🔥Bab 30🔥

1.1K 98 2
                                    


Sehun termenung sendirian di koridor bilik tidur hotelnya. Sudah seminggu masa berlalu. Seminggu itu juga lah dia telah tinggalkan Korea, tinggalkan kawan-kawannya, tinggalkan Jih.....Eh!

Angin sempoi yang datangnya dari arah barat Australia menerpa wajah Sehun. Sungguh sejuk. Sedang Sehun asyik termenung, tiba-tiba telefon miliknya berdering. Dia pun meraba-raba poket seluarnya mencari telefon yang tidak henti-henti bergetar supaya diangkat.

"Yeobosaeyo, nuguya?"

"Ni Choi Yu Seok, bos"

"Oh, ada apa? Dah settle pasal kes tu?"

"Semua dah settle bos. Bos dah boleh berangkat ke Korea esok. Saya dah belikan tiket penerbangan untuk bos"

"Ok, bila penerbangan tu?"

"8:30 malam, bos"

"Ouh okay"

Serentak dengan itu, talian diputuskan oleh Sehun. Dia memandang ke koridor kembali. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati. Seakan-akan dia bakal menerima berita buruk apabila pulang ke Korea nanti.

Sehun menghembus nafas berat. Dia meraup wajah kasar. Lantas dia masuk ke dalam bilik dan menutup langsir dengan kasar kerana angin yang semakin kuat dan sejuk.

Tuk! Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan Sehun mendengus perlahan. Tak lain tak bukan, ni mesti Kai.

"Hello my friend! Boleh aku masuk?" kata Kai dengan mesra apabila Sehun muncul disebalik pintu. Dengan tanpa rasa bersalah, Kai pun terus masuk ke dalam bilik Sehun tanpa menunggu jawapan yang keluar dari mulut si maknae.

"Eh eh, suka hati kau je masuk dalam bilik aku. Suka sangat buat harta" kata Sehun dengan jelingan. Kai hanya tersengih.

"Alah cool lah. Macam tak biasa" balas Kai dengan wajah innocent.

Oleh kerana Sehun malas mahu membalas kata-kata Kai, dia pun terus baring ke atas katil yang sudah sedia empuk itu.

"Sebelum aku terlupa, esok kita dah boleh balik Korea" kata Sehun dengan wajahnya yang ditekup dengan bantal.

"Oh... Wait, what?! Sekejapnya. Aku tak sempat lagi tau tak nak ronda-ronda Australia ni! Dah lah jarang dapat keluar berdua macam ni! Haish. Tak nak balik lah!" balas Kai. Mukanya sengaja dicemberutkan oleh kerana ketidakpuashati terhadap Sehun.

"Lantak kau lah. Kau tak nak balik, sudah. Pandai-pandai kau lah hidup dekat negara ni sorang-sorang. Ada aku kesah?" balas Sehun. Serta merta membuatkan Kai bertambah cemberut pada wajahnya.

"Jahat kau Hun! Kau dah tak sayang aku"

Sehun roll eyes. Kai pula mengesat air mata palsunya. Bahu dihinjut-hinjut dengan sengaja. Dia memandang Sehun yang langsung tidak memandangnya. Menjeling tu adalah!

"Sian aku kena palau"




💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now