🔥Bab 55🔥

1K 85 11
                                    

Sehun dan Jihyo pun telah sampai setelah 40 minit duduk di dalam kereta. Jihyo terus keluar, tanpa menunggu Sehun yang sedang menjawab panggilan telefon. Penting agaknya, sehingga berkerut-kerut dahi lelaki itu.

Jihyo masuk kedalam syarikat Sehun dengan perlahan. Rasa menyesal pula pergi bersendirian, sudahlah baru kali pertama datang kesini. Kepala gadis itu tertoleh kekanan dan kekiri, mencari tempat majlis itu.

"Dah puas sangat ke dengan aku sampai langsung tak nak tunggu?"

Jihyo mengurut dada perlahan-lahan, terkejut dengan kedatangan Sehun disisi. Dia menggigit bibir bawah, gentar untuk menjawab Sehun.

"Dah, ikut aku pergi office. Majlis tu lagi sejam nak mula" Kepala Jihyo terangguk lalu mengikuti langkah lelaki di hadapannya ini.

Sepanjang mereka berjalan menuju ke bilik Sehun, semua pekerja menunduk hormat, bagi menyapa bos mereka. Bagi lelaki pula, masing-masing menggatal memberi pandangan nakal kearah Jihyo dan memerhati gadis itu atas bawah. Mata Sehun panas melihat mata-mata yang memandang Jihyo, lantas dia membuka jaket kedua yang terlindung dengan coat tuxedonya, lalu diberi kepada Jihyo.

"Ambik ni, pakai. Tutup sikit bahu kau yang terdedah tu. Sakit mata aku tengok"

"Kenapa pulak? Bukan ke awak sendiri yang bagi saya pakai ba--"

"Diam" keras suara Sehun memberi amaran. Tangannya laju menyarungkan jaket itu ditubuh Jihyo dengan sedikit kasar. Makin sakit matanya memandang lelaki-lelaki yang semakin galak. Mahu je tangannya melayang penumbuk, kepada lelaki-lelaki miang. Dasar.

Ting!

Lif tepat berada di tingkat 27, terletaknya bilik Sehun bekerja.

"Masuk dalam, duduk dulu atas sofa tu. Aku ada kerja sikit" arah Sehun lalu pergi ke mejanya yang sedikit bersepah. Bibirnya mencarut, sudah ada setiausaha, meja tetap tidak berkemas. Jihyo hanya menurut, langsung tidak mengeluar sebarang kata-kata selepas disarung jaket tadi.

Tiba-tiba, seorang perempuan yang cukup seksi masuk kedalam bilik Sehun lalu terus mendakap tubuh Sehun erat. Dia mencium bibir Sehun sekilas. Jelas riak wajah Sehun terkejut dengan perlakuan perempuan itu.

Miyoung.

"Ish! Apa ni?! Kau gila ke?!"

"Shuhh.. I tahu you suka. Just shut up your mouth"

Mata Jihyo berkaca melihat adegan itu. Dia mula berdiri, berlari keluar dari bilik Sehun dengan hati yang terluka.

Sanggup awak bagi harapan palsu dekat saya, Sehun.

----

"Kau tak nak Sehun? Kalau tak nak, kau juga yang rugi"

Miyoung berfikir sejenak dengan tawaran yang ditawarkan oleh lelaki yang bernama Jungkook ini. Dia berasa kurang percaya, sudahlah dia tidak kenal, tiba-tiba datang memberi tawaran untuk goda Sehun.

"Kau ni siapa sebenarnya? Kenapa tiba-tiba suruh aku goda Sehun pulak"

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Aku tahu yang kau pun suka Sehun. But, kalau kau nak buat atau tak nak, kau tetap kena buat. Kalau tak..."

Jungkook berhenti kata-katanya sambil melayangkan telefon bimbitnya kearah Miyoung. Miyoung terbuntang luas. Gambarnya...

Naked.

"Heyy! Mana kau dapat hah?!"

