🔥Bab 47🔥

1K 97 3
                                    

Sekejap betul hari semalam berlalu. Hari ini, Sehun perlu masuk ke dalam pejabat semula dan menghadap kembali kertas-kertas kerja yang bermacam ragam.

Sehun mula mengfokuskan minda terhadap kertas kerja yang berada di tangan. Dibelek kertas kerja itu dengan teliti. Tentang projek untuk membangunkan Mall baru. Semua maklumat sudah siap dan dia cuma perlu menokok tambah maklumat yang perlu sahaja. Memandangkan jawatannya CEO, cuma itu yang perlu dilakukan.

Setelah lama menghadap tentang projek itu, akhirnya siap juga. Semuanya perfect seperti apa yang dirancang pada hari mesyuarat haritu. Sekarang, cuma tinggal untuk membangunkan bangunan aje lagi.

Sehun menghembuskan nafas. Tubuhnya disandar atas kerusi sambil menikmati kesejukan suhu di bilik. Tangannya terus menggapai remote air-cond lalu mengubah suhu dari 18°C kepada 24°C. Tiba-tiba fikirannya terimbau kembali dengan kata-kata Kai yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam biliknya semalam.

Pada mulanya, lelaki itu hanya bertanyakan yang dia sedang berbuat apa. Lama-kelamaan, tetiba topik tentang hati dan perasaan pula. Dia jadi teringat dengan ayat yang diatur oleh Kai sebelum lelaki itu keluar dari biliknya.

"Hati dan perasaan ni, milik kita, Hun. Tapi, tak selama-lamanya jadi milik kita sebab nanti perasaan ni jugak kita akan share dengan pasangan kita. We dont talk about partner, but we is talking about feeling and heart. Kalau dah suka seseorang, kita kena teruskan. Jangan jadi ego. Aku just pesan saja-saja. Aku tak nak salah satu member aku menyesal nanti. Thats all"

Entah kenapa, ketika kata-kata itu dikeluarkan, terus menusuk ke dalam hati jantannya. Dia berasa seperti diperli. Seakan-akan Kai bercakap tentang dirinya sendiri.

"Jangan jadi ego"

Ego? Dia sedar bahawa dia ego. Dan...

"Menyesal nanti"

Dia tiba-tiba menjadi takut dengan perkataan 'menyesal' itu. Takut bahawa dia akan merasa pada hari kelak. Kenapa? Kenapa dia perlu rasa semua ini? Fikirannya tiba-tiba melayang tentang Jihyo.

Betul ke aku dah jatuh cinta dengan Jihyo? Wae setiap kali aku pandang dia, aku rasa lemah.Wae? Wae? Wae? Aku cemburu setiap kali tengok dia bersama dengan lelaki lain. Kenapa dengan aku ni? Ni ke yang dikatakan...

Jatuh cinta? Argh! Tak mungkin!!

Lamunan Sehun terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Lalu dia bersuara, "Nuguya?"

"Ni saya, Setiausaha Kim Nayeon"

"Masuk"

Pintu dikuak dari luar. Perlahan-lahan figura Nayeon masuk ke dalam bilik Sehun dengan tangannya yang memegang sepucuk surat. Sehun seperti dapat mengagak surat yang dipegang Nayeon.

"Kau nak berhenti kerja?" soalnya terus tanpa menunggu Nayeon bercakap terlebih dahulu. Nayeon menunduk. Dia masih lagi berdiri statik di depan Sehun. Langsung tak dijemput untuk duduk. Bosnya memang begitu. Panggilan yang dipanggil pun aku-kau. Tak pernah nak berlembut. Serius je memanjang.

"Ye bos" Sehun mengeluh. Dia memandang Nayeon tajam.

"Kalau kau berhenti, siapa yang nak ganti tempat kau tu nanti? Lain kali kalau nak berhenti, cakap lah awal-awal. Kau fikir senang ke nak cari pengganti?"  tebaknya lagi. Bukannya dia tidak kasi Nayeon berhenti tetapi bukannya senang nak cari setiausaha yang pandai membuat kerja seperti Nayeon. Terasa berat hati untuk melepaskan.

