🔥Bab 45🔥

1K 104 0
                                    

"Jihyo-yaa, teman oppa pergi shopping kejap lagi, boleh?" suara Chanyeol sengaja dikuatkan walaupun jarak antara mereka berdua tersangatlah dekat. Ketika ini, mereka semua sedang berada di meja makan sambil menjamu sarapan pagi. Dia perlu buat betul-betul seperti apa yang Xiumin arahkan semalam. Masa inilah, dia perlukan menonjolkan bakat lakonannya! Barulah nanti dia boleh berlagak depan kawan-kawannya yang lain. *evil laugh*

Sehun yang sedang menghirup kopi berasa sedikit terganggu. Pandangan matanya memandang tepat pada Chanyeol. "Buat apa nak ajak dia? Tak nak pulak ajak aku" katanya. Mana boleh Jihyo keluar dengan Chanyeol! Berduaan? Lagilah tak boleh!

"Lah, kau kan kerja. Takkan aku nak ajak kau pulak. Sebab tulah aku ajak Jihyo. Kan, Jihyo? Boleh tak teman oppa sekejap lagi?" kata-kata Chanyeol terus sahaja membuatkan otak Sehun berfungsi membina ayat untuk membalas kata-kata Chanyeol.

Jihyo tersenyum manis. "Apa salahnya, Jihyo okay je kalau nak teman oppa pun" Sehun membulat mata. Chanyeol pula menjerit keriangan. "Okay, gomawo Jihyo-ah. Jihyo pergi siap cepat-cepat, kita pergi sekarang. Barulah nanti boleh balik awal. Kita pergi dekat Moonlight Mall, okay?"

Jihyo hanya mengangguk kepala dan terus berlalu menuju kebiliknya untuk bersiap. Sehun mengetap gigi. Dia mula berdiri. "Aku pergi kerja dulu" Terus kaki panjangnya mengatur langkah ke pintu utama dan keluar dengan tangannya yang sibuk memakai kasut.

Member lain menahan ketawa. Xiumin mengangkat ibu jari kepada Chanyeol sambil mengenyitkan sebelah mata. Good job, Chanyeol! Chanyeol pula, terangkat-angkat kening. Bangga pula dia masa tu.

Sehun yang berada di luar membuka pintu keretanya. Lantas tubuhnya memasuki perut kereta. Dia mengstartkan enjin lalu kereta miliknya itupun keluar dari perkarangan rumah. Dalam perjalanan, Sehun mengerutu sendirian. Fikirannya mula terganggu. Jihyo.. Chanyeol.. Ish, tak boleh jadi ni.

  -

Chanyeol membukakan pintu kereta dan mempersilakan Jihyo masuk kedalamnya. Jihyo ketawa kecil. "Apa ni? Buat susah-susah je" Chanyeol tersengih. Dia pun berlari anak ke tempat pemandu pula lalu tubuhnya terus masuk dan duduk di tempat itu.

35 minit telah berlalu, akhirnya mereka berdua pun sampai ke destinasi yang ingin dituju. Moonlight Mall. Penuh dengan manusia-manusia yang keluar masuk. Semuanya bergaya. Jihyo hanya tersenyum sendiri melihat keadaan sekeliling. Rasa sekejap pula sampai bila datang dengan Chanyeol. Best pulak tu. Sepanjang perjalanan, bising je memanjang suasana dalam kereta dengan gurauan dan gelak ketawa mereka berdua. Sungguh berlawanan kalau pergi dengan Sehun. Erk, sunyi gila.

"Jom, kita masuk" ajak Chanyeol riang. "Jom!!"

Dari jauh, Sehun memerhati. Dia telah menukar pakaian supaya tiada siapa yang akan mengecamnya nanti. Dia tahu ni keputusan gila yang pernah dia buat. Tapi, dia terpaksa. Kalau tak, memang hatinya takkan tenang.

Sehun berjalan perlahan-lahan dibelakang "pasangan kekasih" itu. Sakit pulak mata tengok mereka berdua yang tak habis-habis ketawa. Tak penat ke apa?

"Eh, Jihyo! Kita pergi kat butik baju sana. Oppa nak belanja Jihyo baju. Kajja!" Jihyo menyahut keriangan. Jengkel Sehun dibuatnya. Tapi, dia tetap mengikuti langkah mereka berdua pergi ke butik itu. Sehun pergi ke tempat yang tersorok sedikit sambil tangannya berpura-pura membelek baju-baju yang elok tersusun.

"Baju ni nampak sesuailah dengan Jihyo. Cuba pergi try" ujar Chanyeol sambil matanya sibuk melihat baju berwarna purple berkelip itu. Sehun memasang telinga.

"Okay. Chakkaman" Jihyo pun menuju ke fitting room yang sudah disediakan oleh pihak butik tersebut. Dia mengenggam baju itu erat. Tidak sabar pula mahu mencuba.

Beberapa minit kemudian, Jihyo pun keluar dengan mengenakan baju purple itu tadi. "Oppa, tengok ni. Sesuai tak dengan Jihyo?" Chanyeol melopong.

