🔥Bab 52🔥

1K 95 0
                                    

"Taehyung, kau okay tak ni? Dari tadi lagi aku nampak kau macam tak okay je" soal Suho prihatin. Taehyung menggeleng perlahan. Kepalanya masih lagi berasa denyut.

"Kepala aku, sakit" adu Taehyung perlahan. Semakin lama, semakin perit jadinya. Kedua-dua belah tangannya memegang kepala. Pedih. Bayangan seorang lelaki yang sedang ketawa terbahak-bahak melayari mindanya. Dia seperti kenal, tetapi tidak tahu siapa.

Taehyung menjerit kecil. Semakin risau Suho dibuatnya. Dia pun terus memanggil Xiumin dan Jin yang sedang berehat di ruang tamu.

"Wae? Apa dah jadi ni?" soal Xiumin sedikit panik. Muka Taehyung menjadi kemerahan akibat terlalu pedih.

"Tae, lawan! Kau mesti kuat. Ni mesti sebab ingatan kau yang hilang tu nak kembali semula. Lawan! Jangan putus asa!" ucap Jin dengan tangannya memegang kedua belah tangan Taehyung untuk menyalurkan kekuatan. Dia seperti dapat mengagak dengan keadaan Taehyung sepertimana dia telah diberitahu bahawa ingatan Taehyung hilang oleh kerana dadah yang mengandungi di dalam tubuhnya terlalu kuat berbanding Suga. Suga tidak terkena apa-apa dan masih lagi dapat diselamatkan. Malah Taehyung, dia hanya tidak dapat mengingati apa yang berlaku sahaja.

Taehyung mengerang kesakitan. Seorang lelaki.....baju hitam....ketawa.... Siapa dia?

Tidak lama kemudian, kesakitan di kepala Taehyung semakin mundur. Rasa seperti mahu pitam. Cepat-cepat Xiumin menghulurkan secawan air kosong kepadanya. Dia pun meneguk perlahan-lahan.

"Kau dah okay?" Taehyung membalas dengan anggukan lemah. Suho menghela nafas lega. Mahu tercabut jantungnya melihat keadaan Taehyung seperti tadi. Ngeri.

"Bawa Taehyung naik bilik. Bagi dia rehat" arah Suho kepada Xiumin dan Jin. Taehyung sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Dia lemah.

Apa.. Makna... Semua ni?

--

"Akhirnya! Keluar pun aku dari tempat busuk tuh!" ucap seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari perkarangan balai polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta meluncur laju di hadapannya.

Jong Nam tersengih sinis melihat figura yang keluar dari kereta itu. Dia melangkah 3 langkah kedepan. Lalu, dia menepuk kedua belah tangan. Kuat.

"Wah, kau tepati jugak janji kau. Bagus bagus, tak sia-sia kau jadi anak buah aku" ucap Jong Nam tatkala figura yang keluar dari kereta itu berada tepat dihadapannya.

Lelaki itu ketawa kecil. "Jemput masuk"

Jong Nam ketawa jahat lalu tubuhnya terus masuk ke dalam perut kereta. Dia memandang 'pemandu' itu dengan pandangan sinis. Sukar ditafsir. Dia sendiri pun tidak menyangka bahawa lelaki itu memang betul-betul serius tentang pakatan mereka. Malah, telahpun siap mengatur perancangan yang masih belum dilaksana. Sungguh, tidak percaya.

"JEON JUNGKOOK, tak sangka aku, yang hati kau lagi busuk dari aku" Jungkook menjuling mata keatas.

"Kau bukan nak berterima kasih dengan aku, kutuk aku pulak" balasnya.

"Kenapa kau beria-beria sangat nak join group aku untuk musnahkan si Sehun tu? Sedangkan, kau dengan sampah tu kawan baik, kan? Weird" Jungkook tergelak besar dan bebola matanya masih lagi memandang Jong Nam.

"Kau diam dulu, nanti aku cerita"

-

Sehun pulang dari tempat kerja dengan kepenatan. Dia tidak bercakap banyak, malah dia terus menuju ke biliknya. Di tangan, ada dua bungkusan beg plastik yang baru sahaja sampai di syarikatnya tadi. Sebelum pergi kebilik, sempat dia menyuruh Jhope memanggil Jihyo untuknya.

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now