"Its not your problem. Now choose, yes or no? If no, i will viral this pic" kata Jungkook dengan senyuman kemenangan. Wajah Miyoung ketakutan, takut dengan ugutan Jungkook yang bakal mencalar maruah kewanitaannya.

"I will. Tapi, tolong jangan sebarkan gambar tu please, Jungkook? Aku merayu"

"Aku takkan sebarkan gambar ni kalau kau betul-betul ikut arahan aku"

"I will, Jungkook. I will"

Jungkook tersenyum sinis, melihat perempuan hadapannya ketakutan. Plan 1, settle.

----

"Lepaskan akulah, perempuan!!!"

Lengan Miyoung direntap kasar oleh Sehun. Gadis itu mengaduh kesakitan. Sehun meraup rambutnya kebelakang, bingung.

"I suka you, Sehun. Please, hidup dengan I, kita kahwin, nae?"

"What? Hey girl, are you crazy? Kau nak kahwin dengan aku? Like a seriously, huh? Kau sedar tak yang aku ni bos kau?! Kau peluk, cium aku, kau jangan ingat yang kau bebas. Dasar perempuan, murah"

Sehun berlari keluar dengan pantas, mencari Jihyo untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Matanya melihat sekeliling dengan cemas, mencari susuk tubuh gadis itu sambil berlari. Dari tingkat ke tingkat, tangga ke tangga, bilik ke bilik, kesemuanya tak ada.

Sehun menyandarkan belakang tubuhnya pada sebuah pintu. Kepalanya ditunduk kebawah, peluh yang merintik di dahi pula dilap dengan lengan perlahan. Perasaan takut, resah, gelisah, kesemuanya bercampur. Jihyo-ahh..

"Bos?"

Sehun mengangkat muka.

"Kenapa bos ada kat sini?"

Soalan yang ditanya pekerjanya, Sehun tidak menjawab. Diam. Pekerja itu menarik nafas panjang, cuba bersabar.

"I'm so sorry if saya ganggu bos. But, lagi setengah jam majlis tu nak bermula. Jadi, bos kena bersiap sedia untuk berucap nanti"

Sehun mendengus kasar, kemudian dia berdiri mengikuti langkah pekerjanya terlebih dahulu walaupun hatinya masih meronta-ronta mahu mencari susuk tubuh Jihyo.

----

Jihyo mengelap airmatanya yang kian mengalir dengan laju. Hatinya sakit, hancur. Sehun punca. Walaupun dia tahu perasaan itu tidak perlu wujud, bukannya dia layak untuk Sehun, entah apa Sehun menganggapnya selama ini. Dia sedar. Pantas air matanya diseka dengan hujung ibu jari.

"Jihyo noona?"

Jihyo memalingkan tubuhnya kebelakang.

"Jungkook? Macam mana Kookie boleh ada kat sini?"

Jungkook melebarkan senyuman yang terselit dengan pelbagai maksud. Tangannya menyentuh bahu kanan Jihyo perlahan. Jihyo yang seakan tidak berasa selesa menempisnya lembut sambil tersenyum nipis.

"Mian" ucap Jungkook dengan matanya yang asyik menilik Jihyo. Cantik betul gadis pujaannya ini. Memakai dress putih paras lutut, makeup yang dipakai pun simple. Perfect.

"Apa yang noona buat kat sini? Sorang-sorang pulak tu. Tak takut ke?" soal Jungkook berpura-pura sedangkan dia sudah tahu apa yang terjadi. Sekarang, dia puas. Teramat puas.

"Anniy. Kookie pergi masuk dulu. Nanti, noona masuk"

"Tak nak. Kalau kookie masuk, noona pun kena masuk jugak"

"Its okay. Noona masuk nanti, kookie masuk dulu"

"No."

"Yes."

"No."

Jihyo menghela nafas berat sambil menjeling Jungkook di sebelah sekilas. Keras kepala sungguh. Nak tak nak, Jihyo ikutkan saja. Dia berdiri sambil mengibas-ngibas sedikit bahagian belakang tubuhnya dengan tapak tangan.

"Kajja"

💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now