kepala Jihyo dengan kuat. Hatinya sungguh perit melihat orang yang sangat dia sayangi menangis dihadapan matanya sendiri.

"Say..say..hiks..saya..min..minta..hiks..ma..hiks..maaf..se..se..hiks..sebab..me..hiks..nyu..sah..hiks..kan..hiks..a..aw..hiks..awak"

Jihyo yang berada dalam dakapan Jimin terus menolak kepalanya kembali dan melemparkan pandangan ke arah sungai Han yang kelihatan sangat menenangkan hati. Dia mengesat air matanya yang masih tersisa. Perasaan malu dengan Jimin mula menguasai diri. Lalu, Jihyo melangkah dua tapak ke kanan dan ianya cukup membuatkan kening Jimin bercantum.

"Kenapa awak jauhkan diri awak dari saya? Sebab awak malu dengan saya ke? Jihyo-ah, walaupun kita baru kenal, awak boleh luahkan dekat saya kalau awak ada sebarang masalah. Mana tahu saya boleh tolongkan? Saya jujur, saya betul-betul ikhlas dengan awak. Ikhlas tolong awak. Cuma, saya nak minta tolong dengan awak satu benda"

Jihyo memandang wajah Jimin. Keningnya diangkat.

"Tolong bagi saya kepercayaan. Tanpa kepercayaan awak, kita tak akan kenal dengan lebih dalam antara satu sama lain. Betul tak?"

Jihyo terdiam. Lama kelamaan, dia menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Jimin. Jimin senyum kepuasan.

"Pandai Jihyo. Dah, tak mau nangis-nangis. Huduh muka" Jihyo cemberutkan muka. Jimin ketawa besar melihat telatah Jihyo. Baginya, Jihyo sangat lawak saat ni.

"Sampai hati oppa cakap Jihyo huduh" bibir Jihyo dimuncungkan kedepan.

"Op...oppa?"

"Kenapa? Umur oppa 22 tahun kan? Umur Jihyo 20 tahun. So....." ayat Jihyo dibiarkan tergantung. Jimin menganggukkan kepala tanda faham apa yang Jihyo sampaikan.

"Kalau macam tu, oppa panggil jihyo 'hyo' eh?"

"Boleh, boleh. Hyo suka sangat" kata Jihyo teruja.

"Jom, kita pergi jalan-jalan" Jimin memegang tangan Jihyo dengan erat. Jihyo membalas.

"Kajja"


💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now