🔥Bab 54🔥

1K 91 4
                                    

Terkelip-kelip mata Jihyo menahan kesejukan yang menerpa di kulit kepalanya. Sudah 2 jam berlalu, dia hanya baru membuat rambut. Dengar ye, 2 jam. Cuma rambut. Dia mengeluh kasar. Sekarang, dia hanya perlu menunggu rambutnya kering terlebih dahulu sebelum didandan nanti.

Hampir 10 minit juga, barulah gadis itu dibenarkan bangun dari pembaringan. Dia membaiki tulang-tulang yang berasa lenguh. 2 jam, siapa je yang tak akan rasa lenguh?

"Cik boleh ikut saya ke bilik untuk makeup pula. Lepastu, nanti kami akan dandan rambut cik"

Jihyo menurut. "Erm, cik"

"Ya, saya?"

"Cik ada nampak tak Sehun tadi?"

"Oh, Tuan Sehun.. Dalam 2 jam yang lepas, dia dah keluar". Bwo?! Keluar?!

"Oh, jinjja? Khamsahamnida" Jihyo tersenyum nipis. Kepalanya serabut memikirkan bayaran semua ini. Ahh, Oh Sehun!!

----

"Sehun.. Ireona.."

Mata Sehun terkebil-kebil memandang tubuh yang berada di hadapannya. Dia memejam matanya kembali tatkala menerima cahaya terang dari luar. Nampak kabur.

"Kenapa kau kejut aku? Nak tidur pun tak senang" Kyungsoo menjuling mata. Dipandang wajah Sehun dengan jengkel.

"Tadi kau sendiri yang suruh aku kejutkan kau. Dah berapa kali aku gerak kau. Tak bangun-bangun" leter Kyungsoo panjang dengan tangannya yang mencekak pinggang.

"Sekarang dah pukul berapa?"

"Pukul 4, wae?"

"Eh!!! Aku dah lambat!"

Tergopoh-gopoh Sehun berlari menuju kearah pintu dengan pantas. Dia masuk kedalam perut kereta lalu mengestartkan enjin dan berlalu pergi ke spa dengan kelajuan yang penuh. Sesampainya di sana, nafasnya tercunggap-cunggap mengambil udara. Rasa seperti senak akibat bangun secara mengejut tadi.

"Yeojachingu saya..dia..dah siap ke belum?" soal lelaki itu kepada seorang pekerja spa tersebut. Pekerja itu tersenyum lalu membongkokkan sedikit tubuhnya sebelum mula menjawab.

"Lagi sikit saja, tuan"

"Okay" Ringkas. Tetapi hatinya tidak usah dikata, bimbang juga kalau-kalau dia terlambat then Jihyo akan lari. Sedang asyik menunggu, dia teringat akan hal rantai berlian tadi.

"Cik, rantai tadi, dah siap?" Pekerja itu menundukkan kepalanya ke bawah sebelum menghulurkan sebuah bekas berwarna merah lembut berbentuk hati kepada Sehun.

"Ni dia, tuan"

"Totalkan harga rantai ni, termasuk dengan rawatan tu"

"Baik, tuan" Selepas membuat beberapa pengiraan, pekerja itu menyebut harga. Langsung Sehun menghulurkan kad kreditnya diganti dengan wang tunai. Pekerja itu mengambil lalu mengucapkan terima kasih. Sehun hanya mengangguk dan kembali duduk semula di sofa tadi. Dia membuka penutup bekas rantai itu dan menilik lagi rantai itu. Kalau hati dah tertarik, tengok berjam-jam pun tidak kisah.

"Tuan, dia dah siap"

Sehun mengangkat muka. Matanya memandang kearah pintu yang terbuka dan muncullah kelibat Jihyo dari sebalik pintu tersebut. Sehun terpana sebentar melihat kecantikan Jihyo setelah siap dimakeup. Nampak lain, sangat.

Dia cantik.

"Sehun?" dia seakan baru tersedar dengan jerkahan kecil Jihyo. Kembali semula ke dunia asal.

"Hurm, okay la tu" jawab Sehun tanpa sebarang nada, hanya bersahaja. Walhal dalam hati berdegup, tak usah dikata. Kerana ego, semuanya hanya tersimpan rapi dalam hati.

Terpempan Jihyo dengan jawapan Sehun. Terasa sedikit kecewa.

"Nah, ambik baju ni. Pakai terus"

"Arasseo"

Tubuh gadis itu terus hilang di sebalik pintu tadi. Masuk untuk menukar baju yang diberi. Sehun menghela nafas yang kian sesak di dada. Tipulah kalau dia tidak merasakan apa-apa tadi. Tipu sangat! Lelaki itu bergelut dengan perasaannya sendiri yang semakin lama, semakin menjadi-jadi. Lantas lelaki itu berdiri, mahu mempersiapkan dirinya juga kerana lagi beberapa jam sahaja, majlis itu akan bermula.

----

Senyap.

Meluncur laju kereta Sehun membelah jalan, menuju ke tempat majlis companynya. Sengaja mahu sampai awal, agar dia dapat cover atau ejas-ejas sedikit barang yang perlu supaya majlis itu kelihatan sempurna nanti.

"Sehun.." seru Jihyo memecah suasana yang sunyi. Sehun sekadar menggumam dengan matanya yang masih fokus dalam pemanduan.

"Saya nak tanya sesuatu"

"Tanyalah"

"Kenapa awak buat semua ni? Kenapa dengan awak, Sehun? Awak..." nafasnya ditarik, kemudian Jihyo kembali menyambung, "...pelik"

Akhirnya, terluah juga soalan yang sudah dari semalam dia menyimpan. Bukannya gadis itu tidak perasan dengan perubahan drastik Sehun, malah terlebih perasan. Peluk, husband, kahwin.. Dia masih, keliru.

Sehun diam memikir jawapan yang sesuai untuk menjawab. Dia perlu bertahan diri dari meluah kerana, dia mahukan luahan ini menjadi special. Sudahlah ini kali pertama.

"Salah ke aku buat macam tu?" soalan dibalas soalan. Jihyo menghembus nafas. Bukan ini yang dia mahu dengar, tapi, sebaliknya.

"Jangan bagi saya fakehope, Sehun. Jangan permainkan perasaan saya"

"Aku tak pernah mainkan perasaan kau. Aku nak kau tunggu, bersedia, okay?"

"Tapi, saya nak tahu apa niat awak sebe--"

"Shuhh, diam. Nanti aku tak fokus"

Jihyo terus memaling kepala kearah tingkap sambil melihat keadaan diluar. Sehun, dia mengelak lagi.

Sehun, saya harap, awak tak kecewakan saya.

----

"Korang semua dah siap?"

"Dah!!"

Suho dan ahli member lain juga turut mahu bergerak ke majlis. Masing-masing sibuk melihat penampilan diri buat kali terakhir sebelum berangkat. Ketika ini, mereka mengenakan tuxedo hitam, biar seragam seperti yang dicadang Kai tempoh hari.

"Mana Jungkook?" soal Suga, masih tidak nampak bayangan Jungkook.

"Kat sini" semua pasang mata memandang di sisi, melihat Jungkook yang baru tiba. Nampak tenang, langsung tidak bermasalah.

"Okay, semua dah settle kan? Jom kita gerak"

💫BERSAMBUNG💫


Maaf, lupa nak perkenalkan Miyoung.

Ni dia, Park Miyoung.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now