🔥Bab 41🔥

1.1K 96 1
                                    


"Sehun-ah, kau dari mana?"

Kesemua pasang mata memandang ke arah Sehun yang baru sahaja muncul di sebalik pintu wad Jihyo. Jhope, Kyungsoo, Chen, Chanyeol dan Jihyo yang sedang bergelak ketawa pun terdiam melihat kelibat Sehun.

"Aku dari tandas" balas Sehun atas pertanyaan Lay tadi.

"Ye ke dari tandas? Lama betul. Kitaorang dah lama duduk sini tapi kau tak datang-datang pun"

Jhope pula yang bersuara tanda tidak puas hati dengan jawapan Sehun. "Betul lah, aku dari tandas tadi. Takkanlah aku tipu pulak" jawab Sehun masih mahu berbohong.

"Kitaorang dah kenal kau lama, Sehun. Bagitahu je lah kitaorang perkara sebenar. Kan senang" Jin juga turut serta Jhope untuk mendesak Sehun mengatakan perkara sebenar.

"Lagipun, kalau kau tipu kitaorang, hujung telinga kau tu merah" ucap Kai pula yang berada betul-betul di sebelah Sehun. Memang sah yang dia nampak akan tanda merah itu. Jelas lagi terang dan nyata!

Lantas Sehun memegang hujung telinganya. Terasa panas sedikit. Dia menghembus nafas kasar. Matanya tajam memerhati seluruh membernya termasuk Jihyo. "Aku jumpa Hyera. Dia Choi Hyera, bukan Park Hyera lagi"

"Bwo??!!!" Kesemua pasang mata membuntang mendengar kenyataan yang keluar dari bibir Sehun. Mereka berpandangan sesama sendiri. Seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Sehun.

"Kau jumpa Hyera? Serius lah, Sehun?"

Sehun mengangguk. "Haah, aku terserempak dengan dia tadi. Tapi, bukan dia seorang je"

"Habistu, dengan siapa?" Kyungsoo menyoal. Dia seperti dapat mengagak apa yang akan Sehun balas persoalannya tadi. Tak mungkin yang Hyera...

"Suami dan anak dia"

Zupp! Memang tepat apa yang difikir Kyungsoo. Hyera dah kahwin! Dengan namja pilihan hati dia dari dulu lagi.

Mereka semua terdiam tidak berkata-kata. Masih lagi tidak percaya dengan kenyataan tersebut. Mudahnya, Hyera lupakan Sehun. Itulah apa yang mereka fikir.

Jihyo membuat keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Hanya dia seorang saja lagi tidak mengetahui siapa diri Hyera yang sebenarnya. Dia perlu tahu hal ni. Ya, mesti!

"By the way, dia kahwin dengan siapa?" soalan yang diaju oleh Baekhyun membuatkan Sehun memandangnya tepat sebelum mengalihkan pandangan kearah lain.

"Dengan, Choi Minho"

"Wait...what?! Serius lah kau ni? Bukan ke Minho tu lelaki yang ada dalam gambar bilik Hyera dulu? Then, bukan ke Hyera cakap yang Minho tu dah buang dia dulu? Ottokhae... diaorang..boleh..kahwin? Huh, pelik, pelik" Chanyeol memberi pendapat dan mendapat anggukan dari yang lain.

"Betul,betul. Aku pun pelik" Jimin pula yang memberi pendapat setelah lama mendiamkan diri.

Sehun berjalan perlahan menuju ke sofa yang sudah tersedia di dalam bilik itu. Dia pun menghenyakkan punggung di atas sofa itu. Sekali lagi, dia menghela nafas. "Biarkan je la dia. Dia tak ada kena mengena dah pun dengan kita"

Mereka semua pun senyap melayan perasaan masing-masing. Hanya Jungkook seorang saja yang bergerak-gerak mengambil segala keperluan untuk Jihyo. Dia telah datang lewat sedikit dari yang lain. Ada hal katanya.

Suho memandang pergelangan tangannya untuk melihat jam. Sudah lewat ni. "Erm, dah lewat ni. Kitaorang balik dulu lah, Jihyo. Esok kitaorang datang lagi, arachi?" Dia pun terus berdiri. Member lain juga turut berdiri kecuali Sehun dan Jungkook.

Jihyo mengangguk perlahan. "Ok oppa, hati-hati lah balik. Annyeongg" Dia melambai-lambai tangan tanda selamat tinggal sambil menguntumkan senyuman.

"Okay. Sekarang, oppa nak Jihyo jaga diri baik-baik, arasseo? Tidur lena tau. Esok kitaorang datang lagi" sempat lagi Jin memberi sedikit pesanan terhadap Jihyo walaupun ayat terakhirnya sudah pun diberitahu oleh Suho tadi. Dia tidak kisah. Yang dia kisah, tentang keselamatan Jihyo. Itu yang penting.

