🔥Bab 38🔥

1.1K 96 0
                                    


Sehun meraup rambut keatas lalu menekup wajahnya dengan kasar.

"Hun...."

Baekhyun menepuk bahu Sehun perlahan. "Aku minta maaf, serius aku cakap yang aku dengan yang lain memang tak nampak Jihyo masuk dalam tadi" katanya perlahan sambil mengeluh.

Sehun memandang Baekhyun sekilas. Dia juga turut mengeluh. Ketika itu, Sehun dan Baekhyun berada di hospital. Suga dan Taehyung juga berada di hospital yang sama ditemani oleh Rapmon dan Jimin. Mujurlah, keadaan mereka berdua masih boleh diselamatkan. Yang lain, semua sudah pulang atas arahan Sehun. Dia mahukan privasi. Kehadiran Baekhyun ini pun, Suho yang paksa agar Sehun diteman.

Dia termenung. Fikirannya jauh melayang. Keadaan Jihyo yang berlumuran darah tadi terngiang-ngiang di dalam minda. Wae Jihyo? Wae kau selamatkan aku? Wae?!!

Sehun memang tidak menyangka bahawa Jihyo telah menghalang tubuhnya dari terkena peluru tembakan Jong Nam tadi. Terkena pada bahagian hati. Terkejut. Satu perkataan yang cukup dapat menggambarkan keadaannya ketika melihat adegan itu.

Kedua-duanya hanyut di dalam dunia masing-masing. Sedang asyik berfikir, seseorang berjubah putih keluar dari bilik pembedahan.

"Keluarga pesakit Song Jihyo?" soal doktor itu.

Baekhyun terdiam. "Err, sebenarnya..." Belum sempat Baekhyun mahu menyambung kata-katanya, Sehun memintas.

"Saya suami dia"

"Oh, peluru yang berada di dalam tubuh isteri tuan, kami dah keluarkan dengan selamat. Keadaan isteri tuan sekarang, semakin pulih. Peluru tu, tak terkena pada hati isteri tuan tapi, terkena tepi hati. Kuat isteri tuan, kami pun tak sangka. Beruntung tuan dapat isteri sekuat dia.." ucap doktor tersebut lalu menyambung. "..saya jangka paling lewat pun, dia akan sedar pada hari lusa"

Sehun mengangguk-ngangguk. Dalam diam, dia nak sangat berguling kerana happy mendengar kata-kata tadi. Memang Oh Sehun dah gila. Baekhyun hanya diam, hanya mahu mendengar sahaja.

"Kami mahu memindahkan pesakit. Tuan mahu pesakit pindah ke wad VVIP atau wad biasa?"

"Saya nak wad VVIP"

Doktor itu hanya mengangguk. "Boleh tuan, tuan tunggu sebentar" seusai berkata, doktor itu masuk kembali ke dalam bilik pembedahan semula.

Sehun menghembus nafas lega. Dia tersenyum nipis. Baekhyun yang masih lagi di dalam dunia lain, dipandang seketika. Berkerut-kerut wajah Baekhyun ketika itu. Sehun menyiku perlahan. "Kau kenapa?"

"Hun, kau dah gila ke apa?!" Sehun menekup mulut Baekhyun.

"Kau tu yang gila. Dah lah cakap kuat. Ni kan hospital. Buat malu je" Dia menjeling Baekhyun tajam.

"Kau lah gila. Yang kau pergi cakap kau tu 'suami' Jihyo tu kenapa? Gila betul" Sehun menekup mulut Baekhyun sekali lagi. Baekhyun geram, dia pun meludah di dalam tapak tangan Sehun. Huh, padan muka! Siapa suruh tekup mulut aku dua kali.

Sehun membuat muka jijik. "Euww, pengotor lah kau nih!" Cepat-cepat, dia mengesat tapak tangan yang 'dicemari' tadi pada t-shirt Baekhyun.

"Dah, kau tekup aku dua kali. Padanlah dengan kau" Baekhyun membalas kata-kata Sehun tandanya tidak mahu mengalah. Sehun menjelingnya lagi.

"Hey, cuba kau fikir. Kalau aku tak cakap macam tu, kau rasa, diaorang bagitahu tak keadaan Jihyo? Tak kan? Ish!"

Baekhyun terdiam. Lama-kelamaan, dia tersengih pula. "Eh haahlah, tapi perlu ke suami? Cakaplah abang ke sepupu ke"

Kali ini, Sehun pula yang terdiam. Ye tak ye jugak, kenapa kena suami? Dia menggumam sendirian. "Er, biar lah! Bukannya ada masalah pun"

"Memang tak ada masalah. Cuma aku pelik je"

"Ergh, whatever~"

Mereka berdua kembali mendiamkan diri. Tiba-tiba, Sehun berdiri. "Aku nak pergi beli minuman sikit. Kau nak ikut tak?"

Baekhyun menggeleng. "Tak nak lah, aku nak jaga Jihyo sekejap lagi"

"Ikut kau la" Sehun pun terus pergi ke arah cafe berdekatan tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. Entah kenapa, dia terasa lain macam pun ada. Lalu, cepat-cepat ditempis perasaan pelik itu.

Setelah kelibat Sehun menghilang, Baekhyun tertawa kecil. "Aku tak bodoh lah, Hun. Kalau kau suka dia, terus terang je lah. Ego sangat" katanya sendirian.

Bukannya dia tidak perasan dengan keadaan Sehun semasa menunggu tadi. Macam hilang anak bini! Berpeluh bukan main lagi. Dah lah muka macam nak menangis. Merah lain macam.

Dia bukannya apa, sudah lama dia dapat menghidu semua ini. Bukan dia seorang je, Suho dengan yang lain pun sama kecuali Kai, Jimin dengan Jungkook. Sudah terang lagi bersuluh, cinta yang bersegi-segi. Empat orang sekaligus pulak tu! Aduh, parah betul!












💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now