🔥Bab 13🔥

1.6K 133 1
                                    


Sehun dan Jihyo masuk ke dalam perut kereta setelah selesai mendapat nasihat dan ubat dari doktor. Tali pinggang keledar di pakai lalu enjin kereta dihidupkan. Mereka pun menuju ke tempat yang dikatakan Sehun tadi.

Masa telah menelan selama 25 minit untuk sampai. Kini, mereka berada di sebuah rumah banglo dua tingkat yang sangat mewah. Konsep yang sangat elegan. Warna rumah yang di cat berwarna kelabu kehitaman telah menarik perhatian Jihyo.

'Ni mesti orang kaya' getus hati jihyo

"Kau tunggu dalam kereta. Aku ada hal sekejap" kata Sehun sebelum pintu kereta ditutup dan dikunci dengan kemas.

💕💖💕

"Tuan King, dia dah sampai" kata salah seorang lelaki yang berada di situ

"Suruh itu anjing masuk" arah tuan king kepada anak buahnya.

"Baik tuan"

Pintu dikuak dari dalam. Tersenggul wajah Sehun yang kelihatan sangat serius.

"Keluar" tuan King mengarah anak buahnya untuk keluar dari bilik itu. Hanya dia dan Sehun sahaja yang berada di situ.

"Hey, anjing liar sudah sampai lo. How? Okey?" sapa tuan King dengan mesra.

"Aku tak kacau kawasan kau. Yang kau pergi suruh anak buah kau kacau kawasan aku tu pehal?" Sehun mula hilang sabar. Rasa macam nak gantung je orang tua tak sedar diri ni.

"Rileks, rileks. Gua cuma hantar anjing gua ke kawasan lo saja ma" ujar tuan King yang sedikit mabuk. Di sebelah tangannya terdapat satu botol arak. Penuh dengan bau arak di sekeliling bilik. Sehun menengkup hidung. Dia tidak tahan dengan bau itu.

Sehun mengeluarkan sepucuk pistol. Kepala pistol diletakkan tepat tepat pada tengah-tengah dahi tuan King. Dia mahu semua ni settle.

"Anak buah kau dah bunuh anak buah aku. So, why not kalau aku bunuh kau kan?" kata Sehun sebelum menarik picu pistol.

Bang!!

"Settle pun" mayat tuan King dipandang buat kali terakhir. Darah merah memenuhi di sekeliling dinding bilik itu. Sehun memandang bajunya yang juga terpecik sedikit darah. Banyak kali dia mengesat. Hampa, sikit pun tak hilang. Dia pun terus keluar dari bilik itu dan menuju ke arah keretanya.

-

Sehun mengetuk cermin tingkap kereta. Jihyo tergesa-gesa mencari punat 'on' di dalam kereta. Setelah jumpa, langsung ditekan butang tersebut.

Sehun pun terus masuk ke dalam perut kereta dengan riak muka seperti marah. Pedal minyak ditekan, dan kereta milik Sehun terus hilang dari kawasan perumahan itu.

"Sehun, awak buat apa tadi kat sana? Kenapa ada da..da...darah? Aw..awak bunuh or...orang ke?" Mata jihyo langsung tidak berganjak memandang tompokan darah yang melekat di baju Sehun. Perasaannya bercampur baur. Takut, terkejut, kecewa, semuanya ada. Sehun hanya mendiamkan diri. Matanya terlalu fokus menghadap jalan raya. Soalan Jihyo pun, diabaikan.

Jihyo yang merasakan dirinya bercakap seorang diri terus mendiamkan diri. Dia memperbetulkan kedudukan. Lalu, dia duduk seperti asal kembali. Jihyo melempar pandangan ke luar tingkap. Fikirannya melayang-layang. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia fikir. Terasa seperti diri sudah kosong. Ya. Kosong.

Tiba-tiba sahaja kereta mereka berhenti di kawasan lapang. Jihyo kepelikan. Namun, dia hanya mendiamkan diri. Sehun membuka pintu kereta lalu menuju ke arah bonet kereta. Dia mencapai sehelai baju t-shirt putih dan menutup bonet itu kembali. Sehun pun masuk ke dalam kereta. Apabila dia mahu membuka baju, Jihyo segera menahan. Sehun mengangkat kening.

"Wait, kalau awak nak tukar baju, bagi saya keluar dulu. Saya tak selesa" usai bercakap, Jihyo membuka pintu dan terus keluar dari perut kereta. Dia berasa malu. Sangat malu. Sebab tu lah dia nak keluar dari kereta.

"Dah boleh masuk" laung Sehun dari dalam kereta. Jihyo memandang Sehun yang sudah siap menukar pakaian melalui cermin tingkap kereta.

'Hensemnya...'

"Kalau nak mengelamun, aku tinggal kau kat sini" suara Sehun membuatkan lamunan Jihyo terhenti. Segera Jihyo masuk ke dalam kereta. Jihyo hanya mengunci mulut sehinggalah mereka sampai di hadapan rumah banglo Sehun.

"Tak nak turun? Ke nak tidur kat sini?" sergah Sehun dengan suara yang mendatar. Jihyo yang terkejut akibat disergah, tergopoh-gopoh mengambil beg tangan serta handphone lalu keluar dari perut kereta.

Sehun menekan punat kunci pada kunci kereta. Serentak dengan itu, dia pun masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Jihyo. Jihyo hanya melihat kelibat Sehun dengan ekor matanya.

Dia tertanya-tanya. Sehun ada masalah ke? Kenapa dia tiba-tiba nak marah? Tadi elok je. Dan, kenapa ada darah dekat baju dia? Dia baru lepas bunuh orang ke?




💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now