"Annyeong, Jihyo~ Good night!" ucap Baekhyun diikuti dengan Jhope dan Chen yang turut serta sekali. Mereka pun terus keluar.

Suho memandang Sehun dan Jungkook bergilir. "Korang berdua nak jaga Jihyo ke? Ikutlah. Yang penting jaga kesihatan. Hun, jangan lupa makan. Nanti kang perut kau masuk angin. Jungkook, jaga Jihyo baik-baik, ara?" terang Suho panjang lebar lalu mendapat anggukan dari Jungkook dan Sehun.

"Okay, aku balik dulu. Annyeong" Tidak sampai beberapa saat, tubuh milik Suho pun hilang disebalik pintu.

Jungkook berdehem. "Sehun, kalau kau nak keluar pergi makan, pergilah. Biar aku jaga Jihyo"

Sehun tersengih sinis. "Aku tak nak makan. Kalau kau yang nak pergi makan, kau pergi je lah. Aku pun ada untuk jaga Jihyo" katanya sambil memandang tepat ke dalam anak mata Jungkook.

Mereka berdua saling berpandangan menusuk kedalam anak mata masing-masing. Seperti sedang merebut sesuatu barang. Tanpa mereka sedari, Jihyo yang asyik menjadi pemerhati, hanya memerhati tingkah laku mereka.

'Dia milik aku, Sehun. Tak ada yang boleh rampas dia dari aku'  kata Jungkook dalam hati. Tetapi dengan isyarat matanya, ia seakan-akan telah menghantar mesej itu kepada manusia yang sedang merenungnya ini.

'Kau salah, Jungkook. Kau, tak layak untuk dia' Sehun yang seperti faham dengan pandangan mata Jungkook, berkata sendirian dalam hati. Dia pun seorang lelaki. Jadi, dia memang faham apa maksud pandangan tu. Jungkook cintakan Jihyo! Ya, dia yakin. Dan, dia tidak akan sesekali membenarkan Jungkook dan Jihyo bersama.

Makin pelik Jihyo dibuatnya. Pandangan mata Sehun dan Jungkook sungguh menakutkan. Dia pun berdehem dengan kuat.

Serentak Sehun dan Jungkook memandang kearah Jihyo. "Kenapa, noona?" soal Jungkook lembut. Sehun tersengih sinis. Noona konon.

"Err, noona nak tidur dulu. Mengantuk" jawab Jihyo sambil menguap yang dibuat-buat. Dia bukannya mengantuk pun sebenarnya. Saja berkata begitu untuk dijadikan alasan supaya Jungkook dan Sehun berhenti berpandangan seperti tadi. Seram tahu tak?

"Okay, sweet dream noona. Goodnight" ucap Jungkook. Tangannya sibuk memperbaiki selimut untuk Jihyo. Jihyo tersenyum nipis.

"Kookie tak nak tidur jugak ke?" pertanyaan Jihyo membuatkan Sehun melopong. Wait, Kookie? Euww gedik betul.

Bibir Jungkook dimuncungkan kedepan. Bahunya diangkat. "Entahlah noona, Kookie tidur atas lantai je kot". Wajahnya dicebik membuat muka sedih.

Sehun melihat tingkah laku mereka berdua. Kalau diikutkan hati, nak aje dia sepak Jungkook keluar dari bilik ni. Mengada tak tentu pasal. Dia malaslah nak berbuat begitu. Kang tak pasal-pasal dituduh cemburu pulak. Bukannya dia cemburu pun. Kan?

"Aigoo, Kookie ni. Kat sana tu kan ada sofa. Tidur je lah kat sana"  balas Jihyo dengan iringkan ketawa kecil. Jungkook juga turut ketawa.

"Ye, Kookie bergurau je tadi. Ingatkan dapat tidur dekat sebelah noona"

Pap!!

"Auwww, noona, sakit lah. Appo" Jungkook mengusap tangannya menahan pedih apabila dicubit oleh 'ketam' tadi.

"Tu lah. Cakap tu bertapis sikit" kata Jihyo sambil menguntum senyuman sebagai gurauan.

Turun naik dada Sehun mendengar kata-kata Jungkook tadi. Budak ni, memang betul-betul nak kena sepak dengan aku.

"Dah lewat malam, tak reti-reti nak tidur ke?" tegur Sehun sedikit. Rasa sakit pulak mata melihat adegan yang tidak berbayar tu.

Jihyo hanya memandang Jungkook dan tersenyum. Sehun yang bercakap tadi itu pun, langsung tidak dihiraukannya. Sehun menahan berang. Dia kena palau!

"Dah lah tu, noona tidur dulu ye. Jaljayo~~" ucap Jihyo sambil tubuhnya baring di atas katil dengan selesa. Matanya dipejam lalu dia pun hanyut didalam mimpi.

"Aku pun nak tidur" Sehun pun turut melakukan hal yang sama. Jungkook hanya menurut serta memandangkan dia juga mengantuk ketika ini.





💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now