🔥Bab 57🔥

1.1K 98 7
                                    

"Macam mana? Kereta dia dah bergerak ke belum?"

Jong Nam melihat GPS di telefon bimbitnya dan menggeleng. Jungkook tersengih.

"Bagus lah kalau tak gerak. Senang kerja kita nanti"

"Kalau bergerak pun, still senang jugak kerja kita."

"Kau sure yang brek kereta Sehun tu dah buang? Tak ada yang tercicir apa-apa?"

"Ye, aku sure." Jawapan dari Jong Nam mengundang senyuman jahat dari Jungkook. Jungkook memaling ke seat belakang, melihat keadaan Jihyo yang masih tidak sedarkan diri membuatkan ketawanya tercetus.

"Lagi sikit, Jong Nam. Sikit je lagi, aku akan dapat kebahagiaan aku. Dan, kau akan dapat mayat Sehun, tanda kepuasan hati kau."

Senyuman Jong Nam sinis. Tak sia-sia dia mengikut perancangan Jungkook, kerana semuanya berjalan dengan lancar, tanpa sebarang gangguan.

----

Kesemua tetamu yang berada di dalam dewan telah beransur pulang setelah majlis telahpun tamat. Hanya tinggal sebahagian sahaja lagi, itupun hanya waiter-waiter yang sedang mengemas kembali dewan itu seperti sediakala.

Baekhyun menguap luas, tanda dia betul-betul sudah mengantuk. Kepalanya disandar pada bahu Lay dengan selamba. Lay berdecit.

"Apa ni letak-letak kepala dekat bahu orang? Ish, tepilah"

Baekhyun memuncungkan bibirnya kedepan. "Suho, bila lagi kita nak duduk je dalam kereta ni? Aku nak balik, penat dah ni. Dengan mengantuknya lagi"

Suho diam tidak memberi jawapan. Masih mahu menunggu di sini dahulu kerana dia berasa tidak sedap hati melihat Sehun dan Kai tadi. Dengan Jungkook dan Jihyo yang tiba-tiba hilang dan tiada di majlis tadi. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku. Tetapi, apabila melihat satu-persatu wajah membernya, niatnya terbantut.

"Korang semua dah nak balik?" soal Suho dan kesemuanya mengangguk. Suho menghela nafas berat, terus dia menekan pesanan kepada Rapmon untuk terus balik kerana mereka juga membawa dua buah kenderaan.

"Okay, nanti bila balik, mandi dulu sebelum tidur"

"Arasseo"

----

Jihyo tersedar dari pengsan yang lama. Kepalanya terasa berat, tetapi tidak seberat pada awalnya tadi. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Gelap. Fikirannya cuba mentafsir kembali, dari awal majlis syarikat Sehun bermula. Namun, gagal. Semakin diingat, semakin sakit yang dia dapat.

Tubuh Jihyo terhenti saat mendengar dua orang lelaki yang sedang berbual. Itu suara..Jungkook. Tapi dengan siapa? Dia sendiri tidak tahu. Jihyo seakan baru tersedar, dia sedang berada di dalam kereta. Jihyo menggeletar, perasaan takut menyelubungi seluruh tubuhnya. Dia berasa dirinya tidak selamat.

'Sehun, selamatkan saya.. Saya takut. Sehun...' hatinya terdetik dengan ketakutan. Hanya Sehun yang berada di dalam pemikirannya sekarang, berharap agar lelaki itu datang menyelamatkannya.

Van hitam dinaiki Jungkook dan Jong Nam tadi berhenti di sebuah vila yang begitu cantik pemandangan. Tetapi tidak bagi Jihyo, vila itu menakutkan baginya, seperti akan terjadi perkara yang tidak diingininya nanti.

"Dia dah bangun ke?"

Jihyo kembali memejamkan matanya, berpura-pura seperti pengsan. Dia kenal dengan suara itu....

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now