"Wahh, sesuai sangat. Cantik. Padan lah dengan Jihyo" puji Chanyeol melebih. Sehun yang berada di hujung butik itu juga apa kurangnya. Turut melopong melihat Jihyo yang baru sahaja keluar dari fitting room itu tadi. Cepat-cepat dia menampar pipinya dengan kuat. Sedarlah, Oh Sehun!

Seorang pekerja butik melihat Sehun yang berkelakuan aneh. Tiba-tiba tampar diri sendiri. Micheo namja.

"Kita ambik yang ni je lah, eh?" Jihyo memberi kata putus. Sungguh dia sukakan baju itu. Cantik sangat. Tak puas bila tengok. Setelah selesai membuat pembayaran, mereka berdua pun keluar dari butik itu dan berjalan-jalan lagi di sekitar Mall itu. Sehun juga tidak ketinggalan. Dia terus jejak dan jejak mereka berdua.

Mereka pergi bermain ice skating bersama-sama. Jelas terpancar kebahagiaan pada wajah Jihyo. Chanyeol pun sama. Seronok sangat bermain sampai tidak sedar bahawa Sehun yang sudah lama menjadi 'cctv' tidak pernah terlepas pandang terhadap mereka berdua. Entah kenapa, Sehun rasa lain. Dia merasakan bahawa dirinya tidak pernah membahagiakan Jihyo seperti apa yang Chanyeol lakukan. Betul-betul rasa sakit di hati.

Selepas bermain ice skating, mereka berdua pergi ke restoran XOXO yang menyediakan hidangan cukup menyelerakan. Tempat pasangan 'couple' menjadi pilihan. Sehun pula mengambil keputusan untuk duduk di hujung restoran itu tapi masih lagi dapat melihat kelibat Jihyo dan Chanyeol. Dia hanya memesan segelas air kosong.

Manakala Jihyo, memesan Fish And Corn bersama Orange Juice. Chanyeol juga turut memesan Fish And Corn, tetapi dia memilih air Apple Juice. Berlainan sedikit dengan Jihyo. Mereka berdua berborak ketawa sambil menunggu hidangan tiba.

"Lepas ni, kita pergi tengok wayang pulak" kata Chanyeol memberi cadangan. Jihyo mengangguk gembira. "Kita nak tengok cerita apa?"

Kedua-dua bebola mata Chanyeol keatas seolah-olah sedang berfikir. "Kita tengok cerita midnight runners lah! Ada Park Seo Joon dengan Kang Haneul"

"Nakk! Lagipun, Jihyo minat sangat dengan Park Seo Joon tu. Hensem" balas Jihyo teruja. Chanyeol memuncung. "Habistu, oppa tak hensem? Hurm, tak pe la. Oppa tahu yang oppa ni tak hensem pun" katanya sambil lakonkan mimik muka sedih.

"Alololo, mestilah oppa hensem! Siapa yang cakap oppa tak hensem, Jihyo sepak dia" kata Jihyo pula lebih kepada memujuk. Chanyeol ketawa melihat Jihyo yang memujuknya. Jihyo juga turut ketawa. Kemudian, hidangan pun sampai setelah lama menunggu.

Sehun memasang telinga dari jauh. Dah lah cakap kuat! Eleh, nak sepak orang konon. Kena tengking pun dah kecut perut. Ada hati nak sepak orang. Sehun mencari idea supaya dapat membatalkan perancangan mereka untuk pergi tengok wayang. Dah lah wayang tu gelap. Lepastu, cuma mereka berdua je? Shireo!

Tidak lama selepas itu, Sehun mendapat idea. Dia tersengih sinis. Tunggulah korang, tunggu. Dia mula berdiri dan pergi kearah kaunter lalu memesan segelas Kiwi Juice. Setelah dapat apa yang dipesan, perlahan-lahan dia menuju ke tempat Jihyo dan Chanyeol duduki.

"Opss! Mianhaeyo! Saya tak sengaja. Jeongmal mianhae" Lantas Sehun melarikan diri sambil bergelak ketawa kepuasan. Dia pun beredar kembali ke tempang parking kereta kerana dia yakin yang Chanyeol dan Jihyo akan pulang selepas apa yang terjadi tadi. Barulah hatinya senang sekarang. Tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi. Buahahahahhaha.

Chanyeol terkejut. Terkejang sekejap tubuhnya. Habis bajunya basah dek kerana namja tadi tertumpahkan air diatas bajunya tadi. Bukan tertumpah sebenarnya. Tapi sengaja nak menumpah. Dia tahu bahawa namja tadi ialah Sehun. Dari tempat ice skating lagi, dia telah perasan Sehun mengintip mereka. Aigoo, Sehun, Sehun.

"Eh, oppa okay tak ni?" soal Jihyo sedikit cemas. Melihat keadaan Chanyeol yang sedikit basah di bahagian bawah bajunya timbul pula rasa kesian. "Apelah orang tadi tu. Lepas buat salah, lari. Ingat elok sangat ke buat orang macam ni" Jihyo sudah mula membebel.

Chanyeol tersenyum nipis. "Gwaenchana, lepas makan ni kita terus balik eh? Dah tak boleh nak tengok wayang dengan baju macam ni. Mianhae"

"Hm, arasseo"






💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now