Nayeon mula berasa gerun. "Tapi bos, saya memang dah rancang yang saya akan cari pengganti terlebih dahulu. Barulah saya berhenti" terangnya jelas tentang niatnya kepada Sehun. Sehun mengeluh lagi.

"Kenapa kau nak berhenti tiba-tiba? Cuba bagitahu"

"Saya dah nak kahwin bulan depan, bos" jelas Nayeon. Sehun tersedak ketika sedang minum. Matanya memandang Nayeon atas bawah.

"Kau..kau nak kahwin?" Sehun menyoal sekali lagi.

Nayeon berkerut. Dah kenapa pulak dengan bos dia ni? Berkenan kat dia ke sampai nak tanya banyak kali. Dia menggerutu sendiri.

"Ye, bos"

"Oh okay" reaksi Sehun kembali seperti biasa. Semakin pelik Nayeon dibuatnya. Tadi bukan main terkejut. Sekarang dah jadi normal balik. Aiyoo, pening, pening.

Sehun teringat akan renungan yang direnungkan tadi. Dia mula menutur kata,,"Kim Nayeon" panggilnya.

"Ye, bos?"

"Kalau kau dah nak kahwin, maknanya sekarang ni kau tengah bercinta, kan?" soalan yang diajur Sehun membuat Nayeon tersengih. "Haah, bos. Kenapa?" jawabnya malu-malu siput.

Sehun terdiam sebelum kembali berkata-kata. "Kalau macam tu, terangkan kat aku, jatuh cinta tu macam mana"

Soalan kedua dari Sehun berjaya membuat kening Nayeon berkerut hebat. "Eh, kenapa bos? Bos dah jatuh cinta ke? Wah, beruntungnya yeoja tu" Sempat lagi Nayeon mengusik. Dia tersengih-sengih.

"Aku tak suruh kau cakap pasal benda lain. Terangkan je lah" Sehun memandangnya tajam. Nayeon meneguk air liur. Soalan tadi segera dia menjawab.

"Okay, bos. Saya pun tak berapa nak tahu jugak pasal jatuh cinta ni. Tapi, saya cuma boleh bagi hint dia je lah sikit-sikit. Antaranya, kita akan rasa gembira bila tengok orang yang kita cinta tu depan mata. Bila orang tu sakit, kita akan rasa gelisah, sedih, takut kehilangan dia. Bila dia tak ada, rasa rindu mesti akan datang. And one more! Kita juga akan rasa cemburu kalau dia dengan orang lain. Sebab apa tau bos, cemburu tu tandanya sayang" terang Nayeon berjela-jela. Sehun hanya diam tanpa sebarang reaksi. Lama juga dia berdiam diri. Nayeon pula mula menunjukkan rasa ketidakselesaannya dengan reaksi Sehun.

"Saya keluar dulu lah, bos. Sebelum tu, tentang pengganti saya tu, bos nak adakan temuduga dulu ke? Bos nak pilih atau saya je yang pilih?" Nayeon kembali berkata-kata selepas mereka mendiamkan diri. Sehun berfikir sejenak.

"Adakan temuduga. Aku nak kau pilih. Pastikan pilih setiausaha yang pandai buat kerja, arasseo? Dah, kau boleh keluar" jawabnya jelas.

Nayeon membongkokkan tubuhnya separuh tanda hormat. "Baik bos, saya keluar dulu"

Sehun hanya melihat dan dia kembali semula melakukan kerja-kerja yang tergendala tadi.

Someone pov

"Tunggu saya, Oh Sehun. Kita akan berjumpa semula selepas ini" kata seorang perempuan yang rambutnya paras bahu. Di tangannya, terdapat telefon bimbit yang terpapar berita pencarian "setiausaha baru" di Oh Entertainment.

Dia tersenyum sinis. Wait for me, Oh Sehun.

End pov

💫BERSAMBUNG💫

Helloo yeorobun!! Author minta maaf sangat-sangat kalau cerita author ni tak bestt. Kalau korang rasa tak faham or else, comment je tau. Author akan cuba buat setakat yang author mampu and author pun akan cuba untuk publish hari-hari. Heheheh, selamat membaca! Jangan lupa vote hoho✨💜

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now