🔥Bab 56🔥

1K 86 5
                                    

Sehun melihat sekeliling dewan mencari kelibat Jihyo kalau-kalau gadis itu sudah masuk atau belum. Sedikit susah kerana begitu ramai orang yang sudah hadir memenuhi dewan dengan pasangan masing-masing bagi yang sudah berkahwin. Tiba-tiba, matanya tertancap pada pintu utama dewan.

Jihyo.

Dengan Jungkook.

Sehun menggenggam tangan, tidak tahan melihat Jungkook yang berkepit dengan Jihyo. Nampak seperti, pasangan kekasih. Pandangan mata Sehun beralih kearah Jihyo, Lama.

Jihyo berasa seperti diperhati. Bebola matanya memandang sekeliling sehinggalah bertembung dengan pandangan Sehun. Mereka saling bertembung antara satu sama lain, seperti memberi isyarat dari mata ke mata.

'Pergi dari hidup saya, Sehun. Hati saya dah cukup sakit dengan cinta palsu awak'

'Tolong...maafkan..aku'

Jihyo pantas melarikan pandangan matanya dari terus memandang Sehun. Hatinya sakit. Tubir matanya mula berkaca kembali, terasa kabur. Lantas lengannya berpaut dengan lengan Jungkook. Dia terpaksa gunakan Jungkook ketika ini. Terpaksa.

Perbualan Jungkook terganggu ketika merasakan lengannya tiba-tiba dipaut. Dia memaling ke sisi, lalu tersenyum sinis. Kemudian, dia memandang di sudut dewan, melihat Sehun yang asyik memandang Jihyo dengan pandangan yang redup cukup membuatkan hatinya puas, gembira, seronok. Belum berakhir lagi, Oh Sehun.

"Kajja, noona. Majlis dah nak start. Noona duduk dengan Kookie, eh?"

Jihyo hanya mengangguk. Dia tidak mampu untuk menjawab dek kerana menanggung kesakitan hatinya apabila melihat Sehun. Sungguh dia tidak sanggup. Mujur ada Jungkook, sanggup berada di samping tatkala dia masih sedih. Tidak seperti Sehun.

----

"Hun? Kau okay tak ni? Risau semacam je, macam hilang bini. Kau ada masalah ke? Cuba bagitahu aku. Mana tahu aku boleh tolong" kata Kai, melihat wajah Sehun yang seperti gelisah, dengan berkerut-kerutnya dahi, mesti ada masalah yang ditanggung.

"Aku bergaduh dengan Jihyo. Tadi, aku dengan dia dalam bilik aku. Tak lama tu, tiba-tiba Miyoung, yang setiausaha aku tu, masuk dalam bilik aku lepastu peluk cium aku semua. Jihyo nampak, dia terus lari. Aku risau, weh!"

Kai ketawa, langsung tidak membantu.

"Pehal kau ketawa? Nak kena ke? Tak guna" Sehun menunjuk penumbuk dengan genggaman lima jarinya. Kai semakin galak ketawa, langsung tidak takut dengan ugutan Sehun.

"Eh, Hun? Kau sedar ke tak ni? Sejak bila kau jadi macam ni, hm? Sejak bila kau kisah dengan perempuan? Jangan cakap kat aku eh yang kau dah 'fall' dengan Jihyo"

Sehun diam. Memang benar apa yang Kai katakan. Dia sendiri pun tidak tahu sejak bila dirinya kisah dengan Jihyo. Bahunya ditepuk Kai perlahan.

"Aku tak kisah kau dengan Jihyo, Hun malah, aku sokong korang berdua. Nak je aku peluk Jihyo tu ketat-ketat sebab dah berjaya buat kawan baik aku sorang ni berubah" kata Kai. Sehun cemberutkan muka. Ayat 'peluk ketat-ketat' tu, macam nak mintak peluru je si Kai ni. Semakin galak Kai ketawa melihat perubahan wajah Sehun. Tapi tidak lama, dia kembali menjadi serius.

"Dah, ingat aku tak tahu yang kau tu tengah fikir nak tembak aku. Kita stop dulu, back to your story. Hun, aku bukannya apa, sebenarnya......

Dah lama aku perasan pasal Miyoung tu, dari kita dekat Australia lagi. Aku dah cakap awal-awal kat kau, yang dia ada hati dengan kau. Kau yang degil, tak dengar cakap aku. Buat muka selamba badak kau tu. Now, aku dah tak tahu nak cakap macam mana. Kau tengok tu.."

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now