🔥Bab 50🔥

1K 89 1
                                    

Sehun kebosanan. Dia memandang setiap sudut bilik. Mahu pergi kerja, tetapi kena marah pula. Tiba-tiba dia teringat pula tentang luahan Jihyo kelmarin. Tersengih-sengih dibuatnya.

Pintu bilik Sehun diketuk bertalu-talu dari luar. Tidak lama selepas itu, muncul pula Kai dari pintu sambil ketawa kecil menunjukkan barisan giginya yang tersusun.

"Hun! Kau dah sihat ke?" soalnya terus.

Sehun mengangguk kepala. "Dah kot. Kepala aku dah tak rasa pening sangat pun" luah Sehun. Sekarang, giliran Kai pula yang mengangguk kepala.

"Hurm, kalau macam tu, baguslah. Kesian pulak aku tengok Jihyo. Ulang-alik aku tengok dia keluar-masuk dari bilik kau. Aku yang tengok ni pun dah penat. Apatah lagi dia. Untung lah kau, Hun. Ada orang yang sanggup jaga kau"

Sehun mengerut kening. "Aik? Bukan ke dia just jaga aku kelmarin? Semalam pun dia jaga aku jugak ke?" soalnya. Kai membuat muka.

"Takkan lah sebab kau demam, kau dah nyanyuk. Kau tahu tak, DIA SORANG JE YANG JAGA KAU SELAMA 3 HARI NI" kata Kai sambil menekan satu persatu ayat terakhir.

Sehun menepuk dahi. Hari pertama dia demam, mungkin betul Jihyo yang jaga sebab bila bangun je, Jihyo ada tidur atas lengan dia. Hari kedua, kelmarin la, err yang kes..su.. Ergh! Malas nak ingat. Hari ketiga, semalam. Dia tidak nampak pulak kelibat Jihyo. Walhal, semalam seharian dia tidur huehue.

"Habis, mana Jihyo?"

Kai mengangkat bahu. "Entah" dia menjawab sepatah.

"Hurm, okay"

"Btw, Hun. Dalam seminggu lagi kan ada majlis kat office kau. So, persiapan dah settle ke belum?" Kai memulakan topik baru.

Setiap tahun, syarikat Sehun akan mengadakan majlis untuk para pekerjanya sebagai tanda hargai atas perkhidmatan mereka.

"Oh, yang tu. Dah. Wae?"

"Nothing. Saja tanya"

Sehun membalas dengan senyuman yang tak seberapa ikhlas. "Hun.." panggil Kai. Sehun mengangkat kening.

"Dekat majlis tu, memang semua member wajib hadir. But,, Jihyo macam mana? Nanti apa pulak kata orang-orang syarikat kalau kita bawa dia sekali"

Sehun memejam mata. "Biar je lah kalau dia ikut kita sekali" katanya bersahaja. Kai mula berasa tidak selesa. Dia mendengus geram melihat reaksi Sehun yang langsung tidak kisah.

"Tolong serius, boleh tak? Habistu, kau nak jawab apa kalau ada orang tanya nanti?" ujar Kai geram. Hal yang serius pun boleh dibuat main kalau dengan Sehun ni.

"Ish, kau diam boleh tak? Pandai-pandai je lah aku jawab nanti"

Kai berdecit kecil. "Ok, fine"

Drrt.. Drrtt..

Telefon milik Sehun bergetar. Kai pun terus mengambilnya lalu dihalakan kepada Sehun.

"Setiusaha Kim? Waegurae?"

"Ahh bos, annyeonghasaeyo. Saya ada dengar yang bos demam. Kawan bos yang bagitahu. Erm, bos dah sihat ke sekarang?"

"Oh, dah. Kau nak cakap apa sampai call-call aku? Besok aku dah masuk kerja balik. Tak boleh ke cakap esok je?"

Kai yang hanya memerhati menjuling mata keatas. Sehun, Sehun. Cuba bercakap lembut sikit dengan pekerja.

"Ahh, aniyo bos. Yang pasal pencarian setiausaha baru tu, saya dah jumpa. Bagi saya, mungkin dia dah cukup perfect. So, saya pilih dia. Esok dia akan datang start buat kerja sebab kena ambil masa yang lama jugak nak terangkan kat dia pasal company kita. Sebab tu saya suruh dia masuk esok. Boleh kan, bos?" terang Nayeon dengan terperinci